Wednesday, June 27, 2012

Blog hit

Blog gulagulakaramel aku tu xler banyak pageviews pun. Paling tinggi pun seratus je kot..eh,bukan seratus. Hampir seratus.

Aku mmg xpenah kot tempek komen kat mana2 blog yang hit..kalu ade pun jarang. Entah.. Kadang2 terfikir,betul ke aku ni nak kawan dengan dia sebab ikhlas atau nak gunakan orang saje untuk femeskan blog aku?

Heeee...so,aku suka baca,then leave.esok tengok lagi kalu ade post baru.

Tapi sejak 2 menjak ni aku tengok blog yang aku jarang update pun banyak pageviews. Maybe sebab resepi kot. Heheh.ramai org cari. Ermm..

Tengah fikir untuk tumpukan pada gulagulakaramel. Bukan xpernah try resepi baru,xrajin amik gambar selain dari kek. Hehe..

Walopun pageviews cuma xsampai seratus,tapi aku still happy. Padahal bukan dapat sen pun. Haha. Orang lain yang buat income dari blog tu ntah camner eh.. Huhuuu.. Dasyat..pageviews pernah hit sejuta..giler weh..giler kentang

Mabuk pening dan loya :)

Alhamdulillah

Memang rasa macam xsihat dan letih sangat.

Tambah pulak buat cookies selama 2 hari. Memang rasa letih sangat badan.

Sampai sakit belakang and pinggang buat cookies. Lpeas tu bekejar balik kl deliver cookies kat ayed. 2 jam 30 min aku drive naik kancil aku. Huwaaaa..

Memang letih. Tido pun macam xnak bangun.

Errr...aku pening2 n mabuk bukan sebab pregnant.

Sebab semalam aku makan belangkas masak lemak.

Huwahahaahahaah

Monday, June 25, 2012

Modus operandi untuk salesman penipu

Semalam aku ada girls day out ngan bestfriend aku,jijah. Kitorang pergi mid je. Naik train. Senang sket.

Nak cerita,masa balik nak ke komuter tu,kitorang kena tahan 2 orang lelaki. Dia suruh mintak tolong isi form untuk projek study dioang. Memula diorang cakap diorang cuma buat survey je.
Then bila dah isi,dia cakap kena beli barang. Dia cakap english masa nak terangkan barang dia. Cakap laju gile dengan pelat cina. Haram aku xpaham. Lepas tu tetibe kena beli barang dengn harga minumum rm20 sebab aku dah isi borang. Whadepak?

Aku baru nak panggil jijah. Pastu cina tu kata xboleh bincang sebab ni projek dia.
Aku macam xpuas hati la.

Aku cakap apesal aku kena beli?aku xnak pun.
Dia cakap,tadi saya dah cakap saya jual kraftangan.
Aku pun balas,tadi saya xnak isi,awak yang suruh saya isi.

Pum pang pum pang,aku bayar rm10 je. Tu pun pinjam duit jijah..
Jijah kena rm20.lagi power
Buat muka kesian mintak tolong suruh bagi duit.owh.dia cakap dia orang bindu.orang bp.

Ok,ni memang new tactic untuk salesman sial macam ni.muka penipu. Sebab xtau halal haram kan?

If korang dipanggil untuk isi form ke survey ke,jangan la layan. Tapi if nak jugak sila tanya beberapa soalan sebelum isi.

1. Tanya untuk apa?
2. If untuk projek study,tanya study kat mana,course apa, n etc
3. Tanya jual barang ke ape.

Semalam sebab aku nak cepat balik,aku layan kan je sebab ingat isi borang n terus blah. Rupanya kena paw rm10 . Siot betul.

And,dia bagi aku keychain kecik yang value maybe xsampai rm1.untungkan diorang?

Weh,kalau nak pow,pergila pow bangsa ko yang kaya raya tu.

Ni yang nak buat aku jadi racist ni.

Lepas kena tu,mmg aku maki je la. Mmg xleh sabar sebab kena force. Fuuuuuuuuu

P/s: rm10 tu kalau aku buat makan or sedekah kat orang miskin,tenang lagi hati aku dari kena tipu oleh manusia puaka camni

Saturday, June 23, 2012

Busy weekend

Untuk husband. Bukan aku. Aku x busy pun.

Alhamdulilah dah 5 hari puasa ganti. Tapi cadangnya nak puasa lebih sikit. Nak ganti puasa yang dulu- dulu kot2 x abis ganti. Sebab selalu lost count. Aku punya harapan tahun ni supaya dapat ganti puasa time raya. Huhu. Haraplah. Semoga berjaya.

Semalam aku masak kung pao chicken dengan kobis masak air ( bening). Macam xkena je lauk kan? Sudahnya mesti xabis sebab aku dengan hubby xsuka makan lauk sangat. Masak sepiring ayam pun x abis,

Ingat hari ni nak masakkan hubby nasi lemak. Tapi sebab semalam xde air,pinggan semua xbasuh lagi. So xdpat masak sebab sepah sangat. Masak burger je untuk hubby. So postpone nasi lemak untuk dinner.

Husband keja kat nilai,aku ingat nak ikut. Nak cari barang kat sana. Tapi x bagi pulak. Monday je la aku pergi.

Esok ada dating ngan gf. Bestnye. Lama dah x jumpa dia. Boleh makan pncake durian. Hahaha.

Ape lagi ye? Air xde ni. Bosan betul. Nak kemas umah,nak basuh pinggan tapi malas nak basuh dalam toilet. Huhu

Thursday, June 21, 2012

Bercakap

Semalam aku baca blog akak ipar pasal mengajar anak petah bercakap.. ( aku pun x ingat sudah tajuknya)

Yeah,memang betul untuk ajar budak2 bahasa yang tepat,bukan bahasa pelat..start dari idlan kitorang memang cakap guna bahasa yang tepat tak kira in english or malay. Sebab kanak2 mudah imitate ape yg kita buat. Bukankah kanak2 peniru yang baik?

Masa aku kecik dulu,aku rasa mira diajar bahasa pelat gak kot. Tapi sebab dia agak bijak sket,so dia xlah pelat pun bila da besar. Biasala,masa tu kurang pengetahuan lagi kan. Hehehe.Tapi adik dia pelat sikit bawak ke besar. Hehe.. Dulu masa kecik xleh pronounce "k" ..sebut kakak jadi tatak..haha..comel banget

And dua tiga hari lepas aku baca artikel pasal mengapa yahudi bijak. Kalau google sure jumpa.

Antara reason dia:
1: otak kanak2 dilatih sewaktu dalam kandungan, ibu membuat latihan matematik untuk melatih otak kandungan, ( haaa..boleh buat?pasni kena buat calculus banyak2 if mengandung)
2: makan kacang badam.( and i heard gajus melembapkan otak,yg ni xberapa sahih)
3: makan buah sebagai starter bukan dessert
3: makanan laut tidak dicampur dgn mknn darat ( cth dinner,if lauk ikan xleh mix dengan daging or yam,dan begituah sebaliknya)
4:kanak2 dilatih 3 bahasa,hebrew,arab dan english. ( we should take 3rd language,ni english pun bersepah lagi..)
5: setiap kanak2 pandai bermain alat muzik seperti piano atau biola untuk merangsang otak ( yang ni if xpandai pun xpe,janji pandai baca quran)
6: mereka sangat suka ikan. Bagus untuk otak. Sama mcm jepun
7: rokok adalah taboo bagi mereka. ( org kita?non smoker plak yang jadi minoriti,kena beralah dgn perokok)

Ni je kot yg aku ingat, nak tau banyak lagi google.bersepah artikel.

Tapi apa aku nak tulis sebenarnya?

P/s: when i was a little girl,i cant pronounce "r" ..ehehe..i learn to pronounce it when i was 6.. Nothing impossible

Wednesday, June 20, 2012

Dah balik dah

Uda n wifey pergi umrah. Last night sampei..tapi xsempat borak lama..so mlm ni ingat nak singgah umah dia..

Xde amik gambar dia plak.dia relak je pakai tshirt kolar dengan jeans. Mak aku bajet uda akan pakai jubah bila samapi. Hahah.. Mimpi.

Hmm..last week aku berebut pc dengan suami. Aku sibuk nak update blog masak masak aku..gambar kat hp camner nak update dok?

Dia merungut
Hubby: pakai la ipad tu,baru la blogger.
Me: ipad xde gambar,gambar kat hp..camner nak update?
Hubby: meh dy tlg transferkan gambar..
Me: .....

Kekdg time makan ke,dia cakap,
Hubby: xnak amik gambar?kata blogger
Me: malas la. (sbb dia tgh perli..mls layan)

Mmg aku selalu lpa nak amik gambar. Makan je aku ingat.ni skang tengah ingat makan je sebab aku tengah puasa ganti.insyaAllah ni hari ketiga.
Skang rasa mcm nak makan pancake durian. Help,help..
Ajak Ted pergi cari bleh x?
Ngada kan?

Tuesday, June 19, 2012

mana lagi bagus?

beli phone yang ade internet access trus yang katanya murah sikit (cth celcom,maxis,digi)

atau

beli phone yang xde contract mana2 tapi mahal sikit


aku memerlukan internet..n kat kampung dah xde streamyx. deng!

hubby cadang suruh guna hp dia supaya senang upload gambar cookies.

hubby: sayang guna hp dy je..senang nak upload gambar kat fb.
me:okay.tapi if dy tukar iphone,sayang nak iphone tuh. wahaha..

aku tau trick dia. suruh aku amik phone lama dia supaya dia dapat tukar hp baru. :p

tapi samsung dia tu mmg xberapa bagus la..android yang bengong..eh..dia pakai LG..silap2.. :)

so..mcm mana eh?aku ok je guna celcom broadband kat hp tu...tp masalahnya,skang nak subscribe dia da leceh tau. kena anta msg banyak kali..stress la aku weh..

hmmm..xtaulah..nanti fikir..

owh sneak peak :)

harap menjadi :)
rasa nak beli s3 je wey..haha..tapi dari beli hp mahal2 baik renovate umah aku..tengok brochure ikea,bawah 5k dah boleh dapat yang simple..pastu tambah hub dapur 5k da cukup KOT..kumpul duit,gigih!

beli ni je
asha 302. 
best jugak ni..whatsapp pun ader..

Monday, June 18, 2012

It's in the blood

Husband aku request untuk belajar masak yang tradisonal.since aku dah tau sikit masak lemak cili api..dia xbising la suruh masak lemak dah..cuma haritu dia sound aku suruh blaja masak asam pedas n kari.

Hari ni g kedai n nampak bunga kantan n daun kesum. Terus aku beli. Walaupun xsihat sgt,gagah gak la nak masak asam pedas sebab barang2 semua da lengkap.

Masa makan
Hubby: hmm...sedap. Pandai gak syg masak asam pedas.
Me: hmm..it's in the blood. Hahah..xdelah..syg tengok resepi je pun.

Well..johor kan well known dengan asam pedas..so pelikla org johor xtau masak asam pedas. Kononnya la..

Hubby aku nampak bunga kantan dia trus ckp.." hmm..bole masak laksa ni"

Ok..esok masak laksa pulak..tp dia sorang la makan..ngeeee..( kalu smpt nak masak. Besok nak g amik uda..aritu dah la xhantar)

P/s: masak ikan dua ekor..tp cuma 1 je yang di makan..acano tuh?

moanday

hubby:nak buat apa benda ni sayang?
me: untuk makan dengan mi ke nanti
hubby: owwwhhh

cili padi jeruk
hari tu dapat banyak dari kampung. sebab mak beli dengan orang yang tanam lada secara fertigrasi. lambat dia buruk/busuk. jadi aku buatlah bendalah ni. owh..xlupa jugak buat tempoyak sikit aritu. dapat berapa sudu je ntah. hahaha

malam ni masak mi la kalau macam tu. buat menu kombo. sorang makan nasi ngan sayur campur,sorang lagi makan mihun hailam. kikikiki..

owh.. haritu aku anta ibu balik pahang. hari khamis aku balik pahang,sabtu balik sini balik. yang kelakarnye,jumaat tu ted kena pergi pasir gudang untuk servis. alahai...macam tukar kampung lak kan?

minggu ni nak balik kampung. nak buat order cookies. x banyak pun,sekotak je ordernya. sambil buat cookies baru. oreo pop.  hmmm.. xsabar nak test buat

Wednesday, June 13, 2012

Bbq gathering :)

ni entri lama

1 st time buat makan2 kat umah sendiri

Hari jumaat kitorang pergi cari ayam n marinate. Daging pun ade jugak. Concern dengan member yang xmakan ayam. Hehe..

Ajak ayed tolong potong daging

Aku memula nak buat cheesecake. Tapi sebab aku xsihat,aku melepek je kat umah. Xsempat nak kuar cari barang kek.huhu..

So,menu
Makaroni bakar
Spageti
Coleslaw
Popia goreng
Nachos n cheese ( yang ni memang kena buat lagi)
And of course
Ayam n daging
Sosej

Owh,ade gak buah tembikai

And aku terajin lak buat skewer. Jalan2 kat c4 nampak skewer,terus sengih2 kat Ted cakap nak beli. Hehe..Aku marinate lupa letak garam n gula. Cantik kan perangai aku?

And menu omputih betul kan? Well..western food is much more easy to cook. ( for me)
tengok gambar jelah

skewer,rajinkan aku? :p

makaroni bakar (resepi dr hanieliza)

cheese dipping sauce untuk makan ngan nachos( dah celup baru ingat nak amik gambar..sedap nih)

coleslaw,buah dan popia
ayed dan bbq nye

vibrant color

acap,me n zihah

depan rumah (kurus gak eh kaki saya? weeee)

nyum!!
gambar ayam xyah ler..hahah..(padahal ni je yang ade pun)haha

lepas ni boleh buat lagi..seronok bila kumpul ngan member2

Conversation

Me: idlan,idlan punya thomas ni fake ke real?
Idlan: real ( pronounce as ril<---mat saleh betul bunyi)
Me: fake la
Idlan : rilll ( da jerit)
Me: fake la
Idlan : rilll..( dah nak nangis)
Me: hahaha..sambil blah..seronok kacau budak..

With syudada
Me: dada, mama
Dada: mama
Me: ayah
Dada: ayah
Me: nenek
Dada: nainek..(bolela)
Me: maksu
Dada: nanak ( refuse untuk sebut)
Me: * getap bibir* ( ok,takpe..)


Me: ni sape?( sambil tunjuk kat dia)
Dada: dada
Me: ni sapa?( sambil tunjuk diri sendri)
Dada: cu-cu
Me: Cucu? Bolelah..


Akhirnya. Babysitting dia sehari,ptg tu da nak panggil maksu. Berhasil.:))

Kak sal cakap,syudada agak tinggi untuk budak sebaya dia. Aku macam " tinggi ke dada tu?kenit je kat mata aku")..syudada da masuk taska..

Tapi nak buat camner..compare dgn adik,mmg lah tinggi.. Adik punya badan dah nak sama besar dgn idlan.

Conversation with mak
Mak: ko pergi la jaga si kecik tu. Kalo ko jaga nanti ko cepat mengandung.
Me: ye?( sambil gelak2)
Mak: nanti ko da ngandung,ko pulangkan lah.
Me: pulak?hahaha.. ( ada2 je mak aku)

Monday, June 11, 2012

Perbualan fail suami isteri( getting worst)

Wifey: mana syg letak buttercup? ( cari marjerin yang jenis xpyh simpan kat fridge)
Hubby: mana la dy tau,gosok baju dy syg
Wifey: ok..kat atas..nti syg gosok.. Mana eh? ( sambil cari marjerin lg)
Hubby: esok pakai suar khakis je la.
Wifey: kat mana ye letak?
Hubby: pakai suar khakis je la
Wifey: kat mana ha marjerin tu?

Pause kejap

Wifey: did u realized that we are talking on different thing?sorang ckp lain,sorang ckp lain..komunikasi da x berkesan..hahaha

Sunday, June 10, 2012

Rasa macam nak makan macam macam
Nak masak sedap sedap
Tapi hidup cuma dua orang
Aku tengok ko
Ko tengok aku
*Pandang makanan*
Ke tong sampah jua akhirnya ko.

Sigh

Masak je la biasa2..sampai jemu.

Dulu kalau masak penuh periuk.
Sebab xtau nak bajet.
Sekarang masak ngam ngam
Bila nak masak lebih sikt
Terkial kial otak kira

Sigh

Thrill jugak hidup berdua.

Xsabar nak tunggu order kueh tambah.
Owh. Order cookies telah dibuka.

Lepas raya dah boleh cari kerja n oven baru. Hip hip hurray.