Saturday, November 30, 2013

2 years diet @ 2 years pantang?

Alhamdulillah dah 19 hari umur Aniq. Dan da 19 hari aku berpantang.

Takdela pantang mana pun. Semua benda pun aku makan.  Tapi benda yang   berkhasiat saje la.. fruit mesti ade setiap meal. Kebetulan mak mmg penuhkan fridge ngan buah.

Istilah bentan ke ape ke mmg xtau la. Buat2 kuat je.

Owh..berbalik pada tajuk..

Disebabkan aku start bf Aniq maka, pemakanan aku semakin ketat..wuuu..no more junk food.no more coke..haha..da balik mcm awal2 pregnancy dulu..

Skang nak mkn pun kena fikir pasal aniq. Effect kat aniq or not..dengarnya mi or laksa bole sbbkan baby kembung. Nasib x suka mkn laksa..tapi tetibe teringin mi bandung. Haha. .

So nampaknya diet pemakanan sihat aku akan berterusan la sampai aniq 2 years.hoho.

Aku da beli pump susu.. InsyaAllah bila2 start pump susu untuk kecemasan. Aku kan jenis slalu sakit..kang kena makan ubat pelik2 kang takut effect kat Aniq.

Tapi masalahnya xtau nak pump bila. Esok la start kira waktu menyusu aniq..but seriously xmudah oi nak pump susu bila anak depan mata je.pastu leceh plak tu..zess..haha.kuatkan smgt  demi aniq

Moga aniq besar jadi buat yang sihat dan kuat.. InsyaAllah aku akan buat yg terbaik untuk Aniq

Wednesday, November 27, 2013

Breasfeeding journey?

Alhamdulillah syukur diberi peluang untuk susukan Aniq.

Aniq anak yang bijak. Dia tau nak menyusu. Lagipun dia breastfeed secepat mungkin.

Tapi masa mula2 breastfeed mmg sakit. Aniq punya gusi tajam or lidah  dia kesat. Tapi aku rasa gusi.haha..

Masa memula breast feed Aniq cabarannya adalah nak suakan nipple kat Aniq. Aniq tercari2 guna sense dia. Hari 1st tu mmg susah sgt.lepas tu aku blajar trick untuk dia..so lepas tu xda masalah.

Masa memula Aniq dehydrated. Sbb diapers ade warna pink..cuak juga..nasib la ade google. Haha. Cepat2 search kenapa dia punya air kencing jadi pink..

Owh..masa memula benda yg sgt berguna adelah hot warm beg, tuala kecik dan purelan medela. Semua ni berguna untuk turunkan bengkak kat breast accessories n kurangkan sakit kat breast.

If sakit, amik tuala kecik yang direndam air panas n tekap kat breast. InsyaAllah lega untuk few second. Jadi la kan..haha.

Alhamdulillah walopun aku urut lambat,  susu untuk Aniq tetap ada. Positive. Tapi aku makan ape je yg org ckp bole bykkan susu.

Dari trubellai gamat n dates extract, sawi. Semua aku mkn. Sampai tahap nk mkn lobak putih..Tapi masalahnya..sepanjang aku pantang, aku kurang rasa lapar. Padahal org ckp, ibu menyusu cpt lapar. Xdenye..kenyang je.

Sampai nurse ckp suruh mkn seimbang n kenyang supaya susu banyak khasiat..baru la aku kuatkan semangat nak mkn..haha..bole?  Tapi aku xde la sampai xmakan.. cuma aku xde mencari kudapan biskut time2 lapang. Aku cuma bfast, lunch n dinner.

Menu pantang aku biasanya aku nak protein n sayur. Mesti. Awal2 aku ingat aku xleh mkn ikan bilis. Tapi aku +ve..sume benda InsyaAllah bole. Cuma lada xde mkn..takut aniq diarrhea pulak..

So far xde mkn pelik2 walopun mak aku suakan makan jagung, goreng pisang n cekodok pisang. Aku mmg xmakan..Tapi aku da tibai cekodok ikan bilis. Haha

Now aku da start bosan telan horlicks every day. Makan sayur sup/bening everyday.. (kalu hubby masak bening mesti sedap..huuu). Sebab luka semua da baik..so aku rasa mcm da bole da nak mkn pape. Hehe. Asalkan berzat.. esok lusa nak cuba mkn ayam la.. ayam kampung InsyaAllah bole.(Aminn)

Semoga journey menyusukan Aniq dpt cukup 2 tahun..

I know the journey is not easy..but I believe it is not impossible :)

Susah..tapi x mustahil :)

Tuesday, November 26, 2013

Berpantang story

Jujurnya, aku rasa pantang ade lah leceh dan menyakitkan.

Ramai ckp suruh enjoy time pantang. Tapi aku x berapa enjoy pun..

Aku pantang kat kajang dr hari isnin sampai ahad. Hari ke 3 pantang aku da kuar g kk sbb aniq kuning.. tapi masa ni kuat. Even lepas bersalin pun kuat. Sbb x sakit pun kat tmpt jahitan tu. Nak jalan laju pun xde hal. Cuma berdarah telinga la..

Tapi entah mcm mana hari sabtu tu aku menangis. Tapi aku da xingat sbb ape..aku rasa private part aku sakit kot. N bila sakit je aku mula la cuak n takut. Aku rasa aku nangis sbb takut lebih dr sakit. Huuuuu.

Bila kat kampung kena urut start hari isnin. Bertungku, berurut, berbengkung, berpilis.

Masa ni la start citer ngeri.

Aku kena rengat. 2 hari. Macam nak pengsan.

Org slalu ckp rengat jarang berlaku kat anak 1st.  Org ckp rengat happens ikut bilangan anak. Maybe aku kena 2 hari sbb ritu aku expecting twins kot.haha.

Perjalanan nak g dapur, jalan tu buat aku nak pengsan.sbb sakit. Last2 aku call hubby nangis2. Dia mmg jarang layan bila aku ckp sakit. Huhu.. sbb aku slalu sakit gaknye.

Aku mkn panadol untuk kurangkan sakit n berbengkung. Alhamdulillah mmg jadi..

Aku rasa panjang sgt tempoh nak baik ni. Org slalu ckp seminggu jahitan da baik. Tp aku pun xtau da baik ke x. Asal sakit je aku mula la nak takut..even sikit pun aku rasa sakit sgt n takut sgt

Tapi semua pun ade kelebihan. Macam aku, walopun aku xbper sihat. Aniq budak baik sangat. Walopun dia penah buat aku takut dgn result darah dia.

Aniq nangis sbb nak susu or x selesa je. Dia jarang nak kena dodoi ke ape.. dia bole main sorang2 asal kenyang..skang aku da makin biasa susukan aniq malam2.

Cuma aku beruntung sbb ade maid mak yg tlg jaga aniq gak. Dia tolong mandi n bersihkan aniq..haha.aku cuma bg susu je. Tu je la yg enjoy..pasni sume buat sendiri.hehe.

Monday, November 25, 2013

Pengalaman

Haritu da citer pasal bersalin sket..

Nak sambung lagi untuk buat ingatan.

Bukaan da 3cm.
Aku ingat masa ctg tu I'm trying to sleep. Yelah kan. 1 malam x tido. Lepas tu nurse dtg ckp jgn tido..sbb nanti baby x gerak.. pulak dahh..

Lepas ctg selesai, aku g jumpa hubby n mak kat luar.. aku pun x ingat ape aku borak. Tapi aku xlama kat luar sbb aku x tahan panas. Huuu.

Tengahari before cek bukaan, hubby bagi aku mkn dulu siap2 untuk tenaga. Tu pun aku share dgn hubby je nasi..

Tengahari cek bukaan da 4cm.
Sakit berlarutan. Aku men hp, whatsapp dgn kakak ipar aku tanya pasal epi n etc.  Kak lin da suruh aku tanya, tp aku malas lak nak g tanya.
(Kalau nak bersalin kat gov n nak minta epi, sila bgtau awal2..anaes biasa ade siang je)

Owh.masa lunch tu aku da salin baju spital..hehe..

Sementara nak tgu cek bukaan pukul 530 , aku jalan2 n curi2 tido..walopun sakit sebenarnya.

(Aku g hospital masa contraction aku selang 5 -6 min, 30 -50 saat.)

Lepas cek bukaan pukul 530 , still 4cm n no progress.  Aku keluar jumpa hubby dgn hampa. Hubby suruh minum air zam2 , aku xmo. Tp aku minum juga lepas kena pujuk..lepas minum n dok kejap..aku masuk dlm balik..kali ni contraction aku da kuat sampai aku kena tegur dgn doc bertugas kat pac tu.. dia tgk aku da sakit sangat, dia g cek bukaan..bukaan da 5cm kali ni.fuuuuu. baru 5cm, sakitnya ya Allah..

Tupun aku buat2 kuat g jalan2 walopun rasa nak terjelepuk dah. Maghrib tu, nurse suruh makan. Aku g tunggu hubby.tp sbb da xtahan aku masuk dlm balik n mkn mknn hospital. Baru suap dua 3 butir nasi aku da mengerang dah.. tinggal kan nasi..dox suruh aku baring kat katil. Finally dpt gak baring..aku mmg dah letih gila.. pastu diorang bagi aku ubat tahan sakit..ubat tu tak kurangkan contraction. .cuma dia buat aku ngantok. Alhamdulillah. .sbb aku mmg nak tido sgt2..

Masa tu hubby anta milo kat aku.  Tapi aku da pening2 lalat.haha..aku pegang je milo dia bg tu..

Pastu doc pasang drip. Aku x tengok..tp aku dpt rasa darah aku menitis2..sabo jelah..aku rasa dlm pukul 930 or 1030  kot air ketuban aku kena pecah.

Pukul 1130 aku da masuk labor room. Masa tu hubby siap tanya bilik no berapa la ape la.panas hati aku..org tgh sakit la dia tanya mcm2.

Dlm LR, aku minta izin nak pasang ayat quran. Aku pasang surah yasin or surah maryam. Tapi lepas habis surah tu, nurse pasang surah dr pc diorang sendiri..:)

Aku rasa sepanjang dlm bilik tu nurse ade sekali kot nurse tolong untuk aku teran..tapi dia asyik ckp aku salah teran.ya Allah..susah sgt..

Hubby dtg bg smgt, dia ckp suruh teran je.huhu..sambil tu dia picit2 kaki aku.. sambil baca mcm2.. air selusuh yang dia buat tu, aku xminum pn sbb takut..bole? Haha.

Aku lak ade masalah dlm labor room. Doc ckp bacaan jantung aku tinggi..siap pasang ecg..mmg dugaan la..

Ade satu tahap drip aku tercabut..masuk air 2 botol kot sbb aku da start dehydrated. .

Aku rasa aku da xbper ingat proses bersalin aku sbb aku pun da mamai masa tu..2 hari kot x tido..

Tapi yang penting masa sakit nak teran tu sekejap jugak..sekali x jadi..kali kedua tu..aku teran sampai hubby ckp muka aku da biru..nurse2 ade dlm 4 5 org tunggu..tlg pegang kaki..hubby pegang kaki n tekan pinggang.sbb sakit sangat, badan aku da bergerak2 mcm nak lari..

Berkat sokongan dr nurse yang bg smgt ckp aku teran betul, finally anak aku kuar lepas teran sampai biru.haha.

Dpt rasa aniq keluar tu..mmg syukur sgt2..dpt tgk aniq tertiarap keluar.n dgr trus suara dia nangis.pastu bper second aku amik nafas, nurse bg aniq kat aku.. n terus peluk aniq for the first time. Ya Allah..hebat rasa tu.

Aniq kena azan dlm pelukan aku..air mata menitis2 masa tu. Gembira sgt..hubby pun ckp "dy nak nangis yang"
Hehem.comel sgt..

Nurse amik untuk bersihkan aniq, hubby ikut..

Dia citer aniq kena masuk oxygen sbb bacaan jantung tinggi. Tapi kelakar sbb aniq ingat tiub oxygen tu susu..berdecit decit mulut dia.

Lepas bersihkan aniq, aku dpt susukan aniq..aniq vaccine 3 dos termasuk bcg..

Aniq terer menyusu :)

Lepas aku kena jahit n di bersihkan..tolak ler masuk wad. Hubby cuba nak request bilik 1st class..tp full..so masuk 2nd class..nak masuk 1st class supaya ade org bole teman je..huu..tp lucky sbb x payah stay hospital..

Tengahari husband dtg dgn mak..n aniq berak n kencing non stop.haha..trus tanya doc bole kuar ke x..

Doc cek jahitan, sekali tengok jahitan x betul n kena tmbah satu jahitan lagi. Ya Allah..sabar je lah.

Bila aku tulis balik, aku rasa da kurang sakit..n mcm x sakit je pengalaman aku ni. Hakikatnya sakit sangat. Sampai aku ckp xnak lg..da syukur da dpt aniq..hubby lak bleh gelak n gurau "pompuan lak yang" heh..cantik muka..xsampai 24jam pun kena jahit da request.haha..

Sampai mil tanya nak anak berapa pun aku jawab "satu je"..

Serius rasa x sanggup actually..bukan tolak rezeki..rasa xkuat sangat..dgn nak jaga diri lepas pantangnye..aku syukur sgt sbb x kena operate. Abg aku siap ckp, kalu aku g hukm or dia dtg serdang, da lama aku kena operate. Huuu..

Tapi xtau la kalu trauma cpt ilang. Huuu..yang pasti  , skang cuma nak Aniq besar cpt2..x sabar nak dating dengan aniq..hehe

Ps: aku x guna tanamera vco untuk buat urutan perineum sbb cuak.haha

Tapi bahan2 lain mmg best..kulit cpt halus n lembut..n aku lak x sampai seminggu aniq lahir berat aku da jd 53kg.haha..hari sabtu cek berat 55kg, hari ahad da jadi 53kg..skang xtau tinggal berapa.haha

Saturday, November 23, 2013

12 days

Hari ni..anak bertuah dah 12 hari.

Kami decide nak namakan dia dengan nama Aniq (yang kacak lagi menawan hati)

Kitorang ada 2 pilihan.. Arash@ Aniq.
Arash dlm bahasa parsi maksudnya hero. Tapi dlm bahasa arab xjumpa pulak..so bg nama Aniq.hehe.

Aniq lahir 12hb nov 2013 , 3.58 pagi bersamaan dengan 8 muharam 1435H hari selasa..

10hb (ahad) ada false alarm.

Malam tu aku menahan sakit contraction.  Tapi sakitnya bukan tahap extreme..cukupla sekadar untuk aku buat muka.hehe.

Malam tu sempat makan aiskrim n hubby belanja Starbucks mocha masa balik hospital..heee..balik dr hospital mak goreng sukun n cecah sambal kicap...yummmyyyy..

Malam tu layan citer kat tv sambil layan contraction.. satu mlm x tido sbb thn sakit. Pagi2 husband tanya

"Nak g hospital ke? Macam da kerap je sakit"

Aku pergi hospital hari isnin dgn jalan jammed.. mak dgn hubby da bising da sbb risau.  Hehe.

Pergi hospital, again doc  lelaki yg cek bukaan..kali ni da 3cm..n da x bole balik umah.

Ooh..nanti la sambung citer..malas pulak..haha..till then..I love u Aniq

Sunday, November 10, 2013

The false alarm (again)

Harini false alarm. Sebab hari ni keluar darah. Bangun subuh ngam2 azan..pas solat rasa  mcm ada kuar benda..tapi sebab selalu keputihan, buat xtau je la.

Sambung tido balik.. pastu bangun g mandi, tetibe tengok eh ade darah..mandi cecepat..panggil hubby naik atas.

'Jom g hospital'
Dah sakit ke?
'X, dah bleeding'

Hoh..trus dia bgtau mak kat bawah suruh siap..n pastu aku ckp aku nak mkn dulu..so p kedai A.Hassan ayam kampung..

Pastu baru gegas g hospital.

Sampai hospital, register, tunggu kena panggil..
Nurse tanya kenapa
Aku jawab la bleeding.
Pastu dia ckp bleeding tu untuk x cukup bulan.. aku da kategori full term..

Pulak dah..songeh beno.

Pastu dia suruh tukar kain n buat urine.maka bergegas cik abg aku g amik kain pulak..haha.

Dah pakai kain, dia ikat n guna mesin (ctg ke ecg? ) nak tgk ape ntah.

Pastu kena seluk ngan dr lelaki..nasib la kan.huuu..dr ckp baru buka 1cm.
Pas dia seluk, aku rasa x selesa wooo..tak sabar nak cuci..tp sbb perut masih ade ikatan mesin tu, aku bersabar je la..

Pas bukak mesin tu, aku g cuci n tengok berdarah lagi..n darah tu sampai mlm skang ni..

Pastu relak2 jumpa husband kat luar nak tunggu confirmation another doc, smpt lagi mkn buah2..haha..

Doc second ckp  , dia bagi tempoh sampai 16 ni..if x kuar juga, dia akan induce..kuang3x..

So after checkup bole balik..ngeee..

And now da mula rasa sakit..n da tau mcm mana rasa sakit pinggang time contraction tu..haha..

Till then..semoga selamat lahirkan budak bertuah ni..

Friday, November 8, 2013

Anak oh anak

Nak,
Bila awak nak lahir? Perut mak awak xde sakit2 pun..heartbeat makin kuat..berdentam dentum dr perut mak nak.

Adesss...

Semalam aku tido awal sikit..so mmg sepanjang tido, xde rasa pun sakit.

Bangun pagi, pegang perut sikit, trus bangun  budak kecik ni..trus gegar perut. Haha..

Awak keluar la cpt.. banyak baju baru nak pakaikan kat awak. Dedi da x sabar nak belikan awak kasut timber. Haha..

Anak oh anak..

Hari ni mau g checkup doc..semoga baby selamat n aku xpayah csect.

Thursday, November 7, 2013

40weeks..the journey of pregnancy almost over

Nervous..takut..excited nak tgk anak..semua ada..happy je xde kot.hahaha..ade ke org happy bila bawah tu bakal nak terkoyak? Hooo..mmg bukan aku lah

Husband dah pegi keja..in case ade pape..just call him..

Aku mcm sakit dada pulak skang ni.

Harini husband call dr opis tanya ok ke x
Aku jawab je la ok..
Pastu dia ckp "jaga, kang air ketuban pecah dlm keta..bahaya"

Pastu tetibe ckp nak g hospital ke induce. .hahaa..mmg xlah..lain la dia yg rasa sakitnya..unless mmg baby dlm bahaya n kena induce..baru aku induce. .

Hari ni basuh toilet, kemas lg sikit2..tapi basuh lebih kurang je la..nak buat position merangkak tu.

Mlm td mcm xleh tido sbb kena Braxton hicks..sakit la jugak..tp kalu betul2 lagi sakit kot.mcm biasa, aku tido untuk melupakan sakit..haha..

Risau sebenarnya pasal baby ni..selamat ke tidak kat dlm..air ketuban cukup x..tp hari tu heartbeat ok..so ok la agaknyam.insyaAllah..semoga Allah sentiasa lindungi zuriat kami.

Ke anak aku nak tunggu wishlist mknn aku dipenuhi? Haha..bagus anakanda punya perangai..

Aku mmg xde masak dah..mmg hari2 husband tanya nak mkn kat mana.. sbb nak kosongkan fridge..rindu oo nak masak n baking..mkn kat luar jemu gak..skali skala seronok..

Haritu masa g umah abg aku, bole plak trip..xtau la rosak ke x mknn..tp freezer still sejuk..huuu

Papelah..

Baby baby baby..cpt kuar.dedi da x sabar tu

Wednesday, November 6, 2013

Check up at 39w

39w..
Some stranger ask "dah berapa bulan? "
"Owh, dah 9 bulan"

Pastu tgk husband, eh bukan da 10 bulan ke?

Haha..

Jumpa nurse
Nurse cakap
Wah, da ketat ni.. (laluan) bila2 masa je ni.

Pastu tanya nurse mcm mana contraction tu
Sbb braxton hicks pun mcm xde je.
-awak xde sakit pinggang?
+ada kalu saya da dok lama sgt..nanti sakit la pinggang.
-perut x sakit?
+sakit sikit kalu baby gerak lasak sgt.

Hmm..last2 nurse tu ulang balik la ayat yg sama
-if ada bleeding g hospital
-if air ketuban pecah, g hospital
-if contraction kerap sgt g hospital

Itu je laa..

Esok da 40w..bila aku sakit sikit je, husband trus tanya
-nak g hospital da ke?
Sabo je laa...

Semoga dipermudahkan dan diberi kekuatan melahirkan zuriat kami :)