Friday, December 20, 2013

39 hari pantang

Finally...

The wait is almost over..haha

Ok..pengalaman pantang
The first two weeks almost the hardest
Sebabnya? Of course la sbb jahitan. Since ni pengalaman pertama, of course la semua benda takut2..
Masa awal2 pantang, mmg aku kurang rasa lapar. Memang x lapar. Masa seminggu pertama pulak aku dok kat kajang. So bekalan makanan ulaman tu mmg xdpt ler..owh..lucky sbb mak x berkira sgt pasal makan. Aku yg nak pantang betul2 , tapi dah mak xnak layan sgt..aku pun da xkisah.

Apa aku makan sepanjang pantang :
Sawi rebus, sayur campur, kerabu pegaga, ikan singgang, ikan bakar n rendang ayam ala pantang
Banyak jugak jenis aku makan. Buah oren, anggur, epal, pisang kaki. Tu je la..

Tapi pelik aku xberani minum kopi. Ceh..

So far mknn pantang agak mendera aku. Aku jenis makan pedas, so bila lauk mcm tawar2 ni, mmg mendera aku laa..nasib da nak hujung tu getting better menunya. Haha..tapi aku paling suka lauk kerabu pegaga sbb rasa cekur, masin n rasa pegaga tu sendiri

Psst..kudapan petang aku ialah cekodok n risoles..haha..nyam nyam

Pendapat aku tentang pantang..perlu sangat2..cuma pemakanan  aku akan upgrade lepas ni.. (kalau pantang lagi lah) sbb kali ni aku da tau mknn apa yg effect aku..

Paling penting kena jaga jahitan tu la..

Friday, December 13, 2013

Injection sebulan

Semalam aniq amik immunisasi hepatitis..berdebar n berdoa xde AEFI..aniq pun nangis sikit la..kejap je..

Pastu mak ajak g jb..aku pun g la.angkut aniq..mmg nak kena belikan aniq carseat..tp rasanya kat umah mmg ada..aniq mmg berjalan kuat la..dah umminya kena berjalan je..

Masa balik dr jb..aku ngantuk..n berenti kat rnr..s3kali aniq da hek hek hek nak susu..hoho..mak belikan aku nescafe..aku minum 2 3 teguk..takut effect aniq..haha..

Tp mlm td mmg aniq meragam la..xtau la sbb nescafe atau pun inject..sian dia..dia nak peluk je..last2 bedung dia.baru dia lena smpi pagi..bangun nak susu pun selang 2 -3 jam kot..

Xpelaa..yang penting aniq sihat..berdebar nak tunggu inject 2 bulan..takut dia demam

17hb ni kena g jumpa doc..n kena tanya pasal family planning..hmmm..zess..amik implant je bole x..hmm..pening2

Wednesday, December 11, 2013

10 hari lagi

Today aniq da genap sebulan ♥♥♥

Mlm td dia tunjuk perangai sket
Hehe

Hari ahad lepas aku balik umah kajang. Masa pegi abah drive sampai ayer keroh..pastu aku sambung sampai kajang..

Walopun 10 hari lg nak abis pantang..aku da start mkn mknn biasa..huuuu..sbb tu mok2..haha

Max weight time preggy 63kg
Before preggy 48kg
Current weight 53kg

Tu diaa..5kg to lose..memula nak maintain tp sedih la pulak tgk seluar xleh pakai..

Jumpa uda n dia tanya pasal aku..pastu dia bukak citer dia punya MO, 10 hari pas bersalin da start keja..terus aku rasa kuat..haha..insyaAllah time will heal everything. .

Hehe..another 10 days konon..tp aniq da jalan merata..cuma x masuk shopping complex je lg..haha..

Friday, December 6, 2013

Breastfeeding journey

Ni je mampu lepas pump 20 minit.10 min each...haha..sendu..

Harapnya lepas ni bleh banyak lg supply susu untuk aniq..

Tapi aku rasa kekdg aniq mcm terlebih minum je..after susu, dia baring n tetiba keluar susu dr mulut..banyaknla tu..saba je la

Saturday, November 30, 2013

2 years diet @ 2 years pantang?

Alhamdulillah dah 19 hari umur Aniq. Dan da 19 hari aku berpantang.

Takdela pantang mana pun. Semua benda pun aku makan.  Tapi benda yang   berkhasiat saje la.. fruit mesti ade setiap meal. Kebetulan mak mmg penuhkan fridge ngan buah.

Istilah bentan ke ape ke mmg xtau la. Buat2 kuat je.

Owh..berbalik pada tajuk..

Disebabkan aku start bf Aniq maka, pemakanan aku semakin ketat..wuuu..no more junk food.no more coke..haha..da balik mcm awal2 pregnancy dulu..

Skang nak mkn pun kena fikir pasal aniq. Effect kat aniq or not..dengarnya mi or laksa bole sbbkan baby kembung. Nasib x suka mkn laksa..tapi tetibe teringin mi bandung. Haha. .

So nampaknya diet pemakanan sihat aku akan berterusan la sampai aniq 2 years.hoho.

Aku da beli pump susu.. InsyaAllah bila2 start pump susu untuk kecemasan. Aku kan jenis slalu sakit..kang kena makan ubat pelik2 kang takut effect kat Aniq.

Tapi masalahnya xtau nak pump bila. Esok la start kira waktu menyusu aniq..but seriously xmudah oi nak pump susu bila anak depan mata je.pastu leceh plak tu..zess..haha.kuatkan smgt  demi aniq

Moga aniq besar jadi buat yang sihat dan kuat.. InsyaAllah aku akan buat yg terbaik untuk Aniq

Wednesday, November 27, 2013

Breasfeeding journey?

Alhamdulillah syukur diberi peluang untuk susukan Aniq.

Aniq anak yang bijak. Dia tau nak menyusu. Lagipun dia breastfeed secepat mungkin.

Tapi masa mula2 breastfeed mmg sakit. Aniq punya gusi tajam or lidah  dia kesat. Tapi aku rasa gusi.haha..

Masa memula breast feed Aniq cabarannya adalah nak suakan nipple kat Aniq. Aniq tercari2 guna sense dia. Hari 1st tu mmg susah sgt.lepas tu aku blajar trick untuk dia..so lepas tu xda masalah.

Masa memula Aniq dehydrated. Sbb diapers ade warna pink..cuak juga..nasib la ade google. Haha. Cepat2 search kenapa dia punya air kencing jadi pink..

Owh..masa memula benda yg sgt berguna adelah hot warm beg, tuala kecik dan purelan medela. Semua ni berguna untuk turunkan bengkak kat breast accessories n kurangkan sakit kat breast.

If sakit, amik tuala kecik yang direndam air panas n tekap kat breast. InsyaAllah lega untuk few second. Jadi la kan..haha.

Alhamdulillah walopun aku urut lambat,  susu untuk Aniq tetap ada. Positive. Tapi aku makan ape je yg org ckp bole bykkan susu.

Dari trubellai gamat n dates extract, sawi. Semua aku mkn. Sampai tahap nk mkn lobak putih..Tapi masalahnya..sepanjang aku pantang, aku kurang rasa lapar. Padahal org ckp, ibu menyusu cpt lapar. Xdenye..kenyang je.

Sampai nurse ckp suruh mkn seimbang n kenyang supaya susu banyak khasiat..baru la aku kuatkan semangat nak mkn..haha..bole?  Tapi aku xde la sampai xmakan.. cuma aku xde mencari kudapan biskut time2 lapang. Aku cuma bfast, lunch n dinner.

Menu pantang aku biasanya aku nak protein n sayur. Mesti. Awal2 aku ingat aku xleh mkn ikan bilis. Tapi aku +ve..sume benda InsyaAllah bole. Cuma lada xde mkn..takut aniq diarrhea pulak..

So far xde mkn pelik2 walopun mak aku suakan makan jagung, goreng pisang n cekodok pisang. Aku mmg xmakan..Tapi aku da tibai cekodok ikan bilis. Haha

Now aku da start bosan telan horlicks every day. Makan sayur sup/bening everyday.. (kalu hubby masak bening mesti sedap..huuu). Sebab luka semua da baik..so aku rasa mcm da bole da nak mkn pape. Hehe. Asalkan berzat.. esok lusa nak cuba mkn ayam la.. ayam kampung InsyaAllah bole.(Aminn)

Semoga journey menyusukan Aniq dpt cukup 2 tahun..

I know the journey is not easy..but I believe it is not impossible :)

Susah..tapi x mustahil :)

Tuesday, November 26, 2013

Berpantang story

Jujurnya, aku rasa pantang ade lah leceh dan menyakitkan.

Ramai ckp suruh enjoy time pantang. Tapi aku x berapa enjoy pun..

Aku pantang kat kajang dr hari isnin sampai ahad. Hari ke 3 pantang aku da kuar g kk sbb aniq kuning.. tapi masa ni kuat. Even lepas bersalin pun kuat. Sbb x sakit pun kat tmpt jahitan tu. Nak jalan laju pun xde hal. Cuma berdarah telinga la..

Tapi entah mcm mana hari sabtu tu aku menangis. Tapi aku da xingat sbb ape..aku rasa private part aku sakit kot. N bila sakit je aku mula la cuak n takut. Aku rasa aku nangis sbb takut lebih dr sakit. Huuuuu.

Bila kat kampung kena urut start hari isnin. Bertungku, berurut, berbengkung, berpilis.

Masa ni la start citer ngeri.

Aku kena rengat. 2 hari. Macam nak pengsan.

Org slalu ckp rengat jarang berlaku kat anak 1st.  Org ckp rengat happens ikut bilangan anak. Maybe aku kena 2 hari sbb ritu aku expecting twins kot.haha.

Perjalanan nak g dapur, jalan tu buat aku nak pengsan.sbb sakit. Last2 aku call hubby nangis2. Dia mmg jarang layan bila aku ckp sakit. Huhu.. sbb aku slalu sakit gaknye.

Aku mkn panadol untuk kurangkan sakit n berbengkung. Alhamdulillah mmg jadi..

Aku rasa panjang sgt tempoh nak baik ni. Org slalu ckp seminggu jahitan da baik. Tp aku pun xtau da baik ke x. Asal sakit je aku mula la nak takut..even sikit pun aku rasa sakit sgt n takut sgt

Tapi semua pun ade kelebihan. Macam aku, walopun aku xbper sihat. Aniq budak baik sangat. Walopun dia penah buat aku takut dgn result darah dia.

Aniq nangis sbb nak susu or x selesa je. Dia jarang nak kena dodoi ke ape.. dia bole main sorang2 asal kenyang..skang aku da makin biasa susukan aniq malam2.

Cuma aku beruntung sbb ade maid mak yg tlg jaga aniq gak. Dia tolong mandi n bersihkan aniq..haha.aku cuma bg susu je. Tu je la yg enjoy..pasni sume buat sendiri.hehe.