Tuesday, June 19, 2012

mana lagi bagus?

beli phone yang ade internet access trus yang katanya murah sikit (cth celcom,maxis,digi)

atau

beli phone yang xde contract mana2 tapi mahal sikit


aku memerlukan internet..n kat kampung dah xde streamyx. deng!

hubby cadang suruh guna hp dia supaya senang upload gambar cookies.

hubby: sayang guna hp dy je..senang nak upload gambar kat fb.
me:okay.tapi if dy tukar iphone,sayang nak iphone tuh. wahaha..

aku tau trick dia. suruh aku amik phone lama dia supaya dia dapat tukar hp baru. :p

tapi samsung dia tu mmg xberapa bagus la..android yang bengong..eh..dia pakai LG..silap2.. :)

so..mcm mana eh?aku ok je guna celcom broadband kat hp tu...tp masalahnya,skang nak subscribe dia da leceh tau. kena anta msg banyak kali..stress la aku weh..

hmmm..xtaulah..nanti fikir..

owh sneak peak :)

harap menjadi :)
rasa nak beli s3 je wey..haha..tapi dari beli hp mahal2 baik renovate umah aku..tengok brochure ikea,bawah 5k dah boleh dapat yang simple..pastu tambah hub dapur 5k da cukup KOT..kumpul duit,gigih!

beli ni je
asha 302. 
best jugak ni..whatsapp pun ader..

Monday, June 18, 2012

It's in the blood

Husband aku request untuk belajar masak yang tradisonal.since aku dah tau sikit masak lemak cili api..dia xbising la suruh masak lemak dah..cuma haritu dia sound aku suruh blaja masak asam pedas n kari.

Hari ni g kedai n nampak bunga kantan n daun kesum. Terus aku beli. Walaupun xsihat sgt,gagah gak la nak masak asam pedas sebab barang2 semua da lengkap.

Masa makan
Hubby: hmm...sedap. Pandai gak syg masak asam pedas.
Me: hmm..it's in the blood. Hahah..xdelah..syg tengok resepi je pun.

Well..johor kan well known dengan asam pedas..so pelikla org johor xtau masak asam pedas. Kononnya la..

Hubby aku nampak bunga kantan dia trus ckp.." hmm..bole masak laksa ni"

Ok..esok masak laksa pulak..tp dia sorang la makan..ngeeee..( kalu smpt nak masak. Besok nak g amik uda..aritu dah la xhantar)

P/s: masak ikan dua ekor..tp cuma 1 je yang di makan..acano tuh?

moanday

hubby:nak buat apa benda ni sayang?
me: untuk makan dengan mi ke nanti
hubby: owwwhhh

cili padi jeruk
hari tu dapat banyak dari kampung. sebab mak beli dengan orang yang tanam lada secara fertigrasi. lambat dia buruk/busuk. jadi aku buatlah bendalah ni. owh..xlupa jugak buat tempoyak sikit aritu. dapat berapa sudu je ntah. hahaha

malam ni masak mi la kalau macam tu. buat menu kombo. sorang makan nasi ngan sayur campur,sorang lagi makan mihun hailam. kikikiki..

owh.. haritu aku anta ibu balik pahang. hari khamis aku balik pahang,sabtu balik sini balik. yang kelakarnye,jumaat tu ted kena pergi pasir gudang untuk servis. alahai...macam tukar kampung lak kan?

minggu ni nak balik kampung. nak buat order cookies. x banyak pun,sekotak je ordernya. sambil buat cookies baru. oreo pop.  hmmm.. xsabar nak test buat

Wednesday, June 13, 2012

Bbq gathering :)

ni entri lama

1 st time buat makan2 kat umah sendiri

Hari jumaat kitorang pergi cari ayam n marinate. Daging pun ade jugak. Concern dengan member yang xmakan ayam. Hehe..

Ajak ayed tolong potong daging

Aku memula nak buat cheesecake. Tapi sebab aku xsihat,aku melepek je kat umah. Xsempat nak kuar cari barang kek.huhu..

So,menu
Makaroni bakar
Spageti
Coleslaw
Popia goreng
Nachos n cheese ( yang ni memang kena buat lagi)
And of course
Ayam n daging
Sosej

Owh,ade gak buah tembikai

And aku terajin lak buat skewer. Jalan2 kat c4 nampak skewer,terus sengih2 kat Ted cakap nak beli. Hehe..Aku marinate lupa letak garam n gula. Cantik kan perangai aku?

And menu omputih betul kan? Well..western food is much more easy to cook. ( for me)
tengok gambar jelah

skewer,rajinkan aku? :p

makaroni bakar (resepi dr hanieliza)

cheese dipping sauce untuk makan ngan nachos( dah celup baru ingat nak amik gambar..sedap nih)

coleslaw,buah dan popia
ayed dan bbq nye

vibrant color

acap,me n zihah

depan rumah (kurus gak eh kaki saya? weeee)

nyum!!
gambar ayam xyah ler..hahah..(padahal ni je yang ade pun)haha

lepas ni boleh buat lagi..seronok bila kumpul ngan member2

Conversation

Me: idlan,idlan punya thomas ni fake ke real?
Idlan: real ( pronounce as ril<---mat saleh betul bunyi)
Me: fake la
Idlan : rilll ( da jerit)
Me: fake la
Idlan : rilll..( dah nak nangis)
Me: hahaha..sambil blah..seronok kacau budak..

With syudada
Me: dada, mama
Dada: mama
Me: ayah
Dada: ayah
Me: nenek
Dada: nainek..(bolela)
Me: maksu
Dada: nanak ( refuse untuk sebut)
Me: * getap bibir* ( ok,takpe..)


Me: ni sape?( sambil tunjuk kat dia)
Dada: dada
Me: ni sapa?( sambil tunjuk diri sendri)
Dada: cu-cu
Me: Cucu? Bolelah..


Akhirnya. Babysitting dia sehari,ptg tu da nak panggil maksu. Berhasil.:))

Kak sal cakap,syudada agak tinggi untuk budak sebaya dia. Aku macam " tinggi ke dada tu?kenit je kat mata aku")..syudada da masuk taska..

Tapi nak buat camner..compare dgn adik,mmg lah tinggi.. Adik punya badan dah nak sama besar dgn idlan.

Conversation with mak
Mak: ko pergi la jaga si kecik tu. Kalo ko jaga nanti ko cepat mengandung.
Me: ye?( sambil gelak2)
Mak: nanti ko da ngandung,ko pulangkan lah.
Me: pulak?hahaha.. ( ada2 je mak aku)

Monday, June 11, 2012

Perbualan fail suami isteri( getting worst)

Wifey: mana syg letak buttercup? ( cari marjerin yang jenis xpyh simpan kat fridge)
Hubby: mana la dy tau,gosok baju dy syg
Wifey: ok..kat atas..nti syg gosok.. Mana eh? ( sambil cari marjerin lg)
Hubby: esok pakai suar khakis je la.
Wifey: kat mana ye letak?
Hubby: pakai suar khakis je la
Wifey: kat mana ha marjerin tu?

Pause kejap

Wifey: did u realized that we are talking on different thing?sorang ckp lain,sorang ckp lain..komunikasi da x berkesan..hahaha

Sunday, June 10, 2012

Rasa macam nak makan macam macam
Nak masak sedap sedap
Tapi hidup cuma dua orang
Aku tengok ko
Ko tengok aku
*Pandang makanan*
Ke tong sampah jua akhirnya ko.

Sigh

Masak je la biasa2..sampai jemu.

Dulu kalau masak penuh periuk.
Sebab xtau nak bajet.
Sekarang masak ngam ngam
Bila nak masak lebih sikt
Terkial kial otak kira

Sigh

Thrill jugak hidup berdua.

Xsabar nak tunggu order kueh tambah.
Owh. Order cookies telah dibuka.

Lepas raya dah boleh cari kerja n oven baru. Hip hip hurray.