Tuesday, September 13, 2011

mak dan abah

31 hari lagi menjelang majlis pernikahan.

Hari dimana, mak dan abah terlepas dari tanggungjawab untuk menjaga aku dan amanat tu diserahkan kepada bakal suami (insyaAllah)

orang lain mungkin risau dengan persiapan perkahwinan tapi aku cuma risaukan pasal mak dan abah. Yup,mak dan abah yang sudah berusia 62 tahun dan 74 tahun. Sekarang aku duduk kat rumah,jadi driver mak dan abah.Mak dan abah nak pergi mana-mana aku boleh hantar.Pergi bank,uruskan kebun even ke rumah abang-abang aku kalau mereka rindukan cucu.Dan aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai seorang anak.

Mungkin aku x akan rasa risau sangat if mereka sihat. Tapi apa yang boleh diharapkan dengan kesihatan mereka jika umur pun semakin meningkat.Dan,apa yang merisaukan lagi bila mak sakit diabetes dan mengalami allergic yang teruk pada kulit.

Beberapa hari yang lepas,masa aku stay dekat KL untuk mencari barang hantaran,aku dan Ted terkeluar topik pasal mak dan abah,dan hasilnya aku risau pasal nak kahwin.Sampai aku cakap kat abang aku

"Saya risau la nak kahwin ni,risau nanti x ada sapa nak tengokkan mak dan abah"

Abang aku jawab:
"Kau nak risau apa?aku ada,mail ada,sahak ada.Semua boleh balik tengokkan mak abah" .
"Kau fikir je pasal kau nak kahwin ni"

Hmm.X mudah pun nak buat macam tu.lagi-lagi jenis orang macam aku,selalu fikir benda bukan-bukan. Bila aku tengok kulit mak yang dah merah,aku dapat rasa betapa pedihnya,ditambah lagi dengan penyakit kencing manis yang menyebabkan kulit dia lambat baik.

Aku memang garang,anak-anak buah aku tau sangat mood swing aku,Ted pun dah paham sangat mood aku yang boleh berubah-ubah.Even dengan mak pun aku jadi garang sebab nak avoid dia dari makan benda-benda manis dan garu kulit dia yang dah semakin teruk. Tapi,mak tetap mak.Degil.Tak nak dengar cakap aku, dan xnak dengar cakap uda .Uda mesti lagi stress,sebab dia doktor,tapi mak lebih percaya pada perubatan tradisional.Sabar je lah rasanya.

Mungkin aku x boleh membantu banyak pada mak dan abah.Tapi aku rasa penting aku sentiasa ada kat rumah kalau diorang perlukan aku.Walaupun,duduk serumah menyebabkan aku bertengkar dan dibebelkan oleh mak dan abah.Well,aku xkisah dan aku x simpan dalam hati pun.Sebab aku dah makin paham yang diorang dah semakin tua.

Dan aku jugak paham,once aku bersuami,aku kena taat kepada suami aku.Dimana masa tu,parents aku akan jatuh tempat ketiga selepas suami dan PIL aku.Dan,aku berharap,keadaan aku sekarang x menyusahkan Ted pada masa akan datang.Dan Ted akan terus memahami aku macam sekarang.Aku betul-betul harap yang aku boleh berlaku adil kepada semua.

Dear mak dan abah,semoga sihat selalu dan dilindungi oleh Allah.Saya sayang mak dan abah.

p/s: Aku pernah rasa,betapa Allah x adil sebab jadikan aku anak terakhir,menjadikan waktu untuk aku dengan mak dan abah lebih sikit berbanding adik beradik yang lain.Aku selalu tertanya-tanya,kenapa aku xlahir dulu,supaya aku boleh hidup dengan mak dan abah lebih lama berbanding yang lain.Tapi,itu cuma cerita zaman bebudak,zaman otak aku masih limited pemikiran.Yang penting kualiti kan?

No comments: