Monday, March 5, 2012

Muhasabah DIRI

X wajib pakai tudung,tapi wajib tutup aurat.

Bentuk tubuh pun kira aurat

Tutup aurat bukan sahaja bila keluar rumah,tapi dalam kawasan rumah pun kena tutup aurat. Pendek kata depan bukan muhrim kena tutup aurat,bukan tutup kepala sahaja

Lengan pun kira aurat,jangan asyik nak selak2 lengan baju sebab panas. Pasni pakai sarung lengan

Kaki pun aurat jugak,jadi jgn lupa pakai stokin,paling senang pakai kasut.

Tudung jgn singkat2,jgn sampai nampak bentuk dada walopun hang kurus

Baju labuh2, jgn singkat2

Seluar jgn ketat2,pasni tukar cutting seluar atau pakai je skirt labuh

Ni peringatan untuk aku. Masih banyak kelemahan aku dalam tutup aurat. Tak masuk ibadat lain lagi. Solat pun dah selalu kat hujung waktu,Pastu time solat,khusyuk pun x. Al-quran pun pegang time rajin jek (teruknya aku). Tu baru perangai dengan Tuhan yang hari2 bagi aku oksigen tanpa lupa.( Sedangkan aku selalu lupakanNya dan selalu lupa hendak bersyukur) Inikan pulak perangai aku dengan makhluk lain. Dengan suami,parent,in law aku,kawan2 aku,manusia lain,binatang.. Entah macam mana pulak.

Muhasabah diri selalu Marina,semoga kau (marina) tak mati dlm kesesatan,dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah

" Ya Allah,berikan aku kekuatan dan sikap istiqamah. Jauhkan aku dari riak dan prasangka buruk. Sucikan lah hati dan jiwaku. Sesungguhnya hanya kepada Mu tempat aku bermohon dan berserah segalanya"

2 comments:

Adib said...

bukan muhrimlah kena tutup aurat..salah tulis tu..

menn said...

Eh..salah pulak..hahah..aku dah betulkan..mekasih betulkan.. :))