Wednesday, June 5, 2013

buku pink :)

finally semalam aku buat jugak buku pink tu.

ade sebab buat sebenarnya.
1st: kononnya dah jumpa klinik untuk buat buku tu kat lake fields.
2nd: sbb penat kena bebel..ahahaha

ok..aku buat hari selasa sebab isnin tu hubby nak pakai gps untuk gi kerja. 1st day kerja katakan. awal gila plak tu.takpe..bagi dia semangat sket..haha
hari selasa tu tengok aku yang bangun dulu,padahal isnin dia yang siap awal..haha

ok.730 aku dah gerak. sampai kat klinik kesihatan sungai besi,dia cakap xleh buat sebab tu klinik pesakit luar. sigh..bengang sikit. lepas tu dia cakap klinik ibu mengandung ade kat depan south city plaza. aku pun gigih la cari. haram x jumpa. buka data,google kejap. cari kat gps pun x jumpa. so sekali tengok nama dia rupanya poliklinik komuniti seri kembangan. hampehhhhh..cakap la awal..menggagau aku cari.

ramai gila orang wehh..
amik nombor n buku. nasib aku bawak pen.so aku pun tulis la detail2 kat buku pink tu.klinik kerajaan. xleh la nak high expectation sangat

entah haritu kat mana aku baca siap kena bawak sijil nikah,gambar,ic suami,bil utiliti(untuk pengesahan tmpt tinggal).hurmm..haram x guna.huhu

aku memula bajet nak membaca sambil tunggu nombor. sekali nombor dia panggil random. tak jadi aku baca..sebab aku jenis hanyut kalau membaca. so melanguk tunggu nombor. nak men fb pun bateri dah low.. so layan sms je ngan cik abg..tu pun dua tiga kerat je.

banyak la kena buat
-cek darah
-air kencing
-berat
- scan (15 minggu keatas sahaja)

Alhamdulillah. semua ok. dapat sticker putih. but next checkup kena minum air gula sebab ade sejarah diabetes dalam family.

pas abis tu aku g kantin klinik tu,makan kuih dua keping ngan air milo. pastu gi pos laju bangi amik CD yang tukar aritu.
langsung aku merayap sampai alamanda. curik aircond. haha

sampai alamanda aku pening nak makan apa. text husband bgtau da kat alamanda. dia suruh lunch siap2 kat sana. terus tanya idea nak mkan kat mana.
hubby suruh g secret recipe makan spageti..so lunch dengan spageti aglio olio yg sedap tu sbb pedas. terbuka selera aku yang dah mula nak muntah tu. haha.
pas makan terus balik. sebab masa awal2 tu da berpusing pusing cari tmpt nak makan. siap dah borong roti kat rotiboy n beli magazine.

ooohh ye.. aku xkena marah pun dengan doktor walopun ade orang kata kena marah kalu lambat.. just nice je la.

cuma nurse cakap,next time dah rasa movement baby baru bole buat injection tetanus tu. tapi aku rasa baby dah move. cuma xkerap. maybe nurse tu xpercaya aku dh rasa sebab ni baby first kot.

owhhh..
Sila elakkan minuman bergas (dah minum sikit,dua tiga sip,tu pun dah kena ugut mcm2 dgn suami bila nak minum) dan kafein (sorry,i dont buy it,kopi adalah sunnah.selagi x berlebihan xpe bg aku.tapi aku x minum pun..cuma kena avoid tea after this)

No comments: