Kehendak
nak jimat duit.Xnak membazir.Semua benda yang dibeli,haruslah boleh digunakan semula.Cth baju kahwin boleh pakai untuk dinner company (fact:aku x minat pun nak makan gaji dan aku memang xkerja,so ada ke istilah dinner company?) or majlis kahwin (fact:aku bukanlah jenis yang beriya-iya nak pakai baju yang glamer2.aku segan bila org pandang) or majlis istimewa dan etc.
Keadaan
Baju nikah aku memang aku suka dari segi design yang simple.Molek je aku rasa (kot?).Memula nak amik warna pink,tapi abang aku dah pakai warna pink masa nikah dia dulu.Pastu time beli dengan mak,mak cakap cream lagi sesuai untuk nikah berbanding peach.Ok.Layankan.
Masa tunang keluarga pihak lelaki pun bagi kain untuk wedding.Which is aku ingat nak pakai time majlis bertandang or time g rumah pihak lelaki.
So da setel la bab kain untuk majlis.Tapi...aku terlupa majlis kahwin nya.
Masa tunang,aku ada cakap,tak payah la sanding-sanding ni.Pastu ramai orang bangkang (kakak ipar dan mak andam je pun yang cakap) diorang cakap rugi tak sanding,sekali je seumur hidup .Mak andam bagi pakej pelamin,baju 8 kali salin (aku rasa la) mekap,bilik tido n ape lagi ntah.(Sebab cakap mulut je,jadi xpasti ape yang dia bagi) dia bagi harga RMXXXX. N masa tu terfikir,macam best je sanding
Tapi,lama-lama aku fikir aku rasa tak perlu.Aku kan x bekerja.Harus jimat.Eceh..
Then,mula masalah.Nak tempah atau nak sewa baju untuk makan beradab?Masa ni dah fikir nak sewa (Jimat) tapi,kitorang buat mistake besar ngan pergi Jakel.Zesss..Dah pergi Jakel,TERBELI pulak kain.so aku decide tu untuk majlis makan beradab.Ok. Tapi masih rasa ralat sebab kain yang aku pilih,ramai x setuju (T T) memang rasa nak nanges ok?Sebab orang tak setuju tu la aku rasa cam ralat..Kalu orang puji,xpe la..huhu..takper..Pergi ke konsep Redha dan Redah.Hoh..
And akak beli kan kain sari warna tiffany green. Thanx akak.Tapi saya nak pakai bila? Baju dah terlebih dari majlis. Waduh.Tapi maybe boleh pakai untuk pergi kerumah saudara mara.huhu
jadi sekarang?Dari jimat dah tukar kepada membazir.Tu baru beli kain.Belum tempah lagi.Agak-agak berapa tempah baju?Tapi memandangkan aku cuma nak yang simple,maybe kurung moden @kebaya labuh.ok kot?Tapi kak ngah kata,jgn buat kebaya labuh.Hmmm..Owh ye.Tempah baju kurung moden dgn kawan akak ok juga,x berapa mahal juga.RM150 untuk sepasang baju.Tapi sekarang,sudah ada 4..@@..
Jadi,sekarang,misi nya adelah jumpa mak andam,design kad kawin dan tempah baju.Huhu..Harap dipermudahkan.Amin..
No comments:
Post a Comment