yup..sudah mula panik sedikit.
sebab belum ada persiapan apa-apa.Yang ada cuma perancangan sahaja. Dan yang paling teruk sekali,idea bersepah-sepah.Itu nak buat,ini nak buat.End up dengan fikir mampu ke aku buat semua ni?
Jawapan:
mestilah tak mampu.
Ada beberapa penting yang belum diuruskan
1) Tarikh-dah merancang,tapi masih belum ditetapkan secara official. InsyaAllah keluarga si dia datang Sabtu ni. :)
2) Prosedur perkahwinan- semua benda berkaitan surat kebenaran,blood test,and bla..bla..bla..TAK BUAT LAGI.Cuma sudah pergi kursus kahwin. Tapi sijil belum pergi ambik lagi. Aduh...Dushh..
3)Tempah baju - baju sudah ada errr..4 pasang. (Gila banyak sampai 4,dari bajet nak berjimat,sudah terlebih-lebih dari majlis @@) Belum buat design,tapi aku nak simple je.Maybe baju kurung moden atau kebaya labuh.Tengok yang mana sesuai. Baju si dia pun ,dia tengah fikir lagi nak hantar kat mana.
4) Deal dengan mak andam-yang ni dah pilih siap-siap.Amik mak andam turun temurun,if aku pakai mak andam ni,maknanya,kami 5 beradik pakai mak andam sama.Hahah..Tapi masalahnya belum decide lagi nak ambik pakej macam mana.(nanti cerita pasal ni)
5)Kad kahwin-patutnya kad kahwin kena letak kat nombor 3 kot..haish..Entahlah..Pening sudah.Ini pun masih belum buat,tapi dah mencari,tinggal nak sesuaikan dengan keadaan goodies dan kehendak bos. Sebab taknak membazir sebab aku x bekerja.(If aku kerja pun,belum tentu lagi nak berhabis kat kad dan benda tak perlu <- yang ni tipu..:p)Lagipun,kalau package kad kahwin tu tak guna secara optimum kan membazir.Heheh..
Ni antara yang penting rasanya. Nanti tambah lagi.Slow and steady.Redah and Redha.
Bila baca blog orang lain dah prepare macam-macam,dan keadaan sekarang dah lari dari perancangan,panik pun menyerang. Sempat kot?aku kan memang suka last minute? :p..Lalalala.Tapi harus ingat,bulan 6,7 dan 8 adalah bulan yang busy sebab ada kerja masa tu.Tido pun belum tentu masa.Jadi kena beringat.Yang tinggal lepas tu adelah sebulan setengah ngam-ngam.@@
Apa-apalah..Layankan
p/s: Kena sediakan buku nota dan pen selalu.Bila ada idea @ terberangan wedding impian,kena cepat-cepat tulis sebelum terlupa.
p/s:Fail dah sedia jugak.InsyaAllah nak catatkan every expenses kat situ sebab ingat nak bayar balik duit katerer kat mak dan abah kalau ada rezeki nanti.InsyaAllah
No comments:
Post a Comment