Thursday, June 2, 2011

Katerer Vs Rewang

Yang mana satu pilihan hati?

Dulu,
Masa akak aku kahwin,aku suka sangat dengan aktiviti rewang ni.Ramai sangat cousin,family,jiran-jiran datang ke rumah untuk membantu.Al-maklum,akak anak sulung,majlis nya,meriah sungguh time tu.Kalau x silap 2 ekor lembu tumbang dan majlis berlangsung selama 2-3 hari rasanya.

Masa tu langsung tak fikir susah senang orang yang membantu nak rewang,yang aku tahu,seronok bermain sampai ke malam sebab masa persediaan tu ramai kawan-kawan datang rumah.Seronok betul,dan aku tak perlu rasa malu untuk makan kalau lapar sebab kat rumah sendiri.*kalau kat rumah orang,rasa malu pulak nak gi makan,kena mengendeng kat mak dulu cakap haus atau lapar (takpun lari balik rumah untuk minum air)

Masa tu seronok sungguh bila ramai orang tua-tua datang ke rumah membantu. Family dari singapura datang awal untuk bertandang dan tolong rewang.Pastu cousin lak siap ada amik video macam pro.*Fuh,jakun gila boleh masuk tv masa tu. (video masa akak aku kawin,aku tak mampu tengok.sebab diorang cakap aku cam murai..aduhh..malu sungguh)
*dan aku masih ingat,makan beradab dibantu oleh keluarga singapura,masa tu aku sakan puji sebab kagum tengok diorang buat bakul guna tembikai.Haha..dan sempat mak long usik, time ko nanti kami buat lagi cantik.Sekarang boleh tuntut x janji tu?hahah..

Pendek kata masa tu sangat seronok dengan aktiviti rewang.Katerer?apa tu?x pernah dengar pun?

Sekarang,
tak mau cerita detail pasal kes yang terjadi akibat orang rewang.Cukup untuk disebutkan serik sedikit.

1) tak amanah
2) tak amanah
3) tak amanah
4) ambil kesempatan
5) saja nak pedajai tuan rumah.

terima kasih ya :)
kalau tak,tak merasa aku punya majlis ada katerer.Hahaha..Maybe vendor ni bagus,nampak gaya buat kerja macam teliti dan sistematik.Mahal la jugak sebab tu aku teringin sangat nak bayar balik duit katerer kat mak dan abah.One day.Kalau diorang taknak,tu dah cerita lain.tapi yang penting,ada niat nak bayar balik.

Kebaikan katerer:
1)Kurang kerja
- Rumah tak bersepah,dia sediakan dan akan kemaskan segalanya.*Dan aku dapat idea nak letak centerpiece kat meja.Hasil tengok dari blog ini  .Kalau ada masa nanti nak buat lah.Hehe.

2)Kurang risiko barang hilang
-InsyaAllah takkan ada kes curi daging,curi kek,curi barang sebab terlampau orang ramai datang.*ni kes betul :(

3) Senang manage
-just cakap dengan katerer apa yang nak dan xnak.kalau penanggah,ramai sangat nak tunjuk hebat dan tunjuk kuasa,padahal tuan rumah tak suruh dia buat apa pun.Zesss..Sengal

4)Menjimatkan
-insyaAllah lebih jimat.kurang pembaziran yang tak perlu.*sebab aku kahwin bajet. Aku rasa time abang aku kahwin pun,abah dan mak beli barang macam beras,gula,bawang maybe cecah la jugak riban-riban.Untuk sediakan makan-minum diorang selama beberapa hari,sediakan kuih la ape la.End up dengan cakap,Beli lagi senang. Tak banyak kerja dan kurang juga gosip di rumah kita.aku rasa kalu track balik expenses,mesti lebih kurang je dengan katerer rewang ni,except ambik katerer lebih kurang penat melayan tetamu dan perangai orang x semenggah.

Ada lagi ke?Entah.Tapi ni je lah buat masa ni.Kurangkan stress pasal majlis kahwin.Ada banyak benda lagi nak fikir selain dari problem ngan penanggah dan tetamu.

P/s: kena check sama ada pihak katerer akan layan tak kat meja beradap.Tapi aku rasa macam pakej aku tu kena pilih antara DJ atau makan beradap.urghhh..Tambah masalah untuk difikir.Take note!

No comments: