Saturday, March 31, 2012

Perbualan fail suami isteri nombor berapa eh..

Case 1
Having dinner dengan lauk ayam goreng rempah n buncis goreng sambal.
Husband: sayang beli ayam ke?
Me: ( tengok muka husband, tengok lauk). Takk..sayang beli ikan. Abuden!
Dua2 gelak. Haha

Abuden: when something obvious but u still ask it. Like," siram pokok makcik?" pada makcik yang MEMANG tengah siram pokok.

Case 2
My husband ada bagi duit bulanan untuk beli barang dapur,so this month kira first time la dia hand over secara lumpsum,kira anything pun akan pakai duit tu.

Me: dy,if duit belanja tu ada lebih,nak buat apa eh?
Husband: sukati sayang la nak buat apa, nak simpan ke
Me: ( yes!)
selang 2 saat
Husband: nak simpan ke,nak simpan ke.
Me:( okayyy,i got it..cit)hahaha

Thursday, March 22, 2012

karma is a bitch

if aku buat baik dengan orang,orang akan buat baik dengan aku. YEAH,maybe bukan yang aku buat baik dengan dia yang akan buat baik dengan aku tapi orang lain yang akan buat baik dengan aku.

itu yang selalu aku fikir la,the same thing goes bila aku bersedekah,mungkin tak possible orang yang aku bg sedekah tu bersedekah balik kat aku,but Tuhan akan balas untuk aku dengan mudahkan rezeki aku.Rite?

The same things jugak if orang x boleh nak hormat aku,one day orang tu pasti akan dapat balasan dari Tuhan,maybe dia x akan terima directly,tapi Tuhan balas kat family or member dia.Who knows rite?

Sejak aku kahwin,aku selalu fikir to treat my MIL sebaik mungkin.1st reason,she is my husband mum's,and syurga bagi seorang anak lelaki itu adalah dibawah kaki ibunya,and syurga aku pulak di bawah tapak kaki suami,jadi aku mestilah hormat my husband and my MIL. Get the picture?
2nd reason,bila aku ada anak lelaki,aku harap anak dan menantu aku will love me as much as i love my MIL.And i guess my "future" son will learn it by me showing my love to my MIL.

aku memang banyak belajar dari abang dan kakak aku,sebagai anak bongsu yang umur jauh beza dengan abang dan kakak lain,aku membesar dengan melihat perangai orang di sekeliling aku. My SIL yang duduk kat kelantan banyak ajar aku pasal relationship,for me,she is my idol,she is perfect daughter,perfect daughter in law,perfect mum and perfect wife. kat mata aku la. orang lain aku x pasti.

and apa yang yang aku tengok,sebab kelembutan tulah yang mencairkan sekeras-keras hati. jadi aku rasa aku patut belajar lagi dengan kak ngah untuk handle perasaan aku ni.

well,melihat perangai aku ni,aku memang x sabar macam kak ngah,walaupun aku jenis lantang,aku masih boleh tahan perasaan aku.paling paling aku menangis la bila orang treat aku mcm aku ni loser or perampas. sebab otak aku masih boleh fikir that keadaan x akan jadi sama once bila aku dah meletup. cuma aku boleh berdoa,satu hari orang tu akan sedar dengan silap dia.mungkin dia x akan sedar juga sampai bila-bila. tapi tuhan tu maha kaya.dunia ni kan macam bola,takkan aku jek yang ade kat bawah kan?satu hari korang pun mesti kat bawah jugakkan?

dan aku harap,aku masih boleh sabar,dan terus bersabar.

sebabnya macam kat bawah ni. Heh.


aku xperlu balas,sebab orang lain akan balas untuk aku. :))
revenge?nah,i'm too lazy,i'm gonna sit here and let karma fuck u up :))

Monday, March 5, 2012

Muhasabah DIRI

X wajib pakai tudung,tapi wajib tutup aurat.

Bentuk tubuh pun kira aurat

Tutup aurat bukan sahaja bila keluar rumah,tapi dalam kawasan rumah pun kena tutup aurat. Pendek kata depan bukan muhrim kena tutup aurat,bukan tutup kepala sahaja

Lengan pun kira aurat,jangan asyik nak selak2 lengan baju sebab panas. Pasni pakai sarung lengan

Kaki pun aurat jugak,jadi jgn lupa pakai stokin,paling senang pakai kasut.

Tudung jgn singkat2,jgn sampai nampak bentuk dada walopun hang kurus

Baju labuh2, jgn singkat2

Seluar jgn ketat2,pasni tukar cutting seluar atau pakai je skirt labuh

Ni peringatan untuk aku. Masih banyak kelemahan aku dalam tutup aurat. Tak masuk ibadat lain lagi. Solat pun dah selalu kat hujung waktu,Pastu time solat,khusyuk pun x. Al-quran pun pegang time rajin jek (teruknya aku). Tu baru perangai dengan Tuhan yang hari2 bagi aku oksigen tanpa lupa.( Sedangkan aku selalu lupakanNya dan selalu lupa hendak bersyukur) Inikan pulak perangai aku dengan makhluk lain. Dengan suami,parent,in law aku,kawan2 aku,manusia lain,binatang.. Entah macam mana pulak.

Muhasabah diri selalu Marina,semoga kau (marina) tak mati dlm kesesatan,dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah

" Ya Allah,berikan aku kekuatan dan sikap istiqamah. Jauhkan aku dari riak dan prasangka buruk. Sucikan lah hati dan jiwaku. Sesungguhnya hanya kepada Mu tempat aku bermohon dan berserah segalanya"