Friday, December 20, 2013

39 hari pantang

Finally...

The wait is almost over..haha

Ok..pengalaman pantang
The first two weeks almost the hardest
Sebabnya? Of course la sbb jahitan. Since ni pengalaman pertama, of course la semua benda takut2..
Masa awal2 pantang, mmg aku kurang rasa lapar. Memang x lapar. Masa seminggu pertama pulak aku dok kat kajang. So bekalan makanan ulaman tu mmg xdpt ler..owh..lucky sbb mak x berkira sgt pasal makan. Aku yg nak pantang betul2 , tapi dah mak xnak layan sgt..aku pun da xkisah.

Apa aku makan sepanjang pantang :
Sawi rebus, sayur campur, kerabu pegaga, ikan singgang, ikan bakar n rendang ayam ala pantang
Banyak jugak jenis aku makan. Buah oren, anggur, epal, pisang kaki. Tu je la..

Tapi pelik aku xberani minum kopi. Ceh..

So far mknn pantang agak mendera aku. Aku jenis makan pedas, so bila lauk mcm tawar2 ni, mmg mendera aku laa..nasib da nak hujung tu getting better menunya. Haha..tapi aku paling suka lauk kerabu pegaga sbb rasa cekur, masin n rasa pegaga tu sendiri

Psst..kudapan petang aku ialah cekodok n risoles..haha..nyam nyam

Pendapat aku tentang pantang..perlu sangat2..cuma pemakanan  aku akan upgrade lepas ni.. (kalau pantang lagi lah) sbb kali ni aku da tau mknn apa yg effect aku..

Paling penting kena jaga jahitan tu la..

Friday, December 13, 2013

Injection sebulan

Semalam aniq amik immunisasi hepatitis..berdebar n berdoa xde AEFI..aniq pun nangis sikit la..kejap je..

Pastu mak ajak g jb..aku pun g la.angkut aniq..mmg nak kena belikan aniq carseat..tp rasanya kat umah mmg ada..aniq mmg berjalan kuat la..dah umminya kena berjalan je..

Masa balik dr jb..aku ngantuk..n berenti kat rnr..s3kali aniq da hek hek hek nak susu..hoho..mak belikan aku nescafe..aku minum 2 3 teguk..takut effect aniq..haha..

Tp mlm td mmg aniq meragam la..xtau la sbb nescafe atau pun inject..sian dia..dia nak peluk je..last2 bedung dia.baru dia lena smpi pagi..bangun nak susu pun selang 2 -3 jam kot..

Xpelaa..yang penting aniq sihat..berdebar nak tunggu inject 2 bulan..takut dia demam

17hb ni kena g jumpa doc..n kena tanya pasal family planning..hmmm..zess..amik implant je bole x..hmm..pening2

Wednesday, December 11, 2013

10 hari lagi

Today aniq da genap sebulan ♥♥♥

Mlm td dia tunjuk perangai sket
Hehe

Hari ahad lepas aku balik umah kajang. Masa pegi abah drive sampai ayer keroh..pastu aku sambung sampai kajang..

Walopun 10 hari lg nak abis pantang..aku da start mkn mknn biasa..huuuu..sbb tu mok2..haha

Max weight time preggy 63kg
Before preggy 48kg
Current weight 53kg

Tu diaa..5kg to lose..memula nak maintain tp sedih la pulak tgk seluar xleh pakai..

Jumpa uda n dia tanya pasal aku..pastu dia bukak citer dia punya MO, 10 hari pas bersalin da start keja..terus aku rasa kuat..haha..insyaAllah time will heal everything. .

Hehe..another 10 days konon..tp aniq da jalan merata..cuma x masuk shopping complex je lg..haha..

Friday, December 6, 2013

Breastfeeding journey

Ni je mampu lepas pump 20 minit.10 min each...haha..sendu..

Harapnya lepas ni bleh banyak lg supply susu untuk aniq..

Tapi aku rasa kekdg aniq mcm terlebih minum je..after susu, dia baring n tetiba keluar susu dr mulut..banyaknla tu..saba je la

Saturday, November 30, 2013

2 years diet @ 2 years pantang?

Alhamdulillah dah 19 hari umur Aniq. Dan da 19 hari aku berpantang.

Takdela pantang mana pun. Semua benda pun aku makan.  Tapi benda yang   berkhasiat saje la.. fruit mesti ade setiap meal. Kebetulan mak mmg penuhkan fridge ngan buah.

Istilah bentan ke ape ke mmg xtau la. Buat2 kuat je.

Owh..berbalik pada tajuk..

Disebabkan aku start bf Aniq maka, pemakanan aku semakin ketat..wuuu..no more junk food.no more coke..haha..da balik mcm awal2 pregnancy dulu..

Skang nak mkn pun kena fikir pasal aniq. Effect kat aniq or not..dengarnya mi or laksa bole sbbkan baby kembung. Nasib x suka mkn laksa..tapi tetibe teringin mi bandung. Haha. .

So nampaknya diet pemakanan sihat aku akan berterusan la sampai aniq 2 years.hoho.

Aku da beli pump susu.. InsyaAllah bila2 start pump susu untuk kecemasan. Aku kan jenis slalu sakit..kang kena makan ubat pelik2 kang takut effect kat Aniq.

Tapi masalahnya xtau nak pump bila. Esok la start kira waktu menyusu aniq..but seriously xmudah oi nak pump susu bila anak depan mata je.pastu leceh plak tu..zess..haha.kuatkan smgt  demi aniq

Moga aniq besar jadi buat yang sihat dan kuat.. InsyaAllah aku akan buat yg terbaik untuk Aniq

Wednesday, November 27, 2013

Breasfeeding journey?

Alhamdulillah syukur diberi peluang untuk susukan Aniq.

Aniq anak yang bijak. Dia tau nak menyusu. Lagipun dia breastfeed secepat mungkin.

Tapi masa mula2 breastfeed mmg sakit. Aniq punya gusi tajam or lidah  dia kesat. Tapi aku rasa gusi.haha..

Masa memula breast feed Aniq cabarannya adalah nak suakan nipple kat Aniq. Aniq tercari2 guna sense dia. Hari 1st tu mmg susah sgt.lepas tu aku blajar trick untuk dia..so lepas tu xda masalah.

Masa memula Aniq dehydrated. Sbb diapers ade warna pink..cuak juga..nasib la ade google. Haha. Cepat2 search kenapa dia punya air kencing jadi pink..

Owh..masa memula benda yg sgt berguna adelah hot warm beg, tuala kecik dan purelan medela. Semua ni berguna untuk turunkan bengkak kat breast accessories n kurangkan sakit kat breast.

If sakit, amik tuala kecik yang direndam air panas n tekap kat breast. InsyaAllah lega untuk few second. Jadi la kan..haha.

Alhamdulillah walopun aku urut lambat,  susu untuk Aniq tetap ada. Positive. Tapi aku makan ape je yg org ckp bole bykkan susu.

Dari trubellai gamat n dates extract, sawi. Semua aku mkn. Sampai tahap nk mkn lobak putih..Tapi masalahnya..sepanjang aku pantang, aku kurang rasa lapar. Padahal org ckp, ibu menyusu cpt lapar. Xdenye..kenyang je.

Sampai nurse ckp suruh mkn seimbang n kenyang supaya susu banyak khasiat..baru la aku kuatkan semangat nak mkn..haha..bole?  Tapi aku xde la sampai xmakan.. cuma aku xde mencari kudapan biskut time2 lapang. Aku cuma bfast, lunch n dinner.

Menu pantang aku biasanya aku nak protein n sayur. Mesti. Awal2 aku ingat aku xleh mkn ikan bilis. Tapi aku +ve..sume benda InsyaAllah bole. Cuma lada xde mkn..takut aniq diarrhea pulak..

So far xde mkn pelik2 walopun mak aku suakan makan jagung, goreng pisang n cekodok pisang. Aku mmg xmakan..Tapi aku da tibai cekodok ikan bilis. Haha

Now aku da start bosan telan horlicks every day. Makan sayur sup/bening everyday.. (kalu hubby masak bening mesti sedap..huuu). Sebab luka semua da baik..so aku rasa mcm da bole da nak mkn pape. Hehe. Asalkan berzat.. esok lusa nak cuba mkn ayam la.. ayam kampung InsyaAllah bole.(Aminn)

Semoga journey menyusukan Aniq dpt cukup 2 tahun..

I know the journey is not easy..but I believe it is not impossible :)

Susah..tapi x mustahil :)

Tuesday, November 26, 2013

Berpantang story

Jujurnya, aku rasa pantang ade lah leceh dan menyakitkan.

Ramai ckp suruh enjoy time pantang. Tapi aku x berapa enjoy pun..

Aku pantang kat kajang dr hari isnin sampai ahad. Hari ke 3 pantang aku da kuar g kk sbb aniq kuning.. tapi masa ni kuat. Even lepas bersalin pun kuat. Sbb x sakit pun kat tmpt jahitan tu. Nak jalan laju pun xde hal. Cuma berdarah telinga la..

Tapi entah mcm mana hari sabtu tu aku menangis. Tapi aku da xingat sbb ape..aku rasa private part aku sakit kot. N bila sakit je aku mula la cuak n takut. Aku rasa aku nangis sbb takut lebih dr sakit. Huuuuu.

Bila kat kampung kena urut start hari isnin. Bertungku, berurut, berbengkung, berpilis.

Masa ni la start citer ngeri.

Aku kena rengat. 2 hari. Macam nak pengsan.

Org slalu ckp rengat jarang berlaku kat anak 1st.  Org ckp rengat happens ikut bilangan anak. Maybe aku kena 2 hari sbb ritu aku expecting twins kot.haha.

Perjalanan nak g dapur, jalan tu buat aku nak pengsan.sbb sakit. Last2 aku call hubby nangis2. Dia mmg jarang layan bila aku ckp sakit. Huhu.. sbb aku slalu sakit gaknye.

Aku mkn panadol untuk kurangkan sakit n berbengkung. Alhamdulillah mmg jadi..

Aku rasa panjang sgt tempoh nak baik ni. Org slalu ckp seminggu jahitan da baik. Tp aku pun xtau da baik ke x. Asal sakit je aku mula la nak takut..even sikit pun aku rasa sakit sgt n takut sgt

Tapi semua pun ade kelebihan. Macam aku, walopun aku xbper sihat. Aniq budak baik sangat. Walopun dia penah buat aku takut dgn result darah dia.

Aniq nangis sbb nak susu or x selesa je. Dia jarang nak kena dodoi ke ape.. dia bole main sorang2 asal kenyang..skang aku da makin biasa susukan aniq malam2.

Cuma aku beruntung sbb ade maid mak yg tlg jaga aniq gak. Dia tolong mandi n bersihkan aniq..haha.aku cuma bg susu je. Tu je la yg enjoy..pasni sume buat sendiri.hehe.

Monday, November 25, 2013

Pengalaman

Haritu da citer pasal bersalin sket..

Nak sambung lagi untuk buat ingatan.

Bukaan da 3cm.
Aku ingat masa ctg tu I'm trying to sleep. Yelah kan. 1 malam x tido. Lepas tu nurse dtg ckp jgn tido..sbb nanti baby x gerak.. pulak dahh..

Lepas ctg selesai, aku g jumpa hubby n mak kat luar.. aku pun x ingat ape aku borak. Tapi aku xlama kat luar sbb aku x tahan panas. Huuu.

Tengahari before cek bukaan, hubby bagi aku mkn dulu siap2 untuk tenaga. Tu pun aku share dgn hubby je nasi..

Tengahari cek bukaan da 4cm.
Sakit berlarutan. Aku men hp, whatsapp dgn kakak ipar aku tanya pasal epi n etc.  Kak lin da suruh aku tanya, tp aku malas lak nak g tanya.
(Kalau nak bersalin kat gov n nak minta epi, sila bgtau awal2..anaes biasa ade siang je)

Owh.masa lunch tu aku da salin baju spital..hehe..

Sementara nak tgu cek bukaan pukul 530 , aku jalan2 n curi2 tido..walopun sakit sebenarnya.

(Aku g hospital masa contraction aku selang 5 -6 min, 30 -50 saat.)

Lepas cek bukaan pukul 530 , still 4cm n no progress.  Aku keluar jumpa hubby dgn hampa. Hubby suruh minum air zam2 , aku xmo. Tp aku minum juga lepas kena pujuk..lepas minum n dok kejap..aku masuk dlm balik..kali ni contraction aku da kuat sampai aku kena tegur dgn doc bertugas kat pac tu.. dia tgk aku da sakit sangat, dia g cek bukaan..bukaan da 5cm kali ni.fuuuuu. baru 5cm, sakitnya ya Allah..

Tupun aku buat2 kuat g jalan2 walopun rasa nak terjelepuk dah. Maghrib tu, nurse suruh makan. Aku g tunggu hubby.tp sbb da xtahan aku masuk dlm balik n mkn mknn hospital. Baru suap dua 3 butir nasi aku da mengerang dah.. tinggal kan nasi..dox suruh aku baring kat katil. Finally dpt gak baring..aku mmg dah letih gila.. pastu diorang bagi aku ubat tahan sakit..ubat tu tak kurangkan contraction. .cuma dia buat aku ngantok. Alhamdulillah. .sbb aku mmg nak tido sgt2..

Masa tu hubby anta milo kat aku.  Tapi aku da pening2 lalat.haha..aku pegang je milo dia bg tu..

Pastu doc pasang drip. Aku x tengok..tp aku dpt rasa darah aku menitis2..sabo jelah..aku rasa dlm pukul 930 or 1030  kot air ketuban aku kena pecah.

Pukul 1130 aku da masuk labor room. Masa tu hubby siap tanya bilik no berapa la ape la.panas hati aku..org tgh sakit la dia tanya mcm2.

Dlm LR, aku minta izin nak pasang ayat quran. Aku pasang surah yasin or surah maryam. Tapi lepas habis surah tu, nurse pasang surah dr pc diorang sendiri..:)

Aku rasa sepanjang dlm bilik tu nurse ade sekali kot nurse tolong untuk aku teran..tapi dia asyik ckp aku salah teran.ya Allah..susah sgt..

Hubby dtg bg smgt, dia ckp suruh teran je.huhu..sambil tu dia picit2 kaki aku.. sambil baca mcm2.. air selusuh yang dia buat tu, aku xminum pn sbb takut..bole? Haha.

Aku lak ade masalah dlm labor room. Doc ckp bacaan jantung aku tinggi..siap pasang ecg..mmg dugaan la..

Ade satu tahap drip aku tercabut..masuk air 2 botol kot sbb aku da start dehydrated. .

Aku rasa aku da xbper ingat proses bersalin aku sbb aku pun da mamai masa tu..2 hari kot x tido..

Tapi yang penting masa sakit nak teran tu sekejap jugak..sekali x jadi..kali kedua tu..aku teran sampai hubby ckp muka aku da biru..nurse2 ade dlm 4 5 org tunggu..tlg pegang kaki..hubby pegang kaki n tekan pinggang.sbb sakit sangat, badan aku da bergerak2 mcm nak lari..

Berkat sokongan dr nurse yang bg smgt ckp aku teran betul, finally anak aku kuar lepas teran sampai biru.haha.

Dpt rasa aniq keluar tu..mmg syukur sgt2..dpt tgk aniq tertiarap keluar.n dgr trus suara dia nangis.pastu bper second aku amik nafas, nurse bg aniq kat aku.. n terus peluk aniq for the first time. Ya Allah..hebat rasa tu.

Aniq kena azan dlm pelukan aku..air mata menitis2 masa tu. Gembira sgt..hubby pun ckp "dy nak nangis yang"
Hehem.comel sgt..

Nurse amik untuk bersihkan aniq, hubby ikut..

Dia citer aniq kena masuk oxygen sbb bacaan jantung tinggi. Tapi kelakar sbb aniq ingat tiub oxygen tu susu..berdecit decit mulut dia.

Lepas bersihkan aniq, aku dpt susukan aniq..aniq vaccine 3 dos termasuk bcg..

Aniq terer menyusu :)

Lepas aku kena jahit n di bersihkan..tolak ler masuk wad. Hubby cuba nak request bilik 1st class..tp full..so masuk 2nd class..nak masuk 1st class supaya ade org bole teman je..huu..tp lucky sbb x payah stay hospital..

Tengahari husband dtg dgn mak..n aniq berak n kencing non stop.haha..trus tanya doc bole kuar ke x..

Doc cek jahitan, sekali tengok jahitan x betul n kena tmbah satu jahitan lagi. Ya Allah..sabar je lah.

Bila aku tulis balik, aku rasa da kurang sakit..n mcm x sakit je pengalaman aku ni. Hakikatnya sakit sangat. Sampai aku ckp xnak lg..da syukur da dpt aniq..hubby lak bleh gelak n gurau "pompuan lak yang" heh..cantik muka..xsampai 24jam pun kena jahit da request.haha..

Sampai mil tanya nak anak berapa pun aku jawab "satu je"..

Serius rasa x sanggup actually..bukan tolak rezeki..rasa xkuat sangat..dgn nak jaga diri lepas pantangnye..aku syukur sgt sbb x kena operate. Abg aku siap ckp, kalu aku g hukm or dia dtg serdang, da lama aku kena operate. Huuu..

Tapi xtau la kalu trauma cpt ilang. Huuu..yang pasti  , skang cuma nak Aniq besar cpt2..x sabar nak dating dengan aniq..hehe

Ps: aku x guna tanamera vco untuk buat urutan perineum sbb cuak.haha

Tapi bahan2 lain mmg best..kulit cpt halus n lembut..n aku lak x sampai seminggu aniq lahir berat aku da jd 53kg.haha..hari sabtu cek berat 55kg, hari ahad da jadi 53kg..skang xtau tinggal berapa.haha

Saturday, November 23, 2013

12 days

Hari ni..anak bertuah dah 12 hari.

Kami decide nak namakan dia dengan nama Aniq (yang kacak lagi menawan hati)

Kitorang ada 2 pilihan.. Arash@ Aniq.
Arash dlm bahasa parsi maksudnya hero. Tapi dlm bahasa arab xjumpa pulak..so bg nama Aniq.hehe.

Aniq lahir 12hb nov 2013 , 3.58 pagi bersamaan dengan 8 muharam 1435H hari selasa..

10hb (ahad) ada false alarm.

Malam tu aku menahan sakit contraction.  Tapi sakitnya bukan tahap extreme..cukupla sekadar untuk aku buat muka.hehe.

Malam tu sempat makan aiskrim n hubby belanja Starbucks mocha masa balik hospital..heee..balik dr hospital mak goreng sukun n cecah sambal kicap...yummmyyyy..

Malam tu layan citer kat tv sambil layan contraction.. satu mlm x tido sbb thn sakit. Pagi2 husband tanya

"Nak g hospital ke? Macam da kerap je sakit"

Aku pergi hospital hari isnin dgn jalan jammed.. mak dgn hubby da bising da sbb risau.  Hehe.

Pergi hospital, again doc  lelaki yg cek bukaan..kali ni da 3cm..n da x bole balik umah.

Ooh..nanti la sambung citer..malas pulak..haha..till then..I love u Aniq

Sunday, November 10, 2013

The false alarm (again)

Harini false alarm. Sebab hari ni keluar darah. Bangun subuh ngam2 azan..pas solat rasa  mcm ada kuar benda..tapi sebab selalu keputihan, buat xtau je la.

Sambung tido balik.. pastu bangun g mandi, tetibe tengok eh ade darah..mandi cecepat..panggil hubby naik atas.

'Jom g hospital'
Dah sakit ke?
'X, dah bleeding'

Hoh..trus dia bgtau mak kat bawah suruh siap..n pastu aku ckp aku nak mkn dulu..so p kedai A.Hassan ayam kampung..

Pastu baru gegas g hospital.

Sampai hospital, register, tunggu kena panggil..
Nurse tanya kenapa
Aku jawab la bleeding.
Pastu dia ckp bleeding tu untuk x cukup bulan.. aku da kategori full term..

Pulak dah..songeh beno.

Pastu dia suruh tukar kain n buat urine.maka bergegas cik abg aku g amik kain pulak..haha.

Dah pakai kain, dia ikat n guna mesin (ctg ke ecg? ) nak tgk ape ntah.

Pastu kena seluk ngan dr lelaki..nasib la kan.huuu..dr ckp baru buka 1cm.
Pas dia seluk, aku rasa x selesa wooo..tak sabar nak cuci..tp sbb perut masih ade ikatan mesin tu, aku bersabar je la..

Pas bukak mesin tu, aku g cuci n tengok berdarah lagi..n darah tu sampai mlm skang ni..

Pastu relak2 jumpa husband kat luar nak tunggu confirmation another doc, smpt lagi mkn buah2..haha..

Doc second ckp  , dia bagi tempoh sampai 16 ni..if x kuar juga, dia akan induce..kuang3x..

So after checkup bole balik..ngeee..

And now da mula rasa sakit..n da tau mcm mana rasa sakit pinggang time contraction tu..haha..

Till then..semoga selamat lahirkan budak bertuah ni..

Friday, November 8, 2013

Anak oh anak

Nak,
Bila awak nak lahir? Perut mak awak xde sakit2 pun..heartbeat makin kuat..berdentam dentum dr perut mak nak.

Adesss...

Semalam aku tido awal sikit..so mmg sepanjang tido, xde rasa pun sakit.

Bangun pagi, pegang perut sikit, trus bangun  budak kecik ni..trus gegar perut. Haha..

Awak keluar la cpt.. banyak baju baru nak pakaikan kat awak. Dedi da x sabar nak belikan awak kasut timber. Haha..

Anak oh anak..

Hari ni mau g checkup doc..semoga baby selamat n aku xpayah csect.

Thursday, November 7, 2013

40weeks..the journey of pregnancy almost over

Nervous..takut..excited nak tgk anak..semua ada..happy je xde kot.hahaha..ade ke org happy bila bawah tu bakal nak terkoyak? Hooo..mmg bukan aku lah

Husband dah pegi keja..in case ade pape..just call him..

Aku mcm sakit dada pulak skang ni.

Harini husband call dr opis tanya ok ke x
Aku jawab je la ok..
Pastu dia ckp "jaga, kang air ketuban pecah dlm keta..bahaya"

Pastu tetibe ckp nak g hospital ke induce. .hahaa..mmg xlah..lain la dia yg rasa sakitnya..unless mmg baby dlm bahaya n kena induce..baru aku induce. .

Hari ni basuh toilet, kemas lg sikit2..tapi basuh lebih kurang je la..nak buat position merangkak tu.

Mlm td mcm xleh tido sbb kena Braxton hicks..sakit la jugak..tp kalu betul2 lagi sakit kot.mcm biasa, aku tido untuk melupakan sakit..haha..

Risau sebenarnya pasal baby ni..selamat ke tidak kat dlm..air ketuban cukup x..tp hari tu heartbeat ok..so ok la agaknyam.insyaAllah..semoga Allah sentiasa lindungi zuriat kami.

Ke anak aku nak tunggu wishlist mknn aku dipenuhi? Haha..bagus anakanda punya perangai..

Aku mmg xde masak dah..mmg hari2 husband tanya nak mkn kat mana.. sbb nak kosongkan fridge..rindu oo nak masak n baking..mkn kat luar jemu gak..skali skala seronok..

Haritu masa g umah abg aku, bole plak trip..xtau la rosak ke x mknn..tp freezer still sejuk..huuu

Papelah..

Baby baby baby..cpt kuar.dedi da x sabar tu

Wednesday, November 6, 2013

Check up at 39w

39w..
Some stranger ask "dah berapa bulan? "
"Owh, dah 9 bulan"

Pastu tgk husband, eh bukan da 10 bulan ke?

Haha..

Jumpa nurse
Nurse cakap
Wah, da ketat ni.. (laluan) bila2 masa je ni.

Pastu tanya nurse mcm mana contraction tu
Sbb braxton hicks pun mcm xde je.
-awak xde sakit pinggang?
+ada kalu saya da dok lama sgt..nanti sakit la pinggang.
-perut x sakit?
+sakit sikit kalu baby gerak lasak sgt.

Hmm..last2 nurse tu ulang balik la ayat yg sama
-if ada bleeding g hospital
-if air ketuban pecah, g hospital
-if contraction kerap sgt g hospital

Itu je laa..

Esok da 40w..bila aku sakit sikit je, husband trus tanya
-nak g hospital da ke?
Sabo je laa...

Semoga dipermudahkan dan diberi kekuatan melahirkan zuriat kami :)

Thursday, October 31, 2013

Omnomnomnivore

Kekekeke..
Nak list nak makan apa

-durian
-seoul garden
-nasi ganja (actually dr awal nk g penang nak mkn nasi kandar..tp x kesampaian)
-bbq chicken kat kl festival city (suka gila mknn yg di deep fried ni)
- nasi padang.

Hei hei hei.. dedi sila bersedia. :))

Hubby cakap, "skang kuat makan eh"
Hehe..nak buat camnerkan..pasni pantang 40 hari. Lagipun time ni makan xyah risau sgt dah.sbb baby da besar.. (hari tu baru dpt minum coke mcd..sedapnya..tp 4 hari baru abisla..hehe)

Skang kuat tido n baring..time pantang nanti duduk je la 24/7. At least nak 2 minggu mcm tu. Jiayo2 menn..

Alhamdulillah husband balik hari ni..yeay..harapnya ada org temankan kat labour room.

Baby skang ni, mentang2 dia da kuat, dia langsi. Gerak pun sakit..kekdg mcm bole rasa tulang punggung aku nak membesar..tanda2 ready da nak bersalin bila2. Huhu. Contraction? Bagi aku xde. Sbb aku cuma rasa dia move n perut mengeras je la..huhu..bestnyaa nak jumpa baby.

Next week ye kita jumpa. Ummi nak mkn2 dulu n nak manja2 dgn dedi b4 awak kuar.hahahaahah

Wednesday, October 30, 2013

Macam cantik je

Macam cantik n berbaloi sbb ada insert sekali..

Hubby tgk jenama bjorn. Aku xkisah mana pun..tapi if nak beli jenama ergo, yang ni paling berbaloi rasanya.

Aku baru tau perbezaan wrap dgn carrier..kekeke..nasibla..

The wait is over?

Tengahari tadi hubby anta ittenary tiket dia kat aku. Nak tunjuk, dia balik esok. Huuu.. finally. After setengah bulan..balik juga suamiku.

Huwaaa..bestnya jumpa hubby..

Aku da pesan memacam..nak makan itu ini.hihi..tapi kang..sekali cik abg aku balik, aku bersalin pulak..xdapekla nak mkn memacam..baby, sila tunggu mummy mkn puas2 dulu..mummy nak g kenduri cik adib ni.hehe

Xsabarnya nak tunggu esokkkk...

Hohooo..mood da berubah..mood swing katanyer..berubah sekelip mata.
Hip hip hurrayyyy

Counting days...8 more days

Finally, I can blog using my damn phone..hadoiii la..

8 days..and maybe less. Finally the wait will over.

Last friday aku p hospital serdang, sbb sakit perut sgt2..memulas masuk angin.. kak sal n abg bawak g hospital serdang. Sebab kak sal syak aku contraction.

Aku sampai around 9am kat hospital. Memula sakit mmg on off selang 10 min. Tapi lama2 terus hilang sakit aku.

Sampai hospital, register pastu org kaunter tanya, kad nikah. Aku terpinga la jap..sebab xde..masa tu kak sal uruskan everything.  Dia ckp suami aku kat bintulu..surat tinggal..aku punya tunggu tu sampai sakit tu ilang bai. Sampai aku rasa nak p kat kaunter, mintak balik buku pink aku. Hadoii.. masa da x sakit tu aku da sedar tu bukan contraction.

Sepanjang aku tunggu tu, baru la aku rasa lonely gila. Org lain  berteman suami. Tapi aku sorang. Masa tu aku  mmg harap baby xdeliver hari tu sbb aku harap hubby bleh temankan aku kat labour room. Perasaan sorang2 kat hospital (walopun ada abg n akak ipar aku) mmg buat aku lost.

Mcm2 aku fikir..
Aku fikir after this nak delivered kat swasta la,
Nak anak sorang je la..memacam la aku fikir.

Entahlaa..

N malam tu jugak aku g umah uda sbb maghrib tu tetibe perut aku sakit lagi..

N since dat day aku asyik la merayu hubby suruh balik cepat..n dia pulak da x izin aku bawak keta. Even nak balik umah pun dia x bagi. Cuak katanya. Tapi aku mmg da lonely sgt..rasa nak balik rumah.. bosan duduk umah org menyusahkan org. Walopun org tu abg aku sendiri.

Kalu nak fikirkan, last week lagi dia da patut balik. Tapi mlng tu asyik la tahan dia dr buat keja. Sampai aku maki2 je mlng tu. (Maki kat whatsapp jelah)

Maybe la org ckp aku mengada2 sbb nak berteman n everything.

Tapi aku da cuba yg terbaik untuk x susahkan hubby aku.

Aku pegi cari sendiri klinik untuk buat buku pink, pegi monthly checkup sendiri. Even barang baby pun mostly aku beli sendiri.

Tapi da tahap2 mcm ni..aku xbole dah tahan. Nak duduk umah, sume org menyanyi2 kat telinga aku sbb risau. Aku lak stress sbb dgr org bebel. Bukan aku nak pun. Tapi terpaksa lah.laki aku kerja.bukan dia merayau xtentu. Duduk umah abg2 rasa menyusahkan.  Nak dok dgn parents rasa x best la pulak.

Mak hari2 call sbb risau anak dia ni. Siap cakap aku degil sbb dok sorang2..hadoii..selesa dok umah sendiri kot mak..

Ni pun aku harap kerja hubby akan setel cpt. Dia kata if rabu ni ( today) x setel juga, dia akan balik walo camner pun..harapnya betullah.

Kesian juga sbb hari2 dia kena mood swing aku. Tapi nak buat camner..da xleh handle dah.

If x balik juga..khamis ni aku g checkup weekly kat kk sorang2. Izin x izin x peduli dah.. yang penting bleh check baby..

Till then..semoga aku selamat lahirkan junior kami.

Wednesday, October 23, 2013

Apakah yang terjadi?

Hari ni aku pergi klinik kesihatan sg chua. Untuk pertama kalinya la..sebab aku salah tempat sebelum ni.

Pepagi lagi aku dah rasa malas. Macam xnak pegi. Tapi untuk baby aku gagahkan jugala.

Pepagi dah kena hon dgn lori sbb aku brek kereta. Abis tu? Nak suruh aku langgar ke anjing tu. bengong.

Sampai je kat kk,pergi register. Memang kat sini agak bertabur gak la.semua dicampur sekali. Amik nombor pun lambat. Tapi staff baik. Sistem je kena improve.

Tapi ada benda pelik happen kat aku.

Masa tu aku kena g lab untuk urine n hb.

Lepas amik urine,tetibe ada sorang makcik ni around 40 n free hair approach aku.
Out of sudden,tanya aku dok mana n minta tumpangkan dia.

I was like "haaa?"
N dia ckp "tolong la saya"

Oh my..benda ni mmg awkward sgt.
Sumpah aku blurr.

Aku cecepat nak call Ted,nak bgtau apa yg terjadi. Tapi dia xangkat.  Aku ingat dia da naik platform. Aku pun call ayed n citer. Dia pun terkejut.
Pastu tanya abg aku,dia pun xbagi aku hantar..

Sumpah. Benda tu mmg awkward. Tak tolong rasa berdosa. Nak tolong takut. Sbb rasa suspicious sangat. Sebab sangat tibe2. Macam mana dia tau aku bawak keta? Mana dia tau aku alone?wahlaoooo.sumpah cuak.

Pastu bila Ted call,aku citer la.. Dia punya impression sebijik mcm aku "haa?"
Aku plak mmg xexpect benda ni jadi. Jadi aku mmg xtau nak jawab apa. Hadoiii la.

Siap je checkup,aku terus blah,lock keta n cecepat chow. X berani nak cari makcik tu. walopun dia ckp nak tunggu aku kat kantin. (trus aku xjadi nak g bfast tau)

Huuuuu..sumpah seram la arini.

Tapi balik tu aku singgah alamanda. Xtau nak mkn mana,aku pi sushi king. Sekali baru hidang bfast. So aku jalan2 dulu. Budak bertuah ni bukan men aktif lagi time aku berjalan. Padahal siang selalu dia lepak je. Langsung aku x jalan lelama. Makan kat sushi,pegi skin food.pastu balik. Tapau bento untuk dinner, tapi rasanya sedap lagi kalu dpt mkn nasi kukus.

Smlm ckp nak beli boba wrap,hari ni kak long offer nak pinjamkan moba wrap dia, tq kak long.

Pastu citer kat ted,dia ckp
Belilah bjorn.
Haaa? Aku pun xtau mana dia jumpa. Siap ckp bole bawak nek motor. Cehh..berangan.hahaha

And funny thing,dia kat miri,konon nak naik platformndr sana. SekLi kena naik dr bintulu. Buang masa btol. Saja melambat2 waktu balik tau. Hahah..xpelah..yang penting selamat

Sabtu ni balik kampung. Tapi mcm ade baby expo..n rasa nak pegiiiii..hahaha..mmg pegila jwbnya..
Jiayo2baby..bagi kerjasama sikit kat ummi yek.

Tuesday, October 22, 2013

Berpantang sendiri?

(susah gila tuliskat ipad ni..benci pulak aku)

Aku ikutkan hati nak berpantang sendiri. Husband tak bagi. Dia tanya nak amik confinement lady ke? Tapi confinement lady tu mahal kot. Kalau pantang kat kampung pun aku still niat bagi duit jugak kat maid mak aku. N of course la aku nak bayar untuk barang makan aku kan.. And terasa CL tu mcm bazir.

Lagipun nak berpantang sendiri belum ade keberanian sebab anak 1st. Belum reti mengadap tingkah baby. Lagi pulak husband aku kerja offshore.mana la selalu ade kat rumah kan.jadi,nak tanak kena balik juga. Well,jangan stress2 Marina.kang meroyan. Hahaha. Yang penting 2 minggu pertama untuk anak tu..

Esok ada checkup lagi. N husband pulak kena offshore kat miri. Paling lama 5 hari. Paling kejap 3 hari. Aku masih kat umah sorang2. Hahaha..insyaAllah si kecik ni behave.

Risau aku. Risau melahirkan anak tu satu hal. Risau nak membesarkan n nak menjaga baby tu. mudahan aku di bagi kekuatan dan ketabahan yang tinggi.

Dear Allah, aku x minta untuk jalan yang mudah,tapi akumohon diberi kekuatan untuk mengharung dugaan yang ko berikan.

Persediaan pantang aku
-menu berpantang (aku beli buku,tapi kena edit sikit resepi dia)
-set pantang. Bengkung,urut (ni mak uruskan)


Ouh,maternity pad,aku ade beli. Tapi berguna ke? Pakai pad biasa xleh ke? Aku banyak beli pad biasa je. Darah banyak sgt ke?
 Aku nak beli selipar la..sebab umah penuh tiles..takut sejuk n sakit kaki..

Esok lepas checkup nak cari kurma ajwa la. Nak tahnik anak nti. Pastu nak jalan2 g skin food. Sepanjang preggy x guna produk kecantikan. Cuci muka pun jarang. Tetibe rasa mcm badan berbau sangat. So nak g beli body wash skin food untuk terapi diri. Haha..

Oh yes. Aku guna ephyra. Da masuk kotak trial ke dua. Husband aku pun aku paksa makan gak. Sebab dia ada masalah kulit. Sejak guna,kulit makin lembut,kaki xde pecah2 dah. Hanya husband aku kot yg slalu nampak kaki aku ni teruk. Dia slalu ckp aku mcm kerja sawah. Hahah. Tapi mcm xleh minum pepagi.sebab rasa pelik badan. Minum sebelum tido lebih bagus kat badan aku..

Sebenarnya..apa aku nak cerita? Hahaah..

Ouh..susu badan?erm..entahla. InsyaAllah ada la rezeki anak aku nanti.

Kekadang aku ni pelik..sebab aku suka plan semua.. Aku selalu overthinking. Contoh mcm susu ni la,if badan aku xde susu,ape aku nak buat. If anak aku jenis nak tido je,apa solution aku.  Aku selalu nak ada backup plan n etc.

Bole bayang,akikah anak pun aku da plan secara rambang. Hahah..tapi baru borak2 dgn husband je la.  Hubby aku mmg xkisah. Semua pun xkisah. Nanti buat akikah bila anak da besar sket kot. Awal2 ni xleh kot nak buat. Sebab sbg over excited mother,banyak benda aku da plan.

N funny things,even flash card pun aku da beli untuk anak. Hahaa..mainan pun nak beli juga.tapi husband aku da tegah. Hahaha.. Beli sebab ade pesta buku. Murah je pun. Xpayah buat. Tinggal buat flash card jawi pulak nanti.

N kalau husband terus dgn kerja skang,aku plan nak beli stroller or boba wrap.. Walopun ade stroller yg abg aku nak bagi,tapi aku nak stroller yg mudah untuk aku handle. Sebab mmg banyak masa aku akan spend berdua je dgn anak. So kena bersedia nak g beli barang2 rumah berdua dengan anak. Tapi lambat lagi kan. Planning je dulu. Bole la mok dia kumpul2 duit dulu. Kena belajar berdikari n xleh malas2 nak kuar mcm skang. Hehe.

Sekian rapuan hari ni. Anak aku suka gerak waktu malam. Nampaknya jadi brung hantu la aku nanti. Hohoho.

Saturday, October 19, 2013

37 minggu n countings..

Lama weh xupdate belog..semua blog aku xupdate..hmmm..

Ok..now da 37w.. Aku masih kat umah.. Alone.. Heeee..husband aku pergi bintulu.. Next week dia balik..last la kot g bintulu before aku bersalin. Katanya nak balik rabu or selasa. Tapi aku bajet dia balik khamis or jumaat..tapi tadi husband call katanya macam balik lewat lagi..adesss..

Budak aktif ni mmg always la gerak2..doc ckp jantung dia kuat sgt. Harapnya tu petanda bagus la.. Aku mmg selalu rasa heartbeat dia..sampai xleh tido kadang2..doc kata sebab perut aku nipis..hubby lak cakap perut aku da mcm belon yg nak meletop tu..haha..

Well da 37w ni..aku  rasa mmg gemuk sgt..hubby aku ckp x gemuk..cuma perut je besar..

Alhamdulillah preggy ni berjalan dgn baik..xde alahan cuma kena gatal2 n panas yg x terhingga je. Baby pun baik..membesar ikut minggu :)
Cuma aktif sgt..sakit gak la perut aku dibuat sikecik ni.

Erm..anak aku da berada kat laluan :)
InsyaAllah bila2 masa je boleh keluar.tapi belum sakit pun.. Ade kot rasa contraction sket2..(agaknyala..aku pun xpasti contraction or anak aku tgh bergusti dlm perut)

Yang pasti tadi hubby call n suruh aku stay umah abg aku..aku mmg melengah2 nak dok umah abg aku..malas la susahkan sesape..
Pastu aku tanya la kat hubby kenapa mcm menggelupur sgt nak aku dok umah abg aku..
"smlm dy mimpi da dokong baby,terus rasa cuak"
Hahah..sikit lagi nak tersembur air yg aku tgh minum..

Sebenarnya mmg cuak nak bersalin. Aku beli set tanamera untuk pantang..adelah benda yang bole guna before preggy mcm vco..tapi aku xberani nak sapu kat perineum tu.. Serius cuak..hadoiii..xpelah..aku buat minum je..

Hubby pun da sediakan air selusuh aku. Tinggal nak letak dalam beg hospital..sbb aku da start angkut beg hospital ke mana2.and aku drive keta hubby skang..keta dia auto n keta dia park kat luar umah..so papehal senang sket..malas nak bawak keta sendiri..tapi bole je nak drive..

Hmmm..aku slalu ckp kat baby,lahir lewat2 sket pun xpe.mok dia nak g kenduri bestfriend dia ni..hehehe.ikut edd pun xpe dah..haha.

Aku masih rajin berjalan lagi ni..still laju lagi..cuma cpt penatlaa..kejap2 sakit belakang.bantal bf xbeli lagi..xpela..tunggu pok dia balik la..xpun beli je kat alamanda tu..cuma mahal sket.

Speaking of mahal,banyak gak da spend duit kat barang baby..haha..nasib mok dia smpt bisnes..so adela sket duit untuk beli brg baby..serius aku xtau harga brang2 anak aku. Kalu tanya berapa harga brg2 baby secara spesifik,mmg aku xtau langsung harga dia..nasib laa.pasni la baru kira kot.

 kira kot.
 kira kot.

Wednesday, August 21, 2013

My cute mom

Semalam mak call..dia buat misscall je.l(ceh)

Me: ye mak,nape mak?
Mak: kenduri lenggang perut ko 31 hb ni tau.
Me: (speechless jap) mak..x bincang pun.sukati je..(da gelak2)
Mak: abis,mak call x dpt..aku buat la sendiri..
Me: eee..tipu je..mana ada mak call..

Mak: xpela,balik je nti,mak nak bayar hutang kat kluang..lepastu siapkan biskut ko..pastu ko balik ke x ,majlis tetap jalan..
Me: ye..lahh..

Boleh macam tu?buat majlis untuk aku,tapi aku xde pun xpe..buat kenduri  doa selamat je..untuk aku n mira..

Rasa mcm xpercaya je dah 7 months plus..semalam aku da start beli sikit2 online..beli rocker beli diaper bag..ingat nak beli baby cot yang kayu tu.. Da tgk kat ikea harga around 200-500. Sbb aku cadang nak sambung cot dengan katil.sbb xnak baby tido kat tgh2 kat katil kitorang.  Pastu nak beli drawer untuk simpan baju baby.. Pun nak cari kat ikea jugak..bila agaknya nak g tu..cik abg aku demam..suhu sampai 39.6 pastu aku pun demam gak..demam selsema nbatuk..tapi cik abg aku da g bintulu..maybe balik sabtu kot..lama gilaa..huuuu..

Ahh...till then..

Thursday, August 15, 2013

raya

Raya la sangattt kan..

Hari ni  belum pun sampai setengah bulan beraya..

Aku currently kat kb..ingatkan cik abg kena g offshore , tp sampai hari ni x g.. rugi masa aku dengan dia. Sobs..huuuu..nak balik..wuuuuu..cuma x sanggup sakit pinggang jek..nak tempuh jalan..hadoii..

Tahun ni raya kat umah mak dulu kat bp..pastu gerak g perak. Dapat beraya both side. InsyaAllah , tahun depan kat rumah mil dulu.. bergilir untuk raya 1st.. tu pun kalu next year ada cuti la kan..kita cuma mampu merancang.

Hari ni our junior dah 7 months.

Woot woot.. :)

Nak buat maternity shoot sebenarnya..tapi nanti dulu lah..heee..

Gambar raya pun xdan nak upload..xde banyak pun gambar berdua..sebab cik abg aku bukan suka amik gambar.. n aku plak xleh nak senyum sgt time amik  gambar. .asyik nak buat muka hodoh je..hahaah. takpe daddy , tahun depan syg amik gambar ngan baby jek..hahaha..

Tahun ni xmerasa sgt meriah raya..well..a lost is still a lost..love u kak ngah.
Aku beraya 2 buah umah je sepanjang kat kg..haha..

Erm..another 2 month tunggu baby lahir..baby shower/lenggang perut x setel lagi..ni mak yg nak buat..sbb anak sulungkan..bukan ikut adat pun..just buat bagi2 mknn je kat jiran2..

Another 2 months yang bakal ubah cara hidup kami berdua..goodbye sleep..hahaa..

Aaa..banyak lagi brg baby x beli lagi..org kata awal sgt..habis tu , xkan nak tunggu sampai da xlarat nak jalan baru nak cari..nonsense sungguh..ni pun banyak lagi brg z beli..x list pun nak beli apa.. menu pantang x setting lagi..cd n baju2 baby x basuh lagi..argh..suddenly rasa nak balik (mmg nak balik pun esok or lusa)

Preggy ni mmg cpt sentap n selalu fikir bukan2..walopun selalu terluka hati time2 macam ni..aku buat dek  jela..malas nak bg org dok free kat hati aku.. aku masih tau batas lagi..tapi jangan sampai aku naik hantu , besar kecik aku libas jek..cuma aku rasa aku x mungkin kot naik hantu sbb aku masih bole fikir kesinambungan kejadian kalu aku mengamuk..haha..

Jangan fikir kita bagus sgt..cause we r not..sbb tu kita ni manusia..bukan malaikat..jgn asyik fikir kita betul..org lain je berdosa..kita pun berdosa gak kat org lain..cuma kita x sedar n mungkin org tu malas je nk layan sakit hati dia..

Aku x kata org lain

Aku kata kat aku..kena cermin diri sendiri sebelum kata pape..cuma kekadang da marah..xsempat nak tgk cermin
.hahaah

Sunday, July 28, 2013

shopping time...weeeee

xde hati nak shopping..tapi tetibe banyak pulak salesnya
ikutkan aku ,shopping kat bazar ramadhan lagi best (patut la ko gemukkk)

so semalam tetibe nampak warehouse sales..
balik buka puasa umah abang kat putrajaya n sementara tunggu waktu nak hantar kuih kat customer

pergilaa shopping
maka terembat bedung baby,body suit,n hooded blanket..hihi..pastu beli baju aku sket..
daddy xde baju..sape suruh cerewet sangat..haha..cer jadi macam aku ni,murah,cun,REMBATTT..hahah
damage hampir ke 300..tahniah menn

harini plak ingat nak beli pemanggang ajaib,tp x sempat..so KIV dulu..sebab nak buat kambing panggang ni..tu yang nak beli..teringin plak..
kambing panggang+mashed potato+coleslaw

nyummmm sgt...bila nak buat ni

pastu terbeli lah baju raya aku..memula ingat raya ni nak pakai mint color and peach
tapi x semmpat nak cari kain untuk baju raya hubby..al maklum..bini x pandai jahit,..huuu
and hubby pun x minat nak berbaju raya sangat..so kita recycle lagi baju kahwin tu..(memang jarang sangat pakai pun)
so baju untuk raya 1st aku dah setel..
hubby,awak beli kemeja n pants je for raya..i belanja..(if x lari bajet..haha)

tapi yang bestnya kali ni..orang sibuk beli baju raya
aku sibuk beli tupperware raya n kuali raya..ape cer ni wehhh..

hmmm..lantakkan..yang penting budget baby n rumah jgn usik..

ok..for now..byeeee..

xsabar nak makan untuk buka..lalalala

Wednesday, July 24, 2013

sensitif

ibu mengandung sensitif.

xyah nak perli2..
nak cakap,cakap je direct.


finally my cookies done..tinggal nak abiskan stok cookies sikit2 lagi.
hubby pun kemungkinan besar x jadi raya kat offshore. so.alhamdulillah.. if not pun,aku da ready.
if aku merengek or merungut kat hubby pun tu benda biasalah..suami aku kan..xkan aku nak g ngadu kat laki ko pulak. eh?haha

hmm..bole start list baby n mummy. banyak benda x beli lagi.
ape pun aku just harap,baby selamat lahir.

ilmu aku memang x cukup lagi. cetek. tapi x bermakna aku bodoh.
ade banyak sumber. abg aku pun doktor,if ade pape boleh tanya kat dia.
abang n kakak aku masing2 ade anak.
mungkin cara didikan anak kami x sama..tapi yang mana baik,aku ikutkan saja.

aku tanya uda,
boleh x minum bliss?
minum lah..dia jawab
time pantang boleh?
boleh..makan je ape ko nak

pastu abang aku menyahut.
weh,dia doktor,mmg cakap semua boleh..yang menanggung ko tau.

;D

hahaha

banyak benda kena refresh bacaan...

before this,aku ade sikit takut nak pegang newborn. Alhamdulillah,few days ni asyik mimpi tengok baby and hold baby.. terus aku jadi x sabar nak peluk anak aku. weeeee..bestnyaaa

Tuesday, July 9, 2013

bersyukurlah

Haritu aku pergi checkup baby kat klinik kesihatan. Bila aku tengok orang lain dtg dengan suami masing2 terbit perasaan terkilan aku.

Yeah..aku sorang2.. nobody temankan..nak texting pun xde sape
Tapi bila aku duduk dan fikir balik..aku harus (wajib) bersyukur.

AKU MASIH ADA SUAMI YANG BAIK

suami yang bekerja untuk menunaikan tanggungjawab
Suami yang sanggup bersusah payah sbb nak bg makan kat isteri dan bakal anak
Suami yang menahan rindu (rindu ke?)bekerja berminggu di lautan untuk keluarga.

Ya..memang aku wajib bersyukur

Suami aku mmg suka main game
Tapi dia x gatal mencari teman baru di fb or ig or segala benda social networking ni

Suami aku bukan romantik
Tapi suami aku ringan tulang

Suami aku bukan perfect 10
Tapi aku juga bukan :)

Aku wajib bersyukur..walaupun aku risau ketika aku xdpt hubungi dia selama dia kerja kat laut
Aku tahu, aku masih punya harapan dalam menunggu dia, aku masih berpeluang melihat dia..ya..jika Allah izinkan

Kadang2 aku rasa mcm nak juga merungut di fb..nak tulis how I miss him

But..aku teringat ngah..
Macam aku..xkira berapa lama aku tunggu dan rindu suami..aku tahu aku akan berjumpa dia insyaAllah
Tapi ngah, si isteri pergi x kembali..

Kan itu satu extra untuk aku syukuri nikmat yg Allah pinjamkan?        

Tq Allah untuk pinjaman terhebat ini.
Aku xkan mampu membalasnya

Dan sekarang Allah kirimkan aku seorang lg peneman :)

Again, tq Allah


To husband
Terima kasih sbb memilih aku sbg isteri dan ibu kpd zuriatmu
Perempuan kasar serba serbi
Xpandai buat kerja rumah :)
Xpandai memasak
Xpandai berlemah lembut

Moga kasih kekal hingga ke syurga
InsyaAllah

Wednesday, June 26, 2013

bersalin kat mana

Sume benda kena fikir..nak deliver kat mana, pantang kat mana, set berpantang ape nak beli..mcm2 benda..

Haritu aku beli cloth diapers kat anak pun org kata awal sgt..ms tu ipload kat IG..
Mmg awal pun...dah tgh offer beli je la..pasni nak beli qqbaby (daddy bayo) dengan charlies banana (yg ni aku bayo)..pastu nak membasuh pulak..huuu..storage box x beli lagi..

Ok..terbabas citer

Skang dalam otak aku masih planning dengan deliver kat hukm..
Mudahan uda bole tlg request untuk dpt doc pompuan..lagi pun aku risau time aku deliver husband aku g offshore..kalu kat hukm ade abg aku tlg azan kat anak..


Peh tu, ntah eh..xde ape lagi aku nak fikir..uda pun bole bagi guidelines nak bersalin..walaupun ni bukan kepakaran dia..

Lagi ape ye? Aku cuma risau doc lelaki yang uruskan deliver anak..tu je la kot
Lain2 mcm xde benda sgt..

Xpe .still ade masa..next week mau g checkup..harap da bleh tau jantina walopun aku x caye sgt..hahaa

Monday, June 24, 2013

Jerebuuuuu

Mana mana orang dok citer pasal jerebu je

Aku ok..belum sakit lagi la..sebab dok umah ngadap biskut je.
Sekali keluar cari brg tekak perit je and hidung pun sakit


Actually xpasan pun jerebu. Org x tengok tv..peh..kalu dpt tengok tv mmg nikmat la..hahaha..but I choose tido more than tv k..hahaah



Haritu husband balik dpt la curi masa berjala  dgn dia jap.msiap paksa dia tlg buat biskut lg..hiiii
Bila sampai kat bpmall perghhh..dlm mall pun kelabu je..kepala aku mmg pening je bila keluar

Aku bz nih..kononnyalah..haha..
Next week balik kajang check baby , minum air gula
Dah semakin banyak pergerakan anak..
Omaknya pun da susah gerak.. xleh duduk lama2, tapi kalu dah buat kuih ni, mmg statik je la..nak gerak ke mana je pun.. huuuu
Makan serius banyak..demm..mak aku pn slalu ckp jgn mkn byk2..suoh mkn lauk je banyak..huuu..badan aku toksah citer la..bole nampak lemak di sana sini..bengang aku..
Harap rajin la nak work out pas bersalin..

Xjadi ar nak beli dobot..ahaha..biar rajin sket vacuum rumah..

Bz  bz bz..mengadu kat husband dia jawab kat aku
"Xpelah, kan da 10 bulan rehat"
Hahha..baikla husband, sy keja kuat ni


Friday, June 14, 2013

Trubellai vs Tanamera post natal set

Sekarang tengah fikir untuk set berpantang.huuuu..awal gila kan? Baru 19 weeks

Well Tanamera bole guna masa preggy terutama sekali VCO tu. Pastu aku macam perlukan je brown soap Tanamera tu sebab aku xbole nak guna deodorant sepanjang preggy, kulit sensitif sangat tau. Kaki tangan bawah lengan semua nak kena gatal gatal. Kaki la paling teruk sekali., banyak gila parut. Stress mak (adakah ni petanda anak kulit sensitif atau sebaliknya?)

Trubellai pun macam best digunakan sepanjang berpantang. Mudah dan senang je aku rengok gayanya.

Should I take both?
Haiyaaa..sangat pening lohhh....

Tapi tanamera macam kena amik dulu. Later baru fikir nak tambah trubellai or not..

Kenapa xde blog post citer details masa pantang haa? Pasal baby banyak le..maknye? Ke belasah je? Ala..mat saleh xde pantang pun..janji anak selamat sihar n berjaya di breastfeed..hihi..ok la tu kan..mak x penting sangat.yang penting anak tu..sebab first 2 weeks adalah waktu kritikal bagi baby..

 Harap dapat pantang kat umah sendiri nanti..

So minggu depan order tanamera set la..trubellai tunggu da week 30 nanti ke.

Raya ni ade banyak to do list nak buat
-basuh cd
-siapkan menu untuk diri sendiri
-kaji lagi pasal natural birthing and breastfeeding
-saving for baby n rumah
-calculate all expenses

Wehuuuu...tq baby for making mummy bz

testing

Saje nak test tulis blog guna hp baru..nak tengok bole attach gambar ke x..

Beli hp ni secara adhoc sebab xperia go da buat perangai..

So macam x jadi angkat s4..hihi.


Now kat kampung.order sedang berdesup masuk , tapi belum boleh buat..even the sample xleh buat..serabut molek la...

Hopefully berjaya mencapai target..me n hubby sedang bekerja kuat untuk our new home. Rumah kecik sbg permulaan :)


choc grizzle..best seller of raksasa biskut





Tuesday, June 11, 2013

merepek di pagi hari

wahlao..nak citer ape ye? before on pc banyak benda nak tulis..bila dah hadap. otak aku jadi blur..hahah

aneway,hari ni aku mau pulang ke kampung. mencari rezeki. ngehngehngeh..nak balik semalam,tetiba hubby demam. so stay je la. alaa..demam demam pun gi kerja.. dedikasi kan?

next week akan datang hantar sample cookies untuk sesiapa yang mahu.and time to upload n email the cookies list

ouh..my baby..saya dah rasa movement dia..priceless :)
tapi dari semalam perut saya dah x buncit sangat. awat ha?lol

ouyeah..last week ade tengok rumah jugak..this time kami jadi orang langit. haha..maybe la.. but high possibility..nak beli landed house belum mampu. mahal gilos..planning adelah nak beli tanah supaya bole tanam pokok banyak2..haha..nak environment kampung..but tu untuk future..for now..nak beli apartment sajo..

so,tugas hubby is deposit..aku kumpul duit untuk renovate dapur.huhu..hopefully berjaya..aku dah la lemau..jual kuih pun macam lemau..dengan xde pekerja lagi..arghhh..malas fikir..pastu kena ade saving extra untuk shopping for my baby..list baby belum siap.list omak dia lagi la x siap.. cuma baru tempah bidan.bukan untuk bersalin,tapi untuk pantang..RM200 for 5 days..aku pantang di bp saja..belum ade kekuatan pantang sorang kat umah.buatnya hubby aku pergi offshore,tak ke meghoyan aku dibuatnya..sighhh..

ouh..for the new house,aku da semangat buat list nak beli barang. sebab ade few electrical appliances kena tukar sebab da teruk sangat condition.siap da buat buku untuk tulis list n budget.same goes for the baby stuff la..sume aku tulis. sume benda spend untuk baby n mummy aku tulis..

paling penting nak kira untuk Cloth diaper yang aku beli tu.berbaloi or not even mahal..nak tengok saving berapa every month.penting tu nak utarakan kat senat..lalala

dah..xnak merapu lagi..till then..

Wednesday, June 5, 2013

buku pink :)

finally semalam aku buat jugak buku pink tu.

ade sebab buat sebenarnya.
1st: kononnya dah jumpa klinik untuk buat buku tu kat lake fields.
2nd: sbb penat kena bebel..ahahaha

ok..aku buat hari selasa sebab isnin tu hubby nak pakai gps untuk gi kerja. 1st day kerja katakan. awal gila plak tu.takpe..bagi dia semangat sket..haha
hari selasa tu tengok aku yang bangun dulu,padahal isnin dia yang siap awal..haha

ok.730 aku dah gerak. sampai kat klinik kesihatan sungai besi,dia cakap xleh buat sebab tu klinik pesakit luar. sigh..bengang sikit. lepas tu dia cakap klinik ibu mengandung ade kat depan south city plaza. aku pun gigih la cari. haram x jumpa. buka data,google kejap. cari kat gps pun x jumpa. so sekali tengok nama dia rupanya poliklinik komuniti seri kembangan. hampehhhhh..cakap la awal..menggagau aku cari.

ramai gila orang wehh..
amik nombor n buku. nasib aku bawak pen.so aku pun tulis la detail2 kat buku pink tu.klinik kerajaan. xleh la nak high expectation sangat

entah haritu kat mana aku baca siap kena bawak sijil nikah,gambar,ic suami,bil utiliti(untuk pengesahan tmpt tinggal).hurmm..haram x guna.huhu

aku memula bajet nak membaca sambil tunggu nombor. sekali nombor dia panggil random. tak jadi aku baca..sebab aku jenis hanyut kalau membaca. so melanguk tunggu nombor. nak men fb pun bateri dah low.. so layan sms je ngan cik abg..tu pun dua tiga kerat je.

banyak la kena buat
-cek darah
-air kencing
-berat
- scan (15 minggu keatas sahaja)

Alhamdulillah. semua ok. dapat sticker putih. but next checkup kena minum air gula sebab ade sejarah diabetes dalam family.

pas abis tu aku g kantin klinik tu,makan kuih dua keping ngan air milo. pastu gi pos laju bangi amik CD yang tukar aritu.
langsung aku merayap sampai alamanda. curik aircond. haha

sampai alamanda aku pening nak makan apa. text husband bgtau da kat alamanda. dia suruh lunch siap2 kat sana. terus tanya idea nak mkan kat mana.
hubby suruh g secret recipe makan spageti..so lunch dengan spageti aglio olio yg sedap tu sbb pedas. terbuka selera aku yang dah mula nak muntah tu. haha.
pas makan terus balik. sebab masa awal2 tu da berpusing pusing cari tmpt nak makan. siap dah borong roti kat rotiboy n beli magazine.

ooohh ye.. aku xkena marah pun dengan doktor walopun ade orang kata kena marah kalu lambat.. just nice je la.

cuma nurse cakap,next time dah rasa movement baby baru bole buat injection tetanus tu. tapi aku rasa baby dah move. cuma xkerap. maybe nurse tu xpercaya aku dh rasa sebab ni baby first kot.

owhhh..
Sila elakkan minuman bergas (dah minum sikit,dua tiga sip,tu pun dah kena ugut mcm2 dgn suami bila nak minum) dan kafein (sorry,i dont buy it,kopi adalah sunnah.selagi x berlebihan xpe bg aku.tapi aku x minum pun..cuma kena avoid tea after this)

Monday, May 27, 2013

16 weeks checkup

hari tu after hubby balik,esoknya terus buat checkup for 16 weeks..actually nak checkup masa 15 weeks tu..tapi doc xde..so kitorang ingat nak scan dgn doc lain..depan je pun klinik diorang..

mula2 kitorang nampak,
"yang,doc lelaki" kata hubby aku
"so how?dy bagi ke?"aku tanya
"bole ke?"
"takyah la..tunggu dy balik outstation nanti je la"

anddddd..klinik tu caj untuk scan rm120.weeeee..mahal gilos..kat poliklinik ikhwan tu baru berapa puluh ringgit..zzz

owh..about the baby..insyaAllah due date masih sama dgn jangkaan aku. kira baby membesar ikut weeks betul. Great! so xde masalah walaupun berat aku stay mcm ni je..sebab baby still growth.

lucu weh setiap kali scan baby. last time scan dia boleh berpusing2..doc terkejut tengok aktif sangat..this time angkat2 tangan n sempat pandang kearah scan tu..macam tau2 je mak pak dia tengah ngintai..hihi

ooo..aku dah rasa baby kick masa week 12..haha..advance anak den

actually nak letak gambar tapi x boleh la plak..deng!

sabtu lepas aku sakit kepala..n macam biasa dtg dengan muntah skali..semua aku makan aku muntah balik..husband xde..pergi cari rumah..aku mmg terdampar je la..kuatkan diri mkn minum n solat..n muntah jugak..

pastu husband balik ajak aku g makan kat kl..aku ikut je la..dlm keta pun aku muntah juga.huhuuu..
nak makan pn cuak walaupun favourites food. tapi dah makan pil tahan muntah siap2 b4 makan.
makan la sikit..mmg sikit gila..makan fries nak terkeluar balik,makan lamb pn sama. last2 mmg seciput gila makan..huuu

ahad pi times square sebab nak tukar line phone n hp skali.
before that gi makan kat food court dulu..aku mkn butter rice n salmon steak.
sedappp pulak kan fries tu..memang mengada. haha

sampai u mobile,sekali leceh la pulok..dua tiga kali kerja...last2 aku jadi marah n bengang.
terus cakap kat husband,dah la..xnak tukar hp yang ade contract ni..payah sangat,nanti ade duit beli je hp without the line

bertahan la pakai hp gila ni jap..screen pun mcm dah xleh nak tekan...sabar je aku..

hari ni ngah datang..nak siap2 hantar balik defect cd n siapkan bahan nak masak mi kari..we huuuuu

Saturday, May 25, 2013

first thing i bought for my baby

it was cloth diaper. Haha..Actually bukan lah cloth diaper.Aku belikan dia twinkle totz set.(tu pakai at least masa 6 bulan lagi kot..haha..super lama)

Dapat 4 jenis
Simplex,Bum genius,IttiBitti,GroVia

husband aku bagi pendapat,dia cakap BumGenius tu yang nampak bagus sebab waterproof,simplex mcm keras sket kain dia.IttiBitti lak lembut sangaaatttt..Syok je pegang..hahaha

owh..masa beli tu,dapat detect kotor kat Grovia..nasib baik dapat tukar..Cool.

Sebenarnya kat rumah dah ade banyak barang baby. Pusaka dari cousins diorang.
dah ade
-Car seat
-Stroller
_Playpen
-tub mandi

jimat duit saya..haha

jap lagi nak cari list barang baby.
But one thing yang aku x beli maybe botol susu. Sebab plan nak breastfeed,and since aku xkerja,cadangnya nak DF (direct feeding) sahaja. and aku plan nak guna sippy cup bila dah kenalkan solid food nanti.
Hancur harapan mak dia nak beli botol susu LifeFactory. haha..Kuat berangan woohh..Da plan lama gila kot nak beli botol susu tu. haha. Tapi maybe beli jugak sebab dia boleh tukar puting tu kepada sippy cup..and pendek kata LifeFactory bole guna sampai dewasa. InsyaAllah



haa..tu contoh dia ada..(picture googled jek)

well..ni kehendak anak ke mak?

Monday, May 20, 2013

Salam

akhirnya blog ni di publish semula kepada umum :P

and yeah

i'm pregnant :)

so far

morning sickness strikes at 2nd trimester.haha..1st trimester dilalui dengan kepenatan memanjang..luckily my husband help in house chores..pity him..dah la kena kerja,pastu kena tolong kemas rumah pulak..and bini pulak x kerja..sorry sayang. aku cuma buat benda2 biasa je..basuh,lipat kain,susun kain,basuh pinggan. cleaning mmg jarang..so risau gila bila orang nak datang rumah..haha

bad habit: tak makan. husband aku berkali kali cakap "jangan diet,ingat sayang tu mengandung"
but how?xde selera nak makan..so mmg slalu restock fruit. and makan roti if lapar..tu je yang boleh kot.
and berat badan masih diparas 50kg walaupun dah almost 4 months pregnant.huhu..

another about my pregnancy

"kenapa kaki sayang banyak kudis skang?" my husband punya question.

yeah,another allergy during pregnancy. kena gatal2 di kaki yg menyebabkan luka. huhu

mengidam?
xde kot. but this thing quite tricky. sebab biasanya aku nak ape yang terlintas.huhu

me: dy makan apa td kat opis?
hubby: makan..emmm..makan makanan lah..
me: yelah,makan apa?
hubby: mana boleh jawab,bahaya..kang sayang nak..

hahaha..melampau kan?

apapun..buku pink x buat lagi..sigh..

sebab kitorang pun dah nak pindah rumah x lama lagi..but husband asyik kerja outstation non stop.. da dekat sebulan dah..nak cari umah baru pun x sempat lagi..hadoiii..

so,for this time..tu je la nak merepek..

Monday, January 21, 2013

perempuan miskin

Ya,gualah perempuan miskin itu
Gua xde anak
Apatah lagi nak susukan
Susu pekat manis ade ler..tu pun gua jarang minum. Eh..ape kena mengena?

Mak gua cuma berjaya dpt 5 anak je
Kakak gua ade 2 je

Gua?
Masih zero.

Tapi gua ade anak2 buah.
Kesayangan gua semua tu.
10 orang anak gua.
Tempat gua menumpang kasih sayang
:-)

Gua harap,bila gua mengandung( jika Allah izinkan)
Gua harap kakak ipar gua iaitu kak lin dan best friend gua jijah akan pregnant jugak

Sebab gua x mahu diorang rasa sedih. Serius

Kalu gua pregnant,pastu senyap2 je bleh? Xpayah bgtau org sekeliling bleh kan?

Gua ingin sangat nak anak.

Tapi kalau Allah xnak bagi,xde apa yang mampu kulakukan
3 tahun. 3 tahun. 3 tahun.
Itu masa aku bg untuk diri sendiri. Kalau xde jugak, insyaAllah

Segalanya mungkin

Berlapang dadalah.
La tahzan
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yanh terbaik untuk hambaNya

Wednesday, January 9, 2013

2012: kenangan itu terlalu sakit

Ahlan wa sahlan 2013

2012 merupakan kenangan pahit bg kami sekeluarga.
Pahit sampai aku xmampu fikir apa kenangan baik sepanjang 2012

19/12/12
Sepatutnya menjadi tarikh manis buat angah. Tapi,tarikh manis itu bertukar menjadi tragedi apabila kehilangan ibu tercinta.
Ya,aku kehilangan seorang kakak yang tersayang. Paling aku sayang.
Aku masih xdapat terima kehilangan kak ngah. Tambahan pulak aku xdapat melihat dia buat kali terakhir. Xdapat mencium dia buat kali terakhir.
Namun ada yg lebih penting masa tu. Anak2 buah saya yg sedang kritikal.

20/12/12
Aku sampai di HSNZ terengganu. Keadaan Syafi masa tu amat meluluhkan hati. Muka terkoyak besar dari pipi ke pipi,tulang muka kelihatan. Aku hampir rebah tengok Syafi. Mata Afi yang bengkak, Afi x boleh buka mata pun masa tu. Dia xdpt tengok. Dia cuma boleh cam suara orang.

Afi buat pembedahan plastik. Alhamdulillah hari ni Afi semakin pulih. Cuna parut dimuka Afi buat aku tersiat hati.

Xmampu dah nak tulis lagi. InsyaAllah aku akan tulis lagi kenangan perit ni.

Kak ngah,semoga tenang. Maksu akan cuba jaga diorang. Akan cuba tolong diorang selagi mampu. Alfatihah.