Monday, January 21, 2013

perempuan miskin

Ya,gualah perempuan miskin itu
Gua xde anak
Apatah lagi nak susukan
Susu pekat manis ade ler..tu pun gua jarang minum. Eh..ape kena mengena?

Mak gua cuma berjaya dpt 5 anak je
Kakak gua ade 2 je

Gua?
Masih zero.

Tapi gua ade anak2 buah.
Kesayangan gua semua tu.
10 orang anak gua.
Tempat gua menumpang kasih sayang
:-)

Gua harap,bila gua mengandung( jika Allah izinkan)
Gua harap kakak ipar gua iaitu kak lin dan best friend gua jijah akan pregnant jugak

Sebab gua x mahu diorang rasa sedih. Serius

Kalu gua pregnant,pastu senyap2 je bleh? Xpayah bgtau org sekeliling bleh kan?

Gua ingin sangat nak anak.

Tapi kalau Allah xnak bagi,xde apa yang mampu kulakukan
3 tahun. 3 tahun. 3 tahun.
Itu masa aku bg untuk diri sendiri. Kalau xde jugak, insyaAllah

Segalanya mungkin

Berlapang dadalah.
La tahzan
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yanh terbaik untuk hambaNya

Wednesday, January 9, 2013

2012: kenangan itu terlalu sakit

Ahlan wa sahlan 2013

2012 merupakan kenangan pahit bg kami sekeluarga.
Pahit sampai aku xmampu fikir apa kenangan baik sepanjang 2012

19/12/12
Sepatutnya menjadi tarikh manis buat angah. Tapi,tarikh manis itu bertukar menjadi tragedi apabila kehilangan ibu tercinta.
Ya,aku kehilangan seorang kakak yang tersayang. Paling aku sayang.
Aku masih xdapat terima kehilangan kak ngah. Tambahan pulak aku xdapat melihat dia buat kali terakhir. Xdapat mencium dia buat kali terakhir.
Namun ada yg lebih penting masa tu. Anak2 buah saya yg sedang kritikal.

20/12/12
Aku sampai di HSNZ terengganu. Keadaan Syafi masa tu amat meluluhkan hati. Muka terkoyak besar dari pipi ke pipi,tulang muka kelihatan. Aku hampir rebah tengok Syafi. Mata Afi yang bengkak, Afi x boleh buka mata pun masa tu. Dia xdpt tengok. Dia cuma boleh cam suara orang.

Afi buat pembedahan plastik. Alhamdulillah hari ni Afi semakin pulih. Cuna parut dimuka Afi buat aku tersiat hati.

Xmampu dah nak tulis lagi. InsyaAllah aku akan tulis lagi kenangan perit ni.

Kak ngah,semoga tenang. Maksu akan cuba jaga diorang. Akan cuba tolong diorang selagi mampu. Alfatihah.