Thursday, June 30, 2011

to do list bulan 7

wuhuuuu..

esok sudah bermula bulan 7..erk..rasa tercekik kat kerongkong..

benda yang harus setel untuk bulan 7:
-make sure Ted amik sijil kursus kahwin,dah berbulan kat pusat perkahwinan tu gaknya
-amik kad kawin
-photoshoot pre-wed (harap2 la x selisih dengan program BERSIH,haru kalu aku kena siram air dengan FRU gak)
-beli paper bag (sebab kena cari kat KL,kena uruskan sekarang)
-tempah sticker.Anyone tahu sape buat?
-setelkan prosedur perkahwinan (aku still xjelas lagi,kena belek buku lagi)
-buat HIV test
-tempah baju kahwin aku ngan Ted.

ni je yang aku dapat fikir.bulan 8 aku tolong akak jual cookies.Bulan 9 baru start preparation balik,n bulan 9 jugak aku start beli hantaran Ted,baru lepas satu jek hantaran dia.

owh..funny thing masa borak tadi
Ted:kalu beli jam yang mahal instead of barang kemas,boleh x?
me:aaa...nanti nak batalkan air semayang guna jam?
Ted:takpe la,lain dari yang lain,kita kan rocks..
 bahahahahaa..end up dengan gelak besar..

Semoga perjalanan aku dipermudahkan olehNya..

Tuesday, June 28, 2011

Mak andam~berdenyut kepala aku pas jumpa ko..

Salam

Hari ni g jumpa mak andam untuk book dan cerita serba sedikit konsep majlis.

Cadangan aku adelah tidak bersanding.N tetibe abah pun pelik kenapa aku xnak sanding.Aku just malas je kot.Ikut perancangan otak aku ni,aku ingat nak kitorang (pengantin) pakai comey sket dari biasa n nak sambut semua tetamu yang hadir..

Tapi disebabkan konsep RAJA SEHARI tu,maka perancangan aku dibatalkan.Fine.

Masa aku tunang pun,aku da kena psiko
Apesal xnak sanding?Rugi tau..Seumur hidup sekali je..

Okay..Masa tu aku abaikan je lagi..tapi hari ni aku kena psiko lagi
Kenapa xnak sanding?Tukar2 baju?abang-abang b4 this buat hebat2.tetibe adik perempuan buat simple jek..kang orang kampung cakap ape plak..

Dushhhh..Kena sebijik.Demmit..

Aku lebih kepada bajet,biar simple asal meriah.Kalau bergila-gilaan buat majlis pastu aku sengsara nak buat apa..Lagi la aku ni jobless,orang pandang sinis je bila aku cakap aku nak kawin..Stress tau.

Tadi perbincangan pertama,
aku layankan dulu la,sebab aku nak tengok harga,lagi pun aku nak bincang jugak dengan Ted,sebab aku rasa time nikah dan wedding aku teramat lah pack sebab aku nikah malam.

Pelamin,mini pelamin,mekap,meja makan beradab,bilik tido,aksesori,baju 3 pasang.RM3k+++..Aku xtau harga tu murah ke mahal..tapi aku cadang nak cut off baju 3 pasang tu.Tak payah kot.Sebab xda masa nak salin baju.Tu bila2 pun boleh buat kalu ade rezeki lebih..lalalala..hahah..

Tapi kan..tadi berkenan dengan satu baju ni..
rasa macam nak buat lak baju labuh2 camni..
tapi ingat,yang dalam kena tukar :p
Rasa nak buat la macam tu..hahah..berangan ja lebih..

Sekarang aku sumpah pening nak fikir untuk pelamin..Aaaaargggghhhh..karang memandai kena marah,x memandai kang,preparation x jadi hape..adesss..

Dah la..nanti sambung merepek lagi

Nota:Balik tu kepala aku berdenyut2 gila.Sekarang pun berdenyut lagi..Tapi big boss cakap,jangan layankan sangat kalu mahal..hoh..cantekkkkk

Monday, June 27, 2011

Adat Tol :)

Salam

nak cerita pasal adat tol,dah lama terfikir pasal tol ni sebab aku orang Johor dan perempuan lak tu.Kompom2 la akan ada adat tol2 ni..Oleh sebab masa akak aku kawin dulu aku memang masih berhingus,jadi aku x sebuk sangat la pasal tol2 ni.Sebab aku ingat nak main je masa tu,dapat duit ke apa ke tu belakang kira,janji fun jek...
so sekarang aku google je la pasal adat tol ni.

Mengikut apa yang aku paham,tol ni sebenarnya untuk suka2 dan mengusik pengantin lelaki,kekonon ice-breaking la (ice-breaking la sangat ~~)

Setahu aku,tol ni pasang kat beberapa tempat
1st
sebelum masuk kawasan rumah.Aku rasa mungkin akan ada tol kat pagar rumah aku.Tol ni dijaga bebudak.Tapi aku xtau la bebudak skang ade lagi ke yang tunggu tol ni..
2nd
Kat pintu masuk.nak masuk pintu umah pon kena tol jugak weh..ni maybe sedara mara je kot..
3rd
Depan pelamin kan ada tangga kan?biasanye anak2 dara dan mak2 dara akan bertunggu-tangga kat sini tunggu tol..
4th
Tol untuk mak andam
ni kritikal sket la,sebab mak andam tutup muka pengantin,n duduk kat kerusi pengantin lelaki,mak andam ni pun kena bayar jugak weh..n kat sini la pengapit kena pandai negotiate ngan mak andam,kekadang ade yang buat2 nak balik sebab duit takde la,ape la..memacam lagi la untuk memeriahkan suasana aritu..

Dan adat tol ni lebih kepada suka2,takyah bagi duit banyak2 kot bagi aku..Aku pesan kat Ted simpan duit syiling,syiling 50sen tu pun nice gak..sebab aku rasa untuk tol pertama dan kedua tu boleh je bagi sikit2 doposen ke,limaposen ke..ok je..(nak bagi singgit pun x salah kot)

n kat tol ke 3 tu bleh la kot nak hulur RM1 ,RM2,RM5 atau RM10..;p..cuma mak andam bagi lebih sikit..mungkin dalam 50 ke (ni aku xpasti..n aku pelik kenapa mak andam tu nak dapat duit tol lagi sedangkan nanti kita da bayar duit andam?pelik aku)

Tapi yang pasti adat tol ni memang agak feymes..siap ade masuk paper pasal ade pengantin yang tertekan pasal adat tol ni..Kesian.

Tapi aku rasa bab tol ni kritikal bila berhadapan dengan orang tua,memang pengapit kena pandai nego,kena pandai pujuk2 sket nenek2 tu..baru la diorang bagi jalan..:p

Bagi aku,adat tol ni untuk suka2 boleh la,jangan sampai nak menyusahkan keluarga belah lelaki sudah la..n untuk majlis aku pulak,dah tentu tol ni akan memeriahkan lagi majlis,sebab anak2 buah aku x penah pun tengok adat macam ni,mesti seronok aku rasa ,ye la sebab atas aku sume abang,xde pulak tu yang dapat orang johor,so mesti tak penah tengok lagi adat resam macam ni..hehe..

Cuba tengok sini untuk majlis tol yang aku rasa meriah jek. Harapnya majlis aku pun lancar dengan gelak ketawa jugak la..Amin..hehe

p/s:aku masih keliru sama ada nak bersanding atau tak..sebab kad jemputan pun aku xda print time bersanding.aku x sure lagi..besok jumpa mak andam tanya pakej dulu..

Saturday, June 25, 2011

Sarang burung untuk goodies

Hellossss...

Hari ni nak tunjuk satu idea untuk goodies..Mak baru dapat masa g kenduri kahwin tadi..


Tadaaaa....
sarang burung dan telur
haha..nampak common kan?

tapi actually
see sarang burung tu..
Sebenarnya tu adelah edible sarang burung yang dibuat dari kuih cakar ayam.Kreatif kan?Kinda sweet kat mata aku.Hehe

*Dan-dan mak cakap kat aku
Buat Na

Hoh..mana reti aku nak buat kuih tradisional neh..tempah je la..hehe

p/s:sebenarnya kuih cakar ayam tu mak da makan separuh..terpaksa terbalikkan..haha

Friday, June 24, 2011

sharing is caring: baju kawin anda jarang

Nota: ini pendapat aku yang dalam proses membaiki diri,bukan niat aku nak kutuk sapa2,tapi just peringatan kat diri aku sendiri supaya x buat mistake yang sama.

Salam,

Baju jarang

Aku rasa ramai yang khilaf pasal kain ni.Sebab most kain pengantin adelah jarang dan memerlukan lining secukupnya.Bila aku cakap lining,bukan lah bermakna hanya lining kat bahagian badan (cover buah dada dan perut) tapi tangan dibiar je dengan kain jarang.Sungguh x molek,lagi-lagi untuk pengantin bertudung,sebab aku pernah tengok,tudung molek,labuh,tapi part tangan tetibe jek..eh..lutcahaya?(lutsinar bila dia nampak terus,ni nampak sket2,so panggil dia lutcahaya)

Aku rasa,pengantin kena amik berat pasal ni.If baju xde lining,cari la inner,skang inner ade pelbagai kaler kan.U can choose every color u want.

Hmmm..Aku pun xde la bagus sangat dalam bab tutup aurat ni.Still pakai jeans skinny yang ketat,tapi,kita manusia kan,cuba la sedaya mampu.

wallahuallam

p/s:jangan la tailor aku buat baju aku jarang kat lengan la ape la..Mau aku menjerit nanti..

Thursday, June 23, 2011

sesi angan-angan untuk wedding

Haii..

konsep majlis aku lebih kepada simple,moden n tradisional sikit.(mcm mengada-ngada x nak berkonsep-konsep bagai nih?layankan je la)..

Jadi aku nak cuba la dari segala element caca-marba kepada satu konsep yang "owhh..nice jugak eh buat macam ni?"

okey..

am i?
sumber google
aku bercadang nak beli papan hijau untuk diletak kat depan rumah nanti..or ape2 board yang boleh ditulis dengan chalk..

aku ingat nak mintak la anak buah aku tolong tuliskan khat "selamat pengantin baru" kat board tu nanti..or maybe aku pun boleh tulis sendiri kot..rasanya ade bakat lagi nak tulis khat..walopun x sekolah tinggi..hehe..idea ni aku dapat masa tengok cerita P.Ramlee,kat entrance rumah ade board tulis "selamat pengantin baru" .I think it kinda sweet..:)

owh ye..aku x berminat sangat dengan bunting @ banner..xtau la kenapa..tapi aku akan cuba sedaya upaya buat penunjuk arah yang paling clear untuk elak kawan2 dari sesat..

Monday, June 20, 2011

kucar-kacir *sila jangan baca kalau x mahu buang masa anda

3 minggu lagi kad kahwin siap..
mungkin 3 minggu lagi boleh gi photoshoot pre-wedding.sekali kan la kalu bole..
siapkan sekali e-kad

Hujung bulan 7 kena kerja.(bagus!)

Benda2 yang belum tempah/beli
-baju
-mak andam (mini pelamin,mekap,veil,accesories n etc)
-doorgift (paper bag n etc)
-kasut,tudung (nikah kena pakai kasut gak ke?)
-hantaran (raya baru beli)
-bilik tidur (katil,cadar)


banyak benda aku x buat lagi..aku cuak jugak sebenarnya.Happy,happy jugak..pening tetap ada..Bulan ni,2 kali da aku jatuh sakit..(Alhamdulillah)..

Aku nak g isi borang cari kerja la..Chow

Thursday, June 16, 2011

Glass untuk Goodies

Tengah nak mencari gelas seperti kat bawah dengan harga terbaik

lebih kurang macam ni ar rupanya..Xtinggi sangat.
Gemuk pendek je rupanya.
Aku ada jumpa kat BP gelas macam ni.Kat kedai jual barang-barang plastik.Tapi mahal la aku rasa.Dalam lingkungan 3.50 ke atas.

Aku nak gelas macam ni harga bawah 2 hengget..Ade x eh?Kang aku guna jar je kang.Sebab hari tu masa BW aku tengok harga dia cam murah jek
jar siap ngan lid

sume gambar sumber dari Google
Belum letak isi lagi nih.Ni idea untuk goodies malam nikah.Tapi belum estimate lagi sedara mara yang datang.Bingung.

Yang sepatutnya dah dibuat

Aku check apa yang patut aku dah buat dengan counting month ni.Ada few things yang lari dari perancangan.Aku ikut guide dari majalah Jelita n Pesona Pengantin.

Senarai yang belum dibuat dengan masa berbaki kurang 4 bulan dan alasan.;)

~Pilih pusat andaman-Aku tak pergi lagi pusat andaman yang bakal aku amik tu..Cuma baru sembang2 je.Xdapat lagi final harga.Sigh~
~Daftar di pejabat kadi -ni bukan lama lagi ke?bulan depan baru bleh buat ni.
~Kain untuk kawin dah ada.Tapi xtempah lagi.Risau kot2 gemok.Haha
~Kad kahwin-dah tempah,kira setel la ni
~Tempah cincin kahwin-aiyark..x beli lagi.Pas raya la
~Bulan madu-xtempah dan x cari lagi.xpe.Ni xberapa penting
~Guest list-x lengkap lagi.Cuak ar nak bagitau majlis dah dekat.Nanti tekanan tinggi woohh
~Tempah cenderahati- xbuat jugak.Sebab belum finalize nak bagi apa.Banyak sangat idea dari aku +kakak aku+ big boss
~Program kesihatan dan diet seimbang-pfffff..kena start besok.Janji!
~Tempah kek kahwin-err..nak buat sendiri :)
~tempah hand bouquet-xpenting.Abaikan dulu
~Shoot pre-wed-bulan depan baru buat.
~merawat diri dan kecantikan-aaa..besok start.Janji!
nak kejar figure mcm ni bleh?*berangan.hahaha


p/s:serabut jugak kekadang fikir nak kahwin ni.Nasib la ada orang nak tadah telinga dengar.Hehe

Wednesday, June 15, 2011

Pre Wed Shot

Pre Wedding :)

X buat pun lagi.Alhamdulillah ramai member pemilik DSLR yang nak amik gambar kami.Nak sponsor pre wed shoot kami.Thanx Fuad.(yang lain-lain masih dalam perancangan) .InsyaAllah akan amik hujung bulan ni rasanya.Ke bulan depan?Aku pun dah xingat nih.Aiyoo..

Kalau jadi amik gambar ni,InsyaAllah akan dijadikan teaser wedding invitation kami :)

Layan sket gambar konvo yang diamik Farid (dia petik je kamera aku tuh.tapi layan je la)
Upload gambar ni sebab Fuad cakap gambar kitorang dah macam gambar pre wed.Haha..Pre-wed la sangat kan?
(gambar Fuad amik lagi cantik dan dah diedit.Gambar ni mmg xde edit2 k?)




***apesal gambar last tu jadi mcm tu...zessss

Kena belajar edit nih :(

Tuesday, June 14, 2011

Kad Kahwin

Kad kahwin saya dah selamat ditempah :))

Before this,aku pernah fikir untuk buat sendiri.Tapi atas sebab2 berikut,aku batalkan niat aku :)

1. creativity
aku memang ada idea untuk kad aku.Conteng pakai tangan memang la boleh.Nak menzahirkan benda tu kat komputer,sumpah tak reti.Ingat nak mintak orang lain tolong buat,tapi xjumpa orang yang boleh.Hehe

2.cost
ni paling penting.Masa memula,aku xtau berapa nilai kad kahwin yang paling murah.Sebab masa uda buat dulu kad dia sekeping harga RM1.60 siap belum campur sampul surat lagi.Pastu siap ade additional charge untuk map n stamping kat envelope.Mahal gila.Jadi aku budget kad aku sekeping RM1 je.(aku bajet tu paling murah la tu,untuk design biasa2).
Aku siap fikir untuk DIY,tapi aku rasa kos n printing boleh cecah 60sen untuk sekeping kad rasanya.So x jadi buat sendiri sebab jumpa orang yang boleh buat kad dengan price 28sen sekeping :))

Dua sebab ni menyebabkan aku tempah je kad aku.Jimat.

Sekeping kad aku 38 sen je.No additional charge untuk map,sebab aku guna map abang aku.Tinggal edit sikit je

Kepada sesiapa yang nak buat kad tu,please take note untuk benda ni masa tempah kad korang

1.Price- check betul-betul price untuk kad korang tu.Mungkin korang pilih kad harga 60 sen,tapi rupanya kad tu untuk kertas biasa,ada tambahan lagi 20sen untuk kad yang laminate.So da jadi 80sen.Kan da lari bajet.(aku akan rasa tertipu untuk perkara macam ni)
2.Envelope-pastikan harga kad termasuk envelope
3.Hidden charge-charge untuk map,charge untuk letak gambar,charge untuk stamping dsb.

owh lupa,aku order kad aku kat sini http://www.redcard.com.my/

diorang buat kerja pantas.Aku suka,masa time uda dulu,lambat gila kot.Grrrr..

Lagi satu yang boleh disuggest ialah http://www.lovelyberryz.com/ Aku rasa kat sini pun berpatutan sebab dia bagi harga 1000 kad+ 1000 goodies bag =RM1000++. (aku x amik dia sebab aku nak pakai brown paper yang murah tu je.heheh)



sharing is caring: elakkan letak ayat Al-Quran dalam kad kahwin kita,sebab kita xtau kat mana receiver tu campak kad kahwin kita.Xpasal2 menanggung dosa sekali.Begitu juga dengan perkataan Assalamualaikum w.b.t tu,sebab kat situ pun terkandung perkataan Allah jika korang tak buat shortform,Xberapa practical untuk dihantar kat kawan2 yang agama lain kan?:)

Monday, June 13, 2011

benda-benda yang tak perlu tapi dirasakan penting

Nota:post untuk sendiri,xada niat untuk menyingung,menyepak atau mendera sape-sape yang baca

hmmm..

1.guestbook
x penting kan?dulu-dulu pun xada guestbook nih.tapi sekarang kalau ada macam best je kan?aku pun rasa nak buat. DIY je kot.Kertas beli kat bookstore,tukar cover, anta g binding molek-molek,laminate jika perlu.Taraaa..Siap sudah.Jangan lupa pen bermacam kaler dan letakkan buku ditempat yang sesuai dan kalau ada bajet lebih,boleh hias kat tempat sign guestbook tu.
sweet
guest plate?
 sumber dari google ya..

2.Spa
Ngeh3x..Aku rasa benda xperlu.Tapi dia penting.Penting untuk build confident supaya time majlis tu tenang aje (eceh..pandai lak nak bercakap).Tapi ada banyak cara untuk DIY spa.Jimat :)) Aku pun ada jumpe cara DIY spa,nanti tulis kat entri lain.

3.Bachelor/Bachelorette party
Ni?if party gila-gila macam kat oversea yang siap pergi strip club tu,xpayah la yek..kata orang Melayu,kaya ngan adab sopan dan budi bahasa. Tapi apa salahnya pergi makan2,lepak,karok (bagi peminat karok),bowling,paintball (elakkan la pergi paintball,kalu dah kena shoot,buat lebam badan je).Dan sila pastikan majlis meraikan korang ni berlangsung seminggu(paling lewat) sebelum korang punya big day .Sebab xnak ler keletihan time majlis.Tapi kalau setakat gi makan-makan xada masalah rasanya.Cuma,tahan la telinga orang bebel, "ko ni darah manis,tapi asyik nak menjengkit je n bla bla bla".Hahaha..

4.Scaling/whitening gigi
haruslah buat oi.Walaupun kata tak penting.Dah tempah OP mahal-mahal,sekali tengok gambar gigi kuning.Hahah..Tapi whitening x boleh buat selalu ye.Aku dengar boleh buat 2 kali je seumur hidup.Maybe takut gigi terhakis kot?Aku xtau orang lain,tapi aku nak buat jugak.

baru la cantik nak senyum :D
sumber:google

5.Mini pelamin
Tak penting kan?tapi aku nak.Alasannya,of course untuk nikah.N sebab aku xada pelamin untuk sanding (insyaAllah) nanti.Jadi kena la ada benda ni.Tapi aku memang nak pun.:))

Dah.Cukup.

Terkilan

semalam aku tengok FB OP aku.N aku rasa sangat terkilan bila dia upload gambar customer yang lain guna idea yang aku nak. Yeah,it is not my idea either,but i feel kinda dissapointed when i see the picture.

do u know about AdlanKhalidi facebook relationship status?
tengok gambar bawah

ni gambar yang aku nak buat
sumber dari sini
hari tu masa OP dtg rumah amik deposit,aku cerita la pasal benda ni n aku tanya if he can do the prop.Of course,kalau dia cakap xboleh,aku akan try buat sendiri sebab memang dah ada template pun.N dia senyap je pasal benda ni. And last night aku tengok dia da buat pun prop gambar tu.Argghhhhhh...Mungkin aku x kisah if the props was made by the groom n the bride,tapi ni prop tu dibuat oleh OP..Aduh..Marah?tak la marah..cuma terkilan.

i told Ted about this n he said "takpelah,nanti kita buat idea lain pulak" :)  Thanx dear..

Takpelah..cari idea lain.Ada masa lagi. Ade 4bulan lagi sebelum nikah.Fuhh..Tolak sebulan untuk bulan puasa sebab time tu memang xakan tengok blog or check email,paling-paling pun Ted yang check kan email aku tinggal la lagi 3 bulan.Wowww..sangat cepat..

Thursday, June 9, 2011

Kek Kahwin

walla..
Just view website Acai Jawe tadi.N tetiba nampak gambar kek pengantin yang aku rasa simple tapi sedap.Heheh..Berdasarkan pemerhatian aku,aku syak kek tu adelah cheesecake.Haha..Bestnya.Boleh la aku amik idea tu untuk buat wedding kek aku nanti kot.

Tak percaya?Boleh tengok sini

Kan?

Normally orang akan buat buttercream or fondant cake.Tapi aku memang tak minat sangat la fondant cake ni sebab xberapa sedap.Teeeeheheeh..Jadi blog ni boleh ni memang boleh bagi aku idea untuk buat kek kahwin aku.Sedap apa cheesecake? Tapi yang merana nanti tunang aku la kot..sebab dia x suka cheesecake..Ahahahah..

Tapi agak-agak sempat tak nak bake sendiri kek?Agak-agak kek aku boleh survive ke if aku simpan dalam fridge dengan kehadiran ramai orang seperti anak-anak buah aku yang tengah nak membuas?
Ni bukan macam time tunang dulu.Sempat nak bake cheese kek la,buat cheesetart la..Siap buat mousse cake untuk besday kak ngah time tu.Jadi pulak tu :) Ni dah big day.*Ade sekali orang penah cakap ngan aku semua nak buat sendiri,kang time kawin,pengantin yang lepak (means penat la..bukan lepak hang out tu)

Agak-agak apa yang aku mampu DIY masa wedding aku nanti yek?Baking pandai la sikit,nak menjahit ke menggubah ni.Memang xmampu la aku.Buat simple gubahan maybe boleh.Tapi nak jahit..Hahah..kirim salam..

Hurm..kena manage semula. :)

Malam berinai

Salam,

just tahu yang malam berinai ada dua.Satu berinai kecil,satu berinai besar. Sumber dari sini
Waaa..baru tahu..banyaknya nak buat.Dulu akak xde buat rasanya.So rasanya aku xterlibat.Bahahah...

Cerita pasal inai ni..sekarang banyak gila inai kerawang2,corak2.Hurmm..Opinion?Asalkan orang tu suka sudah..Aku?Tak minat sangat.(lagi pun aku geli tengok banyak titik yang bersepah..nanti tetibe meremang bulu roma..erghh..)

Err..tadi aku google gambar inai.And aku rasa meremang woh...cepat2 close window...zesss..Aku baru nak tengok inai untuk lelaki..Hahaha..Owh..Kebanyakkan pendapat,haram berinai bagi lelaki,melainkan di rambut dan janggut. Sila klik sini

and perempuan pulak diharuskan inai.

Aku dah cuba cari gambar inai yang biasa2 jek..Tapi xjumpa.maybe sebab sekarang trend yang ada corak2 tu kot?Aku harap time wedding aku xda orang paksa aku pakai inai yang bercorak.Pakai macam zaman dulu-dulu pun cantik apa?

Sebab aku x jumpa gambar aku nak.Tapi aku jumpa benda ni

agak2 berani x nak rebel macam ni?hahah
sumber dari sini
 Tau tak,orang cakap,kalau inai x merah @ hitam maknyanya orang tu kuat cemburu?So what?lalala :)

p/s:dulu masa kat u, aku pernah pakai inai hitam..tu la sekali inai hitam di jari.N aku baru perasan orang buat inai hitam tu cam tatu..hmm..macam-macam

Tuesday, June 7, 2011

Dilema baju kahwin

Bah..aku xtahu bila nak tempah baju nya.Ni dah bukan masalah x sempat.

Tapiiiiii...

Aku takut gemokkkk...uwaaaa...

Memang pun mission awal nak menaikkan berat badan.Tapi bila tengok gambar time naik pentas konvo tu..hmmm..gambar tak best sungguh..Nampak benar dah ada dua dagu..erksss...benci taw..tak payah naik tang muka xleh ke?

Kalau aku tempah sekarang..tengok2 bulan 10 nanti badan aku mengembang camner?

waduh..kena beli timbang ni..

Lagi 2kg untuk menjadikan berat badan ideal.eceh..Ideal la sangat

P/s:Encik tunang..bila awak nak gemok plak?kang pelamin senget sebelah wooo..hahah

Sunday, June 5, 2011

official date :)

Before this,perbincangan tarikh adalah hasil usaha aku dan dia mencari tarikh.Kami bincang berdua pastu propese kat mak,abah dan keluarga dia.Aku bertindak jadi informer.Bukan aku je,dia sekali.

Kalut la.

Pastu da dapat tarikh yang ngam,ngam for both side la.(thats y ticker dah ada awal-awal)

Tapi tadi,tetibe abah kalut lagi nak ubah tarikh.Zesss..Aku da xpaham.(sebab katerer da book pada tarikh yang 1st decide)

Setelah berbincang-bincang dan abah beberapa kali tukar tarikh sebab abah tertengok kalendar masihi (abah kira hari untuk majlis,mencari tarikh yang elok base on kiraan tarikh hijrah @@).Akhirnya stick jugak kat date yang 1st tu.

Hmmm..ke saje je buat-buat konon ada bincang tarikh ni? :p

Hahaha..

Hmm..Macam xpercaya pun ada bila da set tarikh ni.Kira kami da move setapak lagi.Alhamdulillah.

Jadi?Apa lagi?

PANIK lagi sekali!!

Arghhhhh..

Eh..xde la..dah xpanik pun.Satu-satu,insyaAllah boleh :)


gambar 3 tahun lepas. *kenangan*(tapi dah lupa sebenarnya :p)

Friday, June 3, 2011

bila kehendak dan keadaan x seiring...part 2

Kehendak
nak jimat duit.Xnak membazir.Semua benda yang dibeli,haruslah boleh digunakan semula.Cth baju kahwin boleh pakai untuk dinner company (fact:aku x minat pun nak makan gaji dan aku memang xkerja,so ada ke istilah dinner company?) or majlis kahwin (fact:aku bukanlah jenis yang beriya-iya nak pakai baju yang glamer2.aku segan bila org pandang) or majlis istimewa dan etc.

Keadaan
Baju nikah aku memang aku suka dari segi design yang simple.Molek je aku rasa (kot?).Memula nak amik warna pink,tapi abang aku dah pakai warna pink masa nikah dia dulu.Pastu time beli dengan mak,mak cakap cream lagi sesuai untuk nikah berbanding peach.Ok.Layankan.

Masa tunang keluarga pihak lelaki pun bagi kain untuk wedding.Which is aku ingat nak pakai time majlis bertandang or time g rumah pihak lelaki.

So da setel la bab kain untuk majlis.Tapi...aku terlupa majlis kahwin nya.

Masa tunang,aku ada cakap,tak payah la sanding-sanding ni.Pastu ramai orang bangkang (kakak ipar dan mak andam je pun yang cakap) diorang cakap rugi tak sanding,sekali je seumur hidup .Mak andam bagi pakej pelamin,baju 8 kali salin (aku rasa la) mekap,bilik tido n ape lagi ntah.(Sebab cakap mulut je,jadi xpasti ape yang dia bagi) dia bagi harga RMXXXX. N masa tu terfikir,macam best je sanding

Tapi,lama-lama aku fikir aku rasa tak perlu.Aku kan x bekerja.Harus jimat.Eceh..

Then,mula masalah.Nak tempah atau nak sewa baju untuk makan beradab?Masa ni dah fikir nak sewa (Jimat) tapi,kitorang buat mistake besar ngan pergi Jakel.Zesss..Dah pergi Jakel,TERBELI pulak kain.so aku decide tu untuk majlis makan beradab.Ok. Tapi masih rasa ralat sebab kain yang aku pilih,ramai x setuju (T T) memang rasa nak nanges ok?Sebab orang tak setuju tu la aku rasa cam ralat..Kalu orang puji,xpe la..huhu..takper..Pergi ke konsep Redha dan Redah.Hoh..

And akak beli kan kain sari warna tiffany green. Thanx akak.Tapi saya nak pakai bila? Baju dah terlebih dari majlis. Waduh.Tapi maybe boleh pakai untuk pergi kerumah saudara mara.huhu

jadi sekarang?Dari jimat dah tukar kepada membazir.Tu baru beli kain.Belum tempah lagi.Agak-agak berapa tempah baju?Tapi memandangkan aku cuma nak yang simple,maybe kurung moden @kebaya labuh.ok kot?Tapi kak ngah kata,jgn buat kebaya labuh.Hmmm..Owh ye.Tempah baju kurung moden dgn kawan akak ok juga,x berapa mahal juga.RM150 untuk sepasang baju.Tapi sekarang,sudah ada 4..@@..

Jadi,sekarang,misi nya adelah jumpa mak andam,design kad kawin dan tempah baju.Huhu..Harap dipermudahkan.Amin..

Thursday, June 2, 2011

Katerer Vs Rewang

Yang mana satu pilihan hati?

Dulu,
Masa akak aku kahwin,aku suka sangat dengan aktiviti rewang ni.Ramai sangat cousin,family,jiran-jiran datang ke rumah untuk membantu.Al-maklum,akak anak sulung,majlis nya,meriah sungguh time tu.Kalau x silap 2 ekor lembu tumbang dan majlis berlangsung selama 2-3 hari rasanya.

Masa tu langsung tak fikir susah senang orang yang membantu nak rewang,yang aku tahu,seronok bermain sampai ke malam sebab masa persediaan tu ramai kawan-kawan datang rumah.Seronok betul,dan aku tak perlu rasa malu untuk makan kalau lapar sebab kat rumah sendiri.*kalau kat rumah orang,rasa malu pulak nak gi makan,kena mengendeng kat mak dulu cakap haus atau lapar (takpun lari balik rumah untuk minum air)

Masa tu seronok sungguh bila ramai orang tua-tua datang ke rumah membantu. Family dari singapura datang awal untuk bertandang dan tolong rewang.Pastu cousin lak siap ada amik video macam pro.*Fuh,jakun gila boleh masuk tv masa tu. (video masa akak aku kawin,aku tak mampu tengok.sebab diorang cakap aku cam murai..aduhh..malu sungguh)
*dan aku masih ingat,makan beradab dibantu oleh keluarga singapura,masa tu aku sakan puji sebab kagum tengok diorang buat bakul guna tembikai.Haha..dan sempat mak long usik, time ko nanti kami buat lagi cantik.Sekarang boleh tuntut x janji tu?hahah..

Pendek kata masa tu sangat seronok dengan aktiviti rewang.Katerer?apa tu?x pernah dengar pun?

Sekarang,
tak mau cerita detail pasal kes yang terjadi akibat orang rewang.Cukup untuk disebutkan serik sedikit.

1) tak amanah
2) tak amanah
3) tak amanah
4) ambil kesempatan
5) saja nak pedajai tuan rumah.

terima kasih ya :)
kalau tak,tak merasa aku punya majlis ada katerer.Hahaha..Maybe vendor ni bagus,nampak gaya buat kerja macam teliti dan sistematik.Mahal la jugak sebab tu aku teringin sangat nak bayar balik duit katerer kat mak dan abah.One day.Kalau diorang taknak,tu dah cerita lain.tapi yang penting,ada niat nak bayar balik.

Kebaikan katerer:
1)Kurang kerja
- Rumah tak bersepah,dia sediakan dan akan kemaskan segalanya.*Dan aku dapat idea nak letak centerpiece kat meja.Hasil tengok dari blog ini  .Kalau ada masa nanti nak buat lah.Hehe.

2)Kurang risiko barang hilang
-InsyaAllah takkan ada kes curi daging,curi kek,curi barang sebab terlampau orang ramai datang.*ni kes betul :(

3) Senang manage
-just cakap dengan katerer apa yang nak dan xnak.kalau penanggah,ramai sangat nak tunjuk hebat dan tunjuk kuasa,padahal tuan rumah tak suruh dia buat apa pun.Zesss..Sengal

4)Menjimatkan
-insyaAllah lebih jimat.kurang pembaziran yang tak perlu.*sebab aku kahwin bajet. Aku rasa time abang aku kahwin pun,abah dan mak beli barang macam beras,gula,bawang maybe cecah la jugak riban-riban.Untuk sediakan makan-minum diorang selama beberapa hari,sediakan kuih la ape la.End up dengan cakap,Beli lagi senang. Tak banyak kerja dan kurang juga gosip di rumah kita.aku rasa kalu track balik expenses,mesti lebih kurang je dengan katerer rewang ni,except ambik katerer lebih kurang penat melayan tetamu dan perangai orang x semenggah.

Ada lagi ke?Entah.Tapi ni je lah buat masa ni.Kurangkan stress pasal majlis kahwin.Ada banyak benda lagi nak fikir selain dari problem ngan penanggah dan tetamu.

P/s: kena check sama ada pihak katerer akan layan tak kat meja beradap.Tapi aku rasa macam pakej aku tu kena pilih antara DJ atau makan beradap.urghhh..Tambah masalah untuk difikir.Take note!

panic attack!!

yup..sudah mula panik sedikit.
sebab belum ada persiapan apa-apa.Yang ada cuma perancangan sahaja. Dan yang paling teruk sekali,idea bersepah-sepah.Itu nak buat,ini nak buat.End up dengan fikir mampu ke aku buat semua ni?

Jawapan:

mestilah tak mampu.

Ada beberapa penting yang belum diuruskan
1) Tarikh-dah merancang,tapi masih belum ditetapkan secara official. InsyaAllah keluarga si dia datang Sabtu ni. :)

2) Prosedur perkahwinan- semua benda berkaitan surat kebenaran,blood test,and bla..bla..bla..TAK BUAT LAGI.Cuma sudah pergi kursus kahwin. Tapi sijil belum pergi ambik lagi. Aduh...Dushh..

3)Tempah baju - baju sudah ada errr..4 pasang. (Gila banyak sampai 4,dari bajet nak berjimat,sudah terlebih-lebih dari majlis @@) Belum buat design,tapi aku nak simple je.Maybe baju kurung moden atau kebaya labuh.Tengok yang mana sesuai. Baju si dia pun ,dia tengah fikir lagi nak hantar kat mana.

4) Deal dengan mak andam-yang ni dah pilih siap-siap.Amik mak andam turun temurun,if aku pakai mak andam ni,maknanya,kami 5 beradik pakai mak andam sama.Hahah..Tapi masalahnya belum decide lagi nak ambik pakej macam mana.(nanti cerita pasal ni)

5)Kad kahwin-patutnya kad kahwin kena letak kat nombor 3 kot..haish..Entahlah..Pening sudah.Ini pun masih belum buat,tapi dah mencari,tinggal nak sesuaikan dengan keadaan goodies dan kehendak bos. Sebab taknak membazir sebab aku x bekerja.(If aku kerja pun,belum tentu lagi nak berhabis kat kad dan benda tak perlu <- yang ni tipu..:p)Lagipun,kalau package kad kahwin tu tak guna secara optimum kan membazir.Heheh..

Ni antara yang penting rasanya. Nanti tambah lagi.Slow and steady.Redah and Redha.

Bila baca blog orang lain dah prepare macam-macam,dan keadaan sekarang dah lari dari perancangan,panik pun menyerang. Sempat kot?aku kan memang suka last minute? :p..Lalalala.Tapi harus ingat,bulan 6,7 dan 8 adalah bulan yang busy sebab ada kerja masa tu.Tido pun belum tentu masa.Jadi kena beringat.Yang tinggal lepas tu adelah sebulan setengah ngam-ngam.@@

Apa-apalah..Layankan

p/s: Kena sediakan buku nota dan pen selalu.Bila ada idea @ terberangan wedding impian,kena cepat-cepat tulis sebelum terlupa.
p/s:Fail dah sedia jugak.InsyaAllah nak catatkan every expenses kat situ sebab ingat nak bayar balik duit katerer kat mak dan abah kalau ada rezeki nanti.InsyaAllah