Friday, December 2, 2011

I'm pregnant

:D









Yeah heaven kan?


Tapi itu cuma




MIMPI.



Sungguh demm bila mimpi pregnant,but its not really pregnant,sebenarnya mimpi deliver baby,siap kena operate lagi.

Wednesday, November 2, 2011

behind the scene :Berinai dan Majlis Nikah

aku sebenarnya malas nak update blog,sebab kekurangan gambar.huuu..aku tengok gambar kat fesbuk aku (yang org lain snap n upload) pun aku jadi paranoid.haiyooo..

takper.sebelum aku lupa perkara2 yang aku nak ingat,jom citer pasal majlis berinai dan nikah aku.

aku buat berinai after aku buat pedicure n manicure,dan pada hari yang sama jugak aku buat signage ke rumah aku,banner(bunting),print gambar untuk guestbook booth. Inai pulak pakai inai beli yang dalam tiub. tanak citer banyak,buat point form senang kan?

1) inai aku x cantik,bercapuk,sebab guna 2 jenis inai,masa tu aku inai malam rabu,kalau x salah laa..
2)pada hari khamis,aku sibuk buat cupcake,tart,kek,apam dot2 sampai kena marah dan inai aku luntur.wahahha..
3)hari jumaat,keluarga kakak Ted sampai dari Penang,(nasib aku terjaga,sebab bunyi phone aku slow gila),setel kan pasal homestay n i'm done.kak ngah pulak lambat sampai sebab keratapi rosak :(
4) petang adib sampai bawak sepokok daun inai,dan kitorang inai balik jari aku.inai sejam je pun. n aku sempat curi2 buat puding roti marble untuk candy buffet yang mana kak lin lupa hidangkan.haiyaaa..
5)ngah g pasang signage dan amik cupcake untuk hantaran.
6)mira,kak sal,abang pergi buat sirih junjung kat kedai,amik banner dan amik bunga tangan aku.
7)waktu maghrib,time siap2 nak solat,aku mengamuk sebab aku bukan dapat bunga tangan,tapi aku dapat jambangan bunga.what da hell?takkan aku nak pegang jambangan bunga pulak?gila betul,x paham arahan betul cina kedai tu.
8) aku da bising2 sambil rentap bunga2 tu,mujur kat rumah ade riben lebih,kak sal tolong ikatkan bunga tu jadi mcm jambangan bunga yang aku nak.( padahal aku mintak simple je pun,bunga yang ikat dengan riben,tu pun xleh paham).
9) pergi solat,siapkan diri pakai lens, n semua.tengok2 bunga tangan da siap,lega.


time nikah,
1)tangan aku menggigil untuk sign surat.hehe.
2)aku xsuka bila Ted x dpt buat solat sunat nikah,padahal pak imam tu baru je bacekan hadis @ ayat quran tentang kebaikan pasal solat sunat nikah.aku mcm terpinga-pinga je time pak imam tu suruh Ted batal air sembahyang.
3)bila pak imam tu suruh cium,lagi laa aku terpinga-pinga sebab aku xnak buat benda tu,tapi since masa zaini cium dahi,pak imam selawat,aku yakinkan diri bahwa semua tetamu sedang mendoakan kebahagiaan kami.
4)aku x nangis time Ted berjaya jadi suami dengan sekali lafaz,tapi aku sebak bila peluk ibu dan kak long,sebab diorang nangis.
5)aku pun xperasan Ted keluar air mata,aku tahu bila member2 cerita kat aku je.

aku rasa ni je la ko behind the scene citer nikah aku.xde yang menarik.tapi ayat favourite lepas majlis nikah ialah STRONG.haha..nanti aku upload kalu ade masa..

till i write again
chowww

Raya haji

Takder cerita pasal nikah,sanding,bertandang tup- tup cerita pasal raya haji.heheh..boleh gitu?

Hahah..

Last year raya,i was Single and alone.i mean really alone. Without mum n dad sebab diorang pergi menunaikan ibadah haji. N i was celebrating raya haji with mushroom pie,alfredo spagheti n tiramisu.hahah..and no one beside me except my housemaid n her husband..:( this year,all of sudden aku dah menikah n dah ada husband disisi :)

This year i will celebrating eid adha with husband n my in law.we decided to go both places,rompin n batu pahat. Batu pahat akan balik semula pada waktu petang atau tengahari sebab ted kerja hari isnin. Kesian dia.mesti penat gler. So aku akan pergi kl on friday,sbb kitorang akan gerak ke rompin pada hari jumaat untuk menjimatkan masa dia.

Walaupun sekarang kitorang PJJ ( perkahwinan jarak jauh) tp nampaknya tak teruk sgt sebab so far ni hubby balik every weekend :)) tapi after this xdapat la kot..hehe..

Walau apapun,aku sangat bersyukur sebab dah ada suami yang baik. Lebih baik dari sebelum kami kahwin dulu. Aku sangat bahagia bila ade org jadi imam aku,mendoakan rumahtangga kami. Itu moment paling buat aku menitis air mata. Untuk suami,semoga anda menjadi suami saya sampai ke syurga.

Monday, October 10, 2011

demam owh demam edisi 2 :p

pergh..beredisi-edisi pulak kan?

ade satu hikmah demam
1st-menghapus dosa kecik( tapi demam saya tak teruk,jadi mungkin peringatan saja,wallahualam)
2nd-menguruskan berat badan.sebabnya?saya sakit tekak,hidung macam ade mucus,tapi xda.(sumbat)perut pulak bergolak-golak rasa nak meloya dan nak muntah.tapi xmuntah lagi.jadi,saya x berselera makan.double choc cookies yang favourite tu pun cuma makan sekeping jek :(( [mujurlah demam,kalu x,maw habis sebotol]

jadi,siapa kata tak elok demam ni?hehe.tapi tu lah,harap demamnya [padahal bukan demam pun] baik sebelum majlis kenduri saya nanti.

hari ni,dah sembelih lembu untuk dihantar kepada katerer,bila aku tengok lembu fresh tu,kembangnya tekak.rasa nak muntah gila.
hantar daging kat katerer kenduri nikah dan kenduri haji akak,kena amik mira plak.unlucky,mira red flag today.yang dasaatnya i knew it by smell it..macam x percayakan?

bila aku selsema,hidung aku lebih sensitif dari biasa,mungkin lidah aku xleh merasa,tapi bau-bau sangat la tajam kat hidung aku.

dlm kereta punya dialog
mira masuk dalam kereta
me:mira,perfume ko bau macam ibu
mira:owh ye ke?

....silent kejap

me:ko period eh?
mira:macam mana tau?
me: bau naik gila,hanyir.[padahal hidung aku je yang bau,tu pun sebab aku x sihat]

kesimpulan:makin nak dekat hari,makin aku merepek2..tapi apesal mak andam x datang hari ni?aritu janji 10hb..zesss

cerita kosong

situasi kat luar masa cari cincin

me:weyh,nanti kalau da pasang balai mesti aku lagi nervous weh
member:ye ke?relak ar.bila pasang?
me: besok kot,lusa ke.


balik rumah
balai dah pasang 5 biji.errkkkkkkkkkkk..

terus cuak gila.dah dekat kot.still x caya lagi.OMG....

btw: balai tu kanopi@ khemah la..sebab dulu masa aku kecik panggil balai sebab dulu punya kan pakai zink..

dup dup dup

Saturday, October 8, 2011

demam owh demam

6 hari lagi sebelum wedding day :) (senyum konon,padahal nervous kot.Ted jugak relak)

aku sakit tekak :(( malam tadi dah rasa,lepas minum innershine,makan extra vitamin c,tapi bangun pagi still sakit gak..x berupaya nak cegah lagi.sian aku kan?pastu datang pulak pening kepala,membuatkan aku macam nak pitam.pas makan panadol,anta abah g anta kad kawin,aku nyaris je terlelap.aku xtau kenapa aku selalu ngantuk pas makan panadol.haiyaaa..

preparation aku untuk wedding banyak la jugak yang da setel,n banyak jugak yang x setel lagi sebenarnya.leceh woo..otak aku asyik berfikir je camne aku nak buat cupcake untuk candy buffet.

sebenarnya,bajet lari jugak.tapi sebab ade jimat sana sikit,jimat sini sket..so semua okay.:)
ramai yang tolong sponsor.baju,gubahan hantaran,bunga telur and of course the caterer.mak ngan abah the biggest sponsor.bila mampu bayar balik ek?huhu

beberapa hari ni mengalami breakdown yang amat sangat,kerjanya nak cari pasal dengan ted,sikit2 nak merajuk.mujur lah ted tak rajin melayan aku sangat,so lama-lama ilang sendiri merajuk aku.haha.tapi hari ni best lagi,sebab aku demam,ted pulak unreachable,aku dah nak menangis tadi.tapi bila ted tepon,bole plak hepi balik.sengal kan?pastu kak ngah x dapat datang awal,sedeyhhhh sangat..my sister sakit mata pulak..aiyaaa..

things to do before wedding
-manicure n pedicure (fuhh..1st tu aku letak,harus la kan,kang tangan x cun,camno nak amik gambar,sian orang nak edit :p)
-potong rambut (da mengerbang cam hantu)
-candy buffet
-make cookies
-hias guestbook booth

ntah pape lagi..walopun aku cakap xnak update lagi,tapi disebabkan gementar,harus lah post jugak.hahaha

Wednesday, September 21, 2011

birthday si dia..

hadiahnye birthday si dia:




































































dah,xyah scroll lagi.tak akan ada gambar punya sebab belum beli.haha.
hadiah dia merupakan ** yang dia pilih sendiri.so kita tunggu je la Ted beli ** jenis apa nanti.haha

well,last week memang tak sempat nak prepare pape for his birthday,nak buat kek tak sempat,nak beli pulak,dia cakap xmahu sebab dia kata dia x suka makan kek (= =").papelah sayang oi..last week mak masuk hospital,masa saya dah lari banyak,tapi saya redha dengan ketentuan.saya cuma harap mak cepat-cepat sembuh.

sekarang ni saya tengah tunggu surat kebenaran nikah Ted.if dia setel jek,aku boleh proceed borang permohonan nikah kat Johor pulak.aku baru tau yang Johor agak fussy sket dalam hal-hal macam ni.jadi skang agak panik sebab takut tak sempat.

Skang kepala tengah berserabut tunggu quotation kek kahwin ngan hantaran.
Back-up plan untuk hantaran =replace dengan fruit or chocolate or my mum kek kukus.setel.
Back-up plan untuk kek kahwin=errr..tade la..takut x sempat buat..tempah kedai lain la kot?

rasa macam dah bosan citer pasal kahwin ni,sebab x tau nak citer apa.arghhh..malas ar nak citer lagi.bosan dan bosan.

saya cuma harapkan semua benda berjalan dengan lancar,if ade yang x betul tu,normal.yang penting sah jadi suami isteri.hehe.(dulu bertunang pun dapat dugaan banjir.haha)

Tuesday, September 13, 2011

mak dan abah

31 hari lagi menjelang majlis pernikahan.

Hari dimana, mak dan abah terlepas dari tanggungjawab untuk menjaga aku dan amanat tu diserahkan kepada bakal suami (insyaAllah)

orang lain mungkin risau dengan persiapan perkahwinan tapi aku cuma risaukan pasal mak dan abah. Yup,mak dan abah yang sudah berusia 62 tahun dan 74 tahun. Sekarang aku duduk kat rumah,jadi driver mak dan abah.Mak dan abah nak pergi mana-mana aku boleh hantar.Pergi bank,uruskan kebun even ke rumah abang-abang aku kalau mereka rindukan cucu.Dan aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai seorang anak.

Mungkin aku x akan rasa risau sangat if mereka sihat. Tapi apa yang boleh diharapkan dengan kesihatan mereka jika umur pun semakin meningkat.Dan,apa yang merisaukan lagi bila mak sakit diabetes dan mengalami allergic yang teruk pada kulit.

Beberapa hari yang lepas,masa aku stay dekat KL untuk mencari barang hantaran,aku dan Ted terkeluar topik pasal mak dan abah,dan hasilnya aku risau pasal nak kahwin.Sampai aku cakap kat abang aku

"Saya risau la nak kahwin ni,risau nanti x ada sapa nak tengokkan mak dan abah"

Abang aku jawab:
"Kau nak risau apa?aku ada,mail ada,sahak ada.Semua boleh balik tengokkan mak abah" .
"Kau fikir je pasal kau nak kahwin ni"

Hmm.X mudah pun nak buat macam tu.lagi-lagi jenis orang macam aku,selalu fikir benda bukan-bukan. Bila aku tengok kulit mak yang dah merah,aku dapat rasa betapa pedihnya,ditambah lagi dengan penyakit kencing manis yang menyebabkan kulit dia lambat baik.

Aku memang garang,anak-anak buah aku tau sangat mood swing aku,Ted pun dah paham sangat mood aku yang boleh berubah-ubah.Even dengan mak pun aku jadi garang sebab nak avoid dia dari makan benda-benda manis dan garu kulit dia yang dah semakin teruk. Tapi,mak tetap mak.Degil.Tak nak dengar cakap aku, dan xnak dengar cakap uda .Uda mesti lagi stress,sebab dia doktor,tapi mak lebih percaya pada perubatan tradisional.Sabar je lah rasanya.

Mungkin aku x boleh membantu banyak pada mak dan abah.Tapi aku rasa penting aku sentiasa ada kat rumah kalau diorang perlukan aku.Walaupun,duduk serumah menyebabkan aku bertengkar dan dibebelkan oleh mak dan abah.Well,aku xkisah dan aku x simpan dalam hati pun.Sebab aku dah makin paham yang diorang dah semakin tua.

Dan aku jugak paham,once aku bersuami,aku kena taat kepada suami aku.Dimana masa tu,parents aku akan jatuh tempat ketiga selepas suami dan PIL aku.Dan,aku berharap,keadaan aku sekarang x menyusahkan Ted pada masa akan datang.Dan Ted akan terus memahami aku macam sekarang.Aku betul-betul harap yang aku boleh berlaku adil kepada semua.

Dear mak dan abah,semoga sihat selalu dan dilindungi oleh Allah.Saya sayang mak dan abah.

p/s: Aku pernah rasa,betapa Allah x adil sebab jadikan aku anak terakhir,menjadikan waktu untuk aku dengan mak dan abah lebih sikit berbanding adik beradik yang lain.Aku selalu tertanya-tanya,kenapa aku xlahir dulu,supaya aku boleh hidup dengan mak dan abah lebih lama berbanding yang lain.Tapi,itu cuma cerita zaman bebudak,zaman otak aku masih limited pemikiran.Yang penting kualiti kan?

Thursday, September 8, 2011

Beauty is pain..in the ass

To be growth up without any experience to be a girl sure is irritating.Haha

Perempuan dengan kecantikan x dapat nak dipisahkan.Betul tak?Semua perempuan nak cantik,dan cantik itu adalah perempuan.Mungkin kecantikan fizikal,hati,budi bahasa.Ye,mungkin segalanya.

Tau tak,susah untuk menjaga muka ni sebenarnya.(ke aku sorang xtau?haha)Perempuan macam aku,yang xada sex appeal (bak kat anak buah aku),amatlah tak kisah pasal benda2 leceh ni semua.Sebab aku fikir macam ni,i dont use any make-up,so what i should cleanse it?Kan dah cuci muka pakai facial foam tu.Cukupla kan?ok.Rupanya silap ye.Muka anda hendaklah dibersihkan seperti biasa disamping di bersihkan dengan segala make up remover (walopun anda cuma pakai moisturizer atau BB cream) sebelum di cuci dengan facial foam.

hari tu aku pergi ke SkinFood untuk, and tetibe terjebak untuk membeli barang2 kosmetik (sedapkan hati sendiri by saying it was a gift for myself after a lot of hardwork :D),masa tu la aku baru dapat info untuk segala jenis yang diperlukan untuk kulit.

1.Makeup remover -sangat penting untuk orang yang bermekap
2.Pencuci muka
3.Toner
4.Ampoule
5.Serum
6.Emulsion
7.Cream

See?berapa banyak yang diperlukan untuk menjadi cantik.hailaaa..thats why jadi cantik adelah leceh dan juga sakit.

why sakit?
berapa banyak perempuan sanggup pakai heels semata-mata nak nampak gorgeous?tipu sapa kata tak sakit,maybe skang xsakit,kita tengok 10 -20 tahun lagi ape yang akan jadi kat otot kaki anda.

and berapa banyak yang sanggup berlapar sebab nak kurus(nak cantik )

and aku adelah termasuk untuk menjadi orang yang nak cantik,terutama on my big day,i dream of wedding with clear face,without any freckles,pimples and so on supaya aku boleh makeup cam korea.hahaha.

in 36 days,i hope skin food will help my skin to gets better than before,and hopefully my future husband will notice it.Hahahaa..

penuh dengan free gift ;best
nota: tadi saya pergi try baju kahwin saya,tailor da siapkan 2 pasang,impressive kerja dia.Next week dah siap semua.Nice work.
nota 2: esok pergi kl untuk cari hantaran kahwin untuk si dia n nak cari marshmallow halal untuk buffet candy.(nak buat sendiri,tapi kena marah dengan my niece :((,dia cakap,mana sempat.Hmmm)

panic attack..again..:(

hai

done with one thing
-HIV test.

prosedur HIV test kat Johor
1.amik segala mak nenek borang kat pejabat agama
2.isi form
3.pergi klinik kerajaan (Batu Pahat yang aku pergi)
4.amik nombor lepas isi borang hospital
5.tunggu nombor dipanggil
6.nurse amik nama,pastu kena tukar nombor
7.tunggu giliran amik darah
8.siap.(5 minit je siap)

kesimpulan:menunggu je yang lama.

contoh borang permohonan kahwin negeri Johor
 satu lagi: klinik kat Batu Pahat (based on nurse tu cakap) je yang xperlu tunggu lama and buat appointment untuk HIV test. Ted punya appointment amik darah adelah on 19Sept.Lambat lagi tu.Hurm

pakai baju kurung sebab pagi tu pergi pejabat agama. ;D
no borang adelah 61916 (niceeeeee,hampir dgn no family kami)
ok.HIV test done,now just wait for Ted punya bahagian.So sekarang adelah super busy.
Mak siap sound, "settlekan ko punya cepat-cepat,dah xda masa nak main-main lagi dah"
baeeekkkkkk..(nada shinchan)

setelah dua hari berjalan ke sana kemari dengan Mira,cari goodies,survey cadar,jumpa mak andam and ntah pape lagi aku buat,aku end up dengan conclusion:

MACAM X BOLEH JE NAK BUAT KEK KAHWIN SENDIRI :((
mungkin aku x mampu jugak nak buat kek hantaran sendiri.Arghhhh..sedih gila.Benci la.

Esok nak g JB,sebab baju kawen da siap sepasang.Hehe :D,xsampai 2 minggu tunggu. Xsabar nak tengok yang lain siap.

ok,nak tido,kena jaga tido,nanti sembap,xlawa.Muahaahahaha

Naniteee

Sunday, September 4, 2011

C I N T A

tajuk kemain lagi,padehal xde apa pun.Muaahaha

Semalam Ted and family datang rumah,tapi xde pulak aku ligat nak bergambar (aku rasa fungsi hp aku ade lah untuk snap makanan yang aku buat,snap muka aku,and alarm clock aku.Jadi,memang layak aku cuma pakai C3 and VIVAZ je.haha)

Jadi semalam aku amik kesempatan suruh dia acu baju raya (yang x sempat pakai time raya) yang baru siap,n bagi sampin yang aku beli masa kat Kelantan.Alhamdulillah,baju dia nampak ok. So baju dia kira setel satu hal,tinggal hal aku je.(aku baru tempah baju kawin aku err..last 2 week rasanya.Harap sempat siap)

Disebabkan semalam kami teman adik dia g beli hp baru kat BPMall,ingat nak beli la sekali barang hantaran dia kan.End up tak beli pape.So,next week turun KL kena make sure semua da beli sebelum hantar gubah.Err..xda la pengalaman aku nak gubah hantaran sendiri..Kikiki..

things to do tomorrow
-set appointment untuk HIV test
-jumpa katerer untuk set warna
-jalan2 cari langsir

tinggal lagi 40 hari.40 hari yang bakal ubah life aku.

Dear Allah,permudahkan jalan ku untuk lebih mendekatiMu,moga jalan yang aku pilih ini,menggagahkan aku dalam menghadapi rintangan yang mendatang.
Dear Allah.hanya kepadaMu aku bermohon dan berserah segalanya

p/s:aku dah start minum InnerShine balik..hahah.dalam proses memutihkan kembali tangan dan kaki yang gelap :p

Thursday, September 1, 2011

lagi 43 hari..

tapi semua pun x siap lagi.

benda penting
- HIV test( xbuat jugak.Ted cakap,dia punya appointment 19hb sept..da suntuk sangat tuuu)
-surat permohonan kahwin (me n ted langsung x buat pape)

ni la penting kan?kalu ni xde macam ne nak gi booked kadi n bla3x?duhhhh....cuaknya saya..

benda separa penting
- hantaran ted (baru beli perfume,lalalala..nanti this week g kl cari barang la..tapi i dunt have car skang..so mesti banyak masalah nanti..adooiii)
-goodies

errr..ntah la..dah xtau ape dah..yang saya tau..saya panik..sebab tinggal 43 hari..

owh..kad kawin da mula diedar untuk beberapa member rapat dan saudara..tapi belum bagi semua la.

off topic :
ni ada picture cookies yang boleh dijadikan doorgift untuk VIP.(saya guna idea ni masa bertunang haritu,sebab cookies lebih tahan dari cupcakes.hehe)
Nig Nog (contains kuaci,nestum,badam n white choc chip)
home-made cookies.(kerja aku time bulan pose pulak,jual kueh raya.now kena berehat lepas sebulan kerja..feeennnaatt woooo)

p/s:open for order.contact me!

Thursday, July 28, 2011

July oh July

Apa yang aku dah berjaya buat bulan ni
-amik gambar pre-wedding ditaja oleh Fuad *thank u bro!
-err..berjaya beli sampin n survey tudung *raya nanti aku g beli tehehee
-Ted berjaya amik sijil kawen *err..kira kejayaan bersama la tu..
-tempah baju kawen Ted *err..kejayaan bersama jugak :p
-cari bunga telur (sponsored by kak ngah,thanx kak ngah,love u) *tau x harga bunga telur mencecah RM2,harga yang x masuk akal bagi aku,better bagi something else,tak worth aku rasa untuk bagi telur bernilai 30sen letak kat tempat mahal,dusshhh..kulit biarla murah dari dalaman,paper bag biarla murah dari isinye..*just pendapat aku

yang tak berjaya lagi
-HIV test n surat kebenaran kawen
-tempah baju kawen aku
-beli paper bag,patut beli masa kat kl aritu,but takde finalize nak jemput berapa org guest,so KIV dulu lah
-aaaa..pe lagi eh?

to do list in september *since bulan 8 i will be away from this blog and my masak-masak blog
-beli hantaran n celebrate besday Ted :)
-beli souvenier malam nikah
-paper bag nikah dan reception
-cari easel n black board.Anyone nak sewakan easel?Hehe
-owh,buat canvas untuk meja guestbook.dan beli segala mak nenek frame
-send kad kahwin?(aku ada benda panas pasal kad kawen ni,tp lantak arh.Malas nak fikir dah.Too late..huh)
-bayar duit photographer/katering/kompang/silat n etc
 dan buat segala benda yang tak berjaya buat masa bulan ni.

Owh,i just think dat i want to make my own candy buffet.Cake,cookies,macaron,whoopers,cupcake in one table.walla,dat must be nice.Tapi kena bincang dengan katerer dulu.Maybe if i can't make my own wedding cake,i MUST do my own candy buffet.Abang aku cakap,tempah je kek kawen,takpayah nak buat sendiri.(kalu camtu,buat pulut kuning sendiri bleh?)

Ciao kekawan
Nanite

P/s: i'll be away for a month,kalu jumpa aku kat plaza kotaraya,nampak budak yang selenge2 jual kueh raya tu,aku la tu.Haha.

Monday, July 25, 2011

Panggilan Lepas Kahwin

HEhe.Gedik pulak nak citer pasal lepas kahwin memandangkan tarikh kahwin aku da semakin dekat,dan perasaan gemuruh aku bertambah lepas tengok majalah 3.Last week kan ada slot pasal Nurul Ain Nurul Syuhada (ke terbalik?) kawin.Fuhh.Sumpah kecut perut tengok dia menikah.Tak tipu.

Berbalik pada persoalan,entri ni takde niat nak troll sape-sape yek?Aku Cuma cakap perasaan sendiri jek
Orang Melayu ataupun Malaysia rata-rata akan panggil abang untuk suami lepas kawin.Contoh terdekat,kakak aku panggil hubby dia abang,dan 2 daripada 3 abang aku dipanggil abang oleh wifey masing-masing.Jadi mostly orang akan panggil abang,biarpun sama umur.(Aku baru terfikir 2 daripada 3 tadi sama umur,yet they called her husband ABANG,wuuu)
Aku penah la jugak terfikir ape aku nak panggil tunang aku pas kawin nanti,since mak aku cakap aku cakap kasar gila dengan tunang (ish mak ni,cover2 la.xkan depan mak nak manja-manja.kang kena cop ngada2 pulak)
Aku pernah rasa nak panggil tunang aku abang,but yet,both of us x suka.Aku saje test nak kacau dia bila panggil camtu,end up dengan,”ni kalau diorang [read:member] dengar,mampus kena bahan” hahaha..Jadi,aku rasa panggilan ni tak effect pape rasanya.Selagi hormat dan taat pada suami,ok je.Tapi xdalah hormat mana kalu dengan laki pun beraku –engkau.Maybe okay pada kita,tapi orang luar yang dengar mesti akan komen punyalah.But,hey,it’s our choice.Pedulikan orang nak kata apa,yang penting kita [read:suami & isteri] rasa selesa.Kan?

Kesimpulannya:Nanti dah kahwin baru aku fikir nak tukar panggilan :p..Haha.Skang buntu lagi lah,banyak benda yang terkejar-kejar ni.Dasar suka last minute.Huh!

Tuesday, July 12, 2011

di sebalik tabir Pre Wed shoot

Hari Ahad lepas aku buat pre wed shoot..huhu.ade la benda2 yang sengal terjadi..huhu..:p

1. Kereta aku xnak hidup pas aku isi minyak dekat hentian rehat Mines Utara masa aku on da way nak g Putrajaya (T___T),aku pun tepon Ted,tepon Fuad n abang aku.Masa tunggu diorang,hujan pun start turun.(T__________________________T).Lepas Ted n Fuad datang n cuba untuk tolak kereta,abang aku pun sampai dengan bawak jumper.

2.Kitorang terpaksa ubah plan dari Putrajaya ke Shah Alam sebab Putrajaya sibuk sebab ade pesta flora dan bunga api,so kitorang pergi Shah Alam pas lunch

3.Singgah kat Tesco Shah Alam untuk beli props,sebab tetibe riben x cukup dan aku nak cari kasut untuk pre-wed (kasut tu aku pakai untuk wedding sekali nanti..hehe.Jimat!)Sampai kat Tesco,orang tengok aku pelik sebab aku pakai baju retro dan berspek besar.Usha semacam jek(actually Ted pun gelakkan aku jugak.X support langsung)

3.Masa memula amik gambar kat Bukit Cerakah,Fuad asyik cakap muka aku cam makcik2,aku cover dengan cakap "panas dow" (actually aku segan masa memula nak pose.Keras semacam jek)

4.Masa amik gambar kat tebing tasik,aku dengan Ted kena hold each other,Ted kena tarik aku,n aku kena lentok kan badan (ntah macam mana ntah pose tu,aku pun xtau).Sekali Ted tergelincir dan end -up aku jatuh kat atas Ted,dah macam citer hindustan pun ada.Fuad cuma gelak je sambil snap.Adess..Kuku kaki aku luka terkena kasut Ted.

5.Aku buat keputusan tepat untuk pakai selipar Ted instead of wearing heel.(aku pakai untuk shoot je)Kalau x,mesti kaki aku lagi sakit,bayangkan nak menapak 4km pakai heel kat kawasan bukit.(T__________T) menangis *

6.Sebab dah xtahan berpeluh,aku pinjam baju Ted (dia bawak extra sebab x tau nak pakai mana satu).Seluar dengan baju,dua2 padan untuk aku.Haha..Rasa sweet plak.

7.Malam kitorang amik gambar kat dataran Shah Alam untuk siapkan lagi sikit kitorang punya shoot.Xde benda pelik2,melainkan awkward semata-mata sebab kena buat video.Segan gile.

Teaser skettt...

owh..million thanx to Fuad sebab amik gambar kami.n to Acap sebab jadi assistant kitorang,banyak gambar2 behind the scene yang aku suka.
sesiapa yang nak no phone Fuad,boleh email aku kat marinakamaruzaman@yahoo.com
kerja dengan Fuad best sebab dia cool.Sangat lain bila dia buat kerja.Thanx again Fuad.Can't wait to see the works.Hehe

p/s:buat photoshoot memang exhausted,memang pengsan terus aku balik tu

Tuesday, July 5, 2011

nak update laju-laju

baru perasan post dari blog ni hampir sama banyak dengan blog masak2..haish..xleh jadi ni..kena up resepi pasni..hehe

okay
update

-kad kawin da siap.minggu ni boleh amik.fuuhhh
-perfume aku ngan ted pun da sampai..tinggal nak bagi kat dia je.
-baju kawin Ted pun da tempah-legaaaaaa
-minggu ni g buat photoshoot..

satu lagi benda out of topic,bisnes cookies n macarons dah ada orang start order..rezeki2.Thanx Allah..

bye..nak update tu je..

Friday, July 1, 2011

5 bulan sudah

takde la..belum sampai lagi 5 bulan..hehe..3hb Julai ni baru genap 5 bulan kami engaged.

nak tunjuk balik gambar2 time tunang..actually separuh lagi gambar still kat fuad.hanya sikit je aku upload ke FB..n funny thing,aku rasa that day hanya Fuad je yang amik gambar.so maknanya aku memang xda gambar dari rakan2..(dah ade photographer katekan..wink3x)

gambar Fuad ni semua adelah bersih dari edit.

meh layan gambar..maybe ade part 2..hahaha

cik hashim yang bertindak sebagai wakil

 Funny thing:lepas berbincang,diorang terus g makan n bukan g sarung cincin.Aku kat dalam bilik da menggelabah dah..hahaha
ibu sarung cincin
cincin tunang
Majlis risik + tunang.

 Nampak tak gelang berbatu merah tu?B4 that aku mintak kakak ipar aku tolong bukakkan gelang tu..tapi diorang g bukak jam tangan aku plak..diorang ckp xsesuai pakai jam levi's getah tu..Sob3x..Rock ape..:D
cincin encik tunang :)

dengan kak long n irdina yang tembam*aku rasa mcm gergasi plak..hehe

bersama family

gambar yang aku xsuka..gemokkkkk..benci tengok dagu tu...
majlis pertunangan n majlis risik disekalikan.Xramai pun yang dijemput sebab buat majlis kecik2 je..Harap-harap xde yang kecik hati.Alhamdulillah majlis pun da setel..(lepas 5 bulan baru cakap..hahaha)

Dan aku harap ikatan ni merupakan ikatan yang boleh menyambung dan mengeratkan lagi antara family aku n family Ted..

p/s:masa majlis tunang aku tu,akak sulung aku,suami n anak lelaki dia xada..yang ada cuma anak pompuan dia je.Dan maybe masa wedding aku nanti,cuma ada anak2 dia saja sebab dia n husband g haji..sedih ok?

Thursday, June 30, 2011

to do list bulan 7

wuhuuuu..

esok sudah bermula bulan 7..erk..rasa tercekik kat kerongkong..

benda yang harus setel untuk bulan 7:
-make sure Ted amik sijil kursus kahwin,dah berbulan kat pusat perkahwinan tu gaknya
-amik kad kawin
-photoshoot pre-wed (harap2 la x selisih dengan program BERSIH,haru kalu aku kena siram air dengan FRU gak)
-beli paper bag (sebab kena cari kat KL,kena uruskan sekarang)
-tempah sticker.Anyone tahu sape buat?
-setelkan prosedur perkahwinan (aku still xjelas lagi,kena belek buku lagi)
-buat HIV test
-tempah baju kahwin aku ngan Ted.

ni je yang aku dapat fikir.bulan 8 aku tolong akak jual cookies.Bulan 9 baru start preparation balik,n bulan 9 jugak aku start beli hantaran Ted,baru lepas satu jek hantaran dia.

owh..funny thing masa borak tadi
Ted:kalu beli jam yang mahal instead of barang kemas,boleh x?
me:aaa...nanti nak batalkan air semayang guna jam?
Ted:takpe la,lain dari yang lain,kita kan rocks..
 bahahahahaa..end up dengan gelak besar..

Semoga perjalanan aku dipermudahkan olehNya..

Tuesday, June 28, 2011

Mak andam~berdenyut kepala aku pas jumpa ko..

Salam

Hari ni g jumpa mak andam untuk book dan cerita serba sedikit konsep majlis.

Cadangan aku adelah tidak bersanding.N tetibe abah pun pelik kenapa aku xnak sanding.Aku just malas je kot.Ikut perancangan otak aku ni,aku ingat nak kitorang (pengantin) pakai comey sket dari biasa n nak sambut semua tetamu yang hadir..

Tapi disebabkan konsep RAJA SEHARI tu,maka perancangan aku dibatalkan.Fine.

Masa aku tunang pun,aku da kena psiko
Apesal xnak sanding?Rugi tau..Seumur hidup sekali je..

Okay..Masa tu aku abaikan je lagi..tapi hari ni aku kena psiko lagi
Kenapa xnak sanding?Tukar2 baju?abang-abang b4 this buat hebat2.tetibe adik perempuan buat simple jek..kang orang kampung cakap ape plak..

Dushhhh..Kena sebijik.Demmit..

Aku lebih kepada bajet,biar simple asal meriah.Kalau bergila-gilaan buat majlis pastu aku sengsara nak buat apa..Lagi la aku ni jobless,orang pandang sinis je bila aku cakap aku nak kawin..Stress tau.

Tadi perbincangan pertama,
aku layankan dulu la,sebab aku nak tengok harga,lagi pun aku nak bincang jugak dengan Ted,sebab aku rasa time nikah dan wedding aku teramat lah pack sebab aku nikah malam.

Pelamin,mini pelamin,mekap,meja makan beradab,bilik tido,aksesori,baju 3 pasang.RM3k+++..Aku xtau harga tu murah ke mahal..tapi aku cadang nak cut off baju 3 pasang tu.Tak payah kot.Sebab xda masa nak salin baju.Tu bila2 pun boleh buat kalu ade rezeki lebih..lalalala..hahah..

Tapi kan..tadi berkenan dengan satu baju ni..
rasa macam nak buat lak baju labuh2 camni..
tapi ingat,yang dalam kena tukar :p
Rasa nak buat la macam tu..hahah..berangan ja lebih..

Sekarang aku sumpah pening nak fikir untuk pelamin..Aaaaargggghhhh..karang memandai kena marah,x memandai kang,preparation x jadi hape..adesss..

Dah la..nanti sambung merepek lagi

Nota:Balik tu kepala aku berdenyut2 gila.Sekarang pun berdenyut lagi..Tapi big boss cakap,jangan layankan sangat kalu mahal..hoh..cantekkkkk

Monday, June 27, 2011

Adat Tol :)

Salam

nak cerita pasal adat tol,dah lama terfikir pasal tol ni sebab aku orang Johor dan perempuan lak tu.Kompom2 la akan ada adat tol2 ni..Oleh sebab masa akak aku kawin dulu aku memang masih berhingus,jadi aku x sebuk sangat la pasal tol2 ni.Sebab aku ingat nak main je masa tu,dapat duit ke apa ke tu belakang kira,janji fun jek...
so sekarang aku google je la pasal adat tol ni.

Mengikut apa yang aku paham,tol ni sebenarnya untuk suka2 dan mengusik pengantin lelaki,kekonon ice-breaking la (ice-breaking la sangat ~~)

Setahu aku,tol ni pasang kat beberapa tempat
1st
sebelum masuk kawasan rumah.Aku rasa mungkin akan ada tol kat pagar rumah aku.Tol ni dijaga bebudak.Tapi aku xtau la bebudak skang ade lagi ke yang tunggu tol ni..
2nd
Kat pintu masuk.nak masuk pintu umah pon kena tol jugak weh..ni maybe sedara mara je kot..
3rd
Depan pelamin kan ada tangga kan?biasanye anak2 dara dan mak2 dara akan bertunggu-tangga kat sini tunggu tol..
4th
Tol untuk mak andam
ni kritikal sket la,sebab mak andam tutup muka pengantin,n duduk kat kerusi pengantin lelaki,mak andam ni pun kena bayar jugak weh..n kat sini la pengapit kena pandai negotiate ngan mak andam,kekadang ade yang buat2 nak balik sebab duit takde la,ape la..memacam lagi la untuk memeriahkan suasana aritu..

Dan adat tol ni lebih kepada suka2,takyah bagi duit banyak2 kot bagi aku..Aku pesan kat Ted simpan duit syiling,syiling 50sen tu pun nice gak..sebab aku rasa untuk tol pertama dan kedua tu boleh je bagi sikit2 doposen ke,limaposen ke..ok je..(nak bagi singgit pun x salah kot)

n kat tol ke 3 tu bleh la kot nak hulur RM1 ,RM2,RM5 atau RM10..;p..cuma mak andam bagi lebih sikit..mungkin dalam 50 ke (ni aku xpasti..n aku pelik kenapa mak andam tu nak dapat duit tol lagi sedangkan nanti kita da bayar duit andam?pelik aku)

Tapi yang pasti adat tol ni memang agak feymes..siap ade masuk paper pasal ade pengantin yang tertekan pasal adat tol ni..Kesian.

Tapi aku rasa bab tol ni kritikal bila berhadapan dengan orang tua,memang pengapit kena pandai nego,kena pandai pujuk2 sket nenek2 tu..baru la diorang bagi jalan..:p

Bagi aku,adat tol ni untuk suka2 boleh la,jangan sampai nak menyusahkan keluarga belah lelaki sudah la..n untuk majlis aku pulak,dah tentu tol ni akan memeriahkan lagi majlis,sebab anak2 buah aku x penah pun tengok adat macam ni,mesti seronok aku rasa ,ye la sebab atas aku sume abang,xde pulak tu yang dapat orang johor,so mesti tak penah tengok lagi adat resam macam ni..hehe..

Cuba tengok sini untuk majlis tol yang aku rasa meriah jek. Harapnya majlis aku pun lancar dengan gelak ketawa jugak la..Amin..hehe

p/s:aku masih keliru sama ada nak bersanding atau tak..sebab kad jemputan pun aku xda print time bersanding.aku x sure lagi..besok jumpa mak andam tanya pakej dulu..

Saturday, June 25, 2011

Sarang burung untuk goodies

Hellossss...

Hari ni nak tunjuk satu idea untuk goodies..Mak baru dapat masa g kenduri kahwin tadi..


Tadaaaa....
sarang burung dan telur
haha..nampak common kan?

tapi actually
see sarang burung tu..
Sebenarnya tu adelah edible sarang burung yang dibuat dari kuih cakar ayam.Kreatif kan?Kinda sweet kat mata aku.Hehe

*Dan-dan mak cakap kat aku
Buat Na

Hoh..mana reti aku nak buat kuih tradisional neh..tempah je la..hehe

p/s:sebenarnya kuih cakar ayam tu mak da makan separuh..terpaksa terbalikkan..haha

Friday, June 24, 2011

sharing is caring: baju kawin anda jarang

Nota: ini pendapat aku yang dalam proses membaiki diri,bukan niat aku nak kutuk sapa2,tapi just peringatan kat diri aku sendiri supaya x buat mistake yang sama.

Salam,

Baju jarang

Aku rasa ramai yang khilaf pasal kain ni.Sebab most kain pengantin adelah jarang dan memerlukan lining secukupnya.Bila aku cakap lining,bukan lah bermakna hanya lining kat bahagian badan (cover buah dada dan perut) tapi tangan dibiar je dengan kain jarang.Sungguh x molek,lagi-lagi untuk pengantin bertudung,sebab aku pernah tengok,tudung molek,labuh,tapi part tangan tetibe jek..eh..lutcahaya?(lutsinar bila dia nampak terus,ni nampak sket2,so panggil dia lutcahaya)

Aku rasa,pengantin kena amik berat pasal ni.If baju xde lining,cari la inner,skang inner ade pelbagai kaler kan.U can choose every color u want.

Hmmm..Aku pun xde la bagus sangat dalam bab tutup aurat ni.Still pakai jeans skinny yang ketat,tapi,kita manusia kan,cuba la sedaya mampu.

wallahuallam

p/s:jangan la tailor aku buat baju aku jarang kat lengan la ape la..Mau aku menjerit nanti..

Thursday, June 23, 2011

sesi angan-angan untuk wedding

Haii..

konsep majlis aku lebih kepada simple,moden n tradisional sikit.(mcm mengada-ngada x nak berkonsep-konsep bagai nih?layankan je la)..

Jadi aku nak cuba la dari segala element caca-marba kepada satu konsep yang "owhh..nice jugak eh buat macam ni?"

okey..

am i?
sumber google
aku bercadang nak beli papan hijau untuk diletak kat depan rumah nanti..or ape2 board yang boleh ditulis dengan chalk..

aku ingat nak mintak la anak buah aku tolong tuliskan khat "selamat pengantin baru" kat board tu nanti..or maybe aku pun boleh tulis sendiri kot..rasanya ade bakat lagi nak tulis khat..walopun x sekolah tinggi..hehe..idea ni aku dapat masa tengok cerita P.Ramlee,kat entrance rumah ade board tulis "selamat pengantin baru" .I think it kinda sweet..:)

owh ye..aku x berminat sangat dengan bunting @ banner..xtau la kenapa..tapi aku akan cuba sedaya upaya buat penunjuk arah yang paling clear untuk elak kawan2 dari sesat..

Monday, June 20, 2011

kucar-kacir *sila jangan baca kalau x mahu buang masa anda

3 minggu lagi kad kahwin siap..
mungkin 3 minggu lagi boleh gi photoshoot pre-wedding.sekali kan la kalu bole..
siapkan sekali e-kad

Hujung bulan 7 kena kerja.(bagus!)

Benda2 yang belum tempah/beli
-baju
-mak andam (mini pelamin,mekap,veil,accesories n etc)
-doorgift (paper bag n etc)
-kasut,tudung (nikah kena pakai kasut gak ke?)
-hantaran (raya baru beli)
-bilik tidur (katil,cadar)


banyak benda aku x buat lagi..aku cuak jugak sebenarnya.Happy,happy jugak..pening tetap ada..Bulan ni,2 kali da aku jatuh sakit..(Alhamdulillah)..

Aku nak g isi borang cari kerja la..Chow

Thursday, June 16, 2011

Glass untuk Goodies

Tengah nak mencari gelas seperti kat bawah dengan harga terbaik

lebih kurang macam ni ar rupanya..Xtinggi sangat.
Gemuk pendek je rupanya.
Aku ada jumpa kat BP gelas macam ni.Kat kedai jual barang-barang plastik.Tapi mahal la aku rasa.Dalam lingkungan 3.50 ke atas.

Aku nak gelas macam ni harga bawah 2 hengget..Ade x eh?Kang aku guna jar je kang.Sebab hari tu masa BW aku tengok harga dia cam murah jek
jar siap ngan lid

sume gambar sumber dari Google
Belum letak isi lagi nih.Ni idea untuk goodies malam nikah.Tapi belum estimate lagi sedara mara yang datang.Bingung.

Yang sepatutnya dah dibuat

Aku check apa yang patut aku dah buat dengan counting month ni.Ada few things yang lari dari perancangan.Aku ikut guide dari majalah Jelita n Pesona Pengantin.

Senarai yang belum dibuat dengan masa berbaki kurang 4 bulan dan alasan.;)

~Pilih pusat andaman-Aku tak pergi lagi pusat andaman yang bakal aku amik tu..Cuma baru sembang2 je.Xdapat lagi final harga.Sigh~
~Daftar di pejabat kadi -ni bukan lama lagi ke?bulan depan baru bleh buat ni.
~Kain untuk kawin dah ada.Tapi xtempah lagi.Risau kot2 gemok.Haha
~Kad kahwin-dah tempah,kira setel la ni
~Tempah cincin kahwin-aiyark..x beli lagi.Pas raya la
~Bulan madu-xtempah dan x cari lagi.xpe.Ni xberapa penting
~Guest list-x lengkap lagi.Cuak ar nak bagitau majlis dah dekat.Nanti tekanan tinggi woohh
~Tempah cenderahati- xbuat jugak.Sebab belum finalize nak bagi apa.Banyak sangat idea dari aku +kakak aku+ big boss
~Program kesihatan dan diet seimbang-pfffff..kena start besok.Janji!
~Tempah kek kahwin-err..nak buat sendiri :)
~tempah hand bouquet-xpenting.Abaikan dulu
~Shoot pre-wed-bulan depan baru buat.
~merawat diri dan kecantikan-aaa..besok start.Janji!
nak kejar figure mcm ni bleh?*berangan.hahaha


p/s:serabut jugak kekadang fikir nak kahwin ni.Nasib la ada orang nak tadah telinga dengar.Hehe

Wednesday, June 15, 2011

Pre Wed Shot

Pre Wedding :)

X buat pun lagi.Alhamdulillah ramai member pemilik DSLR yang nak amik gambar kami.Nak sponsor pre wed shoot kami.Thanx Fuad.(yang lain-lain masih dalam perancangan) .InsyaAllah akan amik hujung bulan ni rasanya.Ke bulan depan?Aku pun dah xingat nih.Aiyoo..

Kalau jadi amik gambar ni,InsyaAllah akan dijadikan teaser wedding invitation kami :)

Layan sket gambar konvo yang diamik Farid (dia petik je kamera aku tuh.tapi layan je la)
Upload gambar ni sebab Fuad cakap gambar kitorang dah macam gambar pre wed.Haha..Pre-wed la sangat kan?
(gambar Fuad amik lagi cantik dan dah diedit.Gambar ni mmg xde edit2 k?)




***apesal gambar last tu jadi mcm tu...zessss

Kena belajar edit nih :(

Tuesday, June 14, 2011

Kad Kahwin

Kad kahwin saya dah selamat ditempah :))

Before this,aku pernah fikir untuk buat sendiri.Tapi atas sebab2 berikut,aku batalkan niat aku :)

1. creativity
aku memang ada idea untuk kad aku.Conteng pakai tangan memang la boleh.Nak menzahirkan benda tu kat komputer,sumpah tak reti.Ingat nak mintak orang lain tolong buat,tapi xjumpa orang yang boleh.Hehe

2.cost
ni paling penting.Masa memula,aku xtau berapa nilai kad kahwin yang paling murah.Sebab masa uda buat dulu kad dia sekeping harga RM1.60 siap belum campur sampul surat lagi.Pastu siap ade additional charge untuk map n stamping kat envelope.Mahal gila.Jadi aku budget kad aku sekeping RM1 je.(aku bajet tu paling murah la tu,untuk design biasa2).
Aku siap fikir untuk DIY,tapi aku rasa kos n printing boleh cecah 60sen untuk sekeping kad rasanya.So x jadi buat sendiri sebab jumpa orang yang boleh buat kad dengan price 28sen sekeping :))

Dua sebab ni menyebabkan aku tempah je kad aku.Jimat.

Sekeping kad aku 38 sen je.No additional charge untuk map,sebab aku guna map abang aku.Tinggal edit sikit je

Kepada sesiapa yang nak buat kad tu,please take note untuk benda ni masa tempah kad korang

1.Price- check betul-betul price untuk kad korang tu.Mungkin korang pilih kad harga 60 sen,tapi rupanya kad tu untuk kertas biasa,ada tambahan lagi 20sen untuk kad yang laminate.So da jadi 80sen.Kan da lari bajet.(aku akan rasa tertipu untuk perkara macam ni)
2.Envelope-pastikan harga kad termasuk envelope
3.Hidden charge-charge untuk map,charge untuk letak gambar,charge untuk stamping dsb.

owh lupa,aku order kad aku kat sini http://www.redcard.com.my/

diorang buat kerja pantas.Aku suka,masa time uda dulu,lambat gila kot.Grrrr..

Lagi satu yang boleh disuggest ialah http://www.lovelyberryz.com/ Aku rasa kat sini pun berpatutan sebab dia bagi harga 1000 kad+ 1000 goodies bag =RM1000++. (aku x amik dia sebab aku nak pakai brown paper yang murah tu je.heheh)



sharing is caring: elakkan letak ayat Al-Quran dalam kad kahwin kita,sebab kita xtau kat mana receiver tu campak kad kahwin kita.Xpasal2 menanggung dosa sekali.Begitu juga dengan perkataan Assalamualaikum w.b.t tu,sebab kat situ pun terkandung perkataan Allah jika korang tak buat shortform,Xberapa practical untuk dihantar kat kawan2 yang agama lain kan?:)

Monday, June 13, 2011

benda-benda yang tak perlu tapi dirasakan penting

Nota:post untuk sendiri,xada niat untuk menyingung,menyepak atau mendera sape-sape yang baca

hmmm..

1.guestbook
x penting kan?dulu-dulu pun xada guestbook nih.tapi sekarang kalau ada macam best je kan?aku pun rasa nak buat. DIY je kot.Kertas beli kat bookstore,tukar cover, anta g binding molek-molek,laminate jika perlu.Taraaa..Siap sudah.Jangan lupa pen bermacam kaler dan letakkan buku ditempat yang sesuai dan kalau ada bajet lebih,boleh hias kat tempat sign guestbook tu.
sweet
guest plate?
 sumber dari google ya..

2.Spa
Ngeh3x..Aku rasa benda xperlu.Tapi dia penting.Penting untuk build confident supaya time majlis tu tenang aje (eceh..pandai lak nak bercakap).Tapi ada banyak cara untuk DIY spa.Jimat :)) Aku pun ada jumpe cara DIY spa,nanti tulis kat entri lain.

3.Bachelor/Bachelorette party
Ni?if party gila-gila macam kat oversea yang siap pergi strip club tu,xpayah la yek..kata orang Melayu,kaya ngan adab sopan dan budi bahasa. Tapi apa salahnya pergi makan2,lepak,karok (bagi peminat karok),bowling,paintball (elakkan la pergi paintball,kalu dah kena shoot,buat lebam badan je).Dan sila pastikan majlis meraikan korang ni berlangsung seminggu(paling lewat) sebelum korang punya big day .Sebab xnak ler keletihan time majlis.Tapi kalau setakat gi makan-makan xada masalah rasanya.Cuma,tahan la telinga orang bebel, "ko ni darah manis,tapi asyik nak menjengkit je n bla bla bla".Hahaha..

4.Scaling/whitening gigi
haruslah buat oi.Walaupun kata tak penting.Dah tempah OP mahal-mahal,sekali tengok gambar gigi kuning.Hahah..Tapi whitening x boleh buat selalu ye.Aku dengar boleh buat 2 kali je seumur hidup.Maybe takut gigi terhakis kot?Aku xtau orang lain,tapi aku nak buat jugak.

baru la cantik nak senyum :D
sumber:google

5.Mini pelamin
Tak penting kan?tapi aku nak.Alasannya,of course untuk nikah.N sebab aku xada pelamin untuk sanding (insyaAllah) nanti.Jadi kena la ada benda ni.Tapi aku memang nak pun.:))

Dah.Cukup.

Terkilan

semalam aku tengok FB OP aku.N aku rasa sangat terkilan bila dia upload gambar customer yang lain guna idea yang aku nak. Yeah,it is not my idea either,but i feel kinda dissapointed when i see the picture.

do u know about AdlanKhalidi facebook relationship status?
tengok gambar bawah

ni gambar yang aku nak buat
sumber dari sini
hari tu masa OP dtg rumah amik deposit,aku cerita la pasal benda ni n aku tanya if he can do the prop.Of course,kalau dia cakap xboleh,aku akan try buat sendiri sebab memang dah ada template pun.N dia senyap je pasal benda ni. And last night aku tengok dia da buat pun prop gambar tu.Argghhhhhh...Mungkin aku x kisah if the props was made by the groom n the bride,tapi ni prop tu dibuat oleh OP..Aduh..Marah?tak la marah..cuma terkilan.

i told Ted about this n he said "takpelah,nanti kita buat idea lain pulak" :)  Thanx dear..

Takpelah..cari idea lain.Ada masa lagi. Ade 4bulan lagi sebelum nikah.Fuhh..Tolak sebulan untuk bulan puasa sebab time tu memang xakan tengok blog or check email,paling-paling pun Ted yang check kan email aku tinggal la lagi 3 bulan.Wowww..sangat cepat..

Thursday, June 9, 2011

Kek Kahwin

walla..
Just view website Acai Jawe tadi.N tetiba nampak gambar kek pengantin yang aku rasa simple tapi sedap.Heheh..Berdasarkan pemerhatian aku,aku syak kek tu adelah cheesecake.Haha..Bestnya.Boleh la aku amik idea tu untuk buat wedding kek aku nanti kot.

Tak percaya?Boleh tengok sini

Kan?

Normally orang akan buat buttercream or fondant cake.Tapi aku memang tak minat sangat la fondant cake ni sebab xberapa sedap.Teeeeheheeh..Jadi blog ni boleh ni memang boleh bagi aku idea untuk buat kek kahwin aku.Sedap apa cheesecake? Tapi yang merana nanti tunang aku la kot..sebab dia x suka cheesecake..Ahahahah..

Tapi agak-agak sempat tak nak bake sendiri kek?Agak-agak kek aku boleh survive ke if aku simpan dalam fridge dengan kehadiran ramai orang seperti anak-anak buah aku yang tengah nak membuas?
Ni bukan macam time tunang dulu.Sempat nak bake cheese kek la,buat cheesetart la..Siap buat mousse cake untuk besday kak ngah time tu.Jadi pulak tu :) Ni dah big day.*Ade sekali orang penah cakap ngan aku semua nak buat sendiri,kang time kawin,pengantin yang lepak (means penat la..bukan lepak hang out tu)

Agak-agak apa yang aku mampu DIY masa wedding aku nanti yek?Baking pandai la sikit,nak menjahit ke menggubah ni.Memang xmampu la aku.Buat simple gubahan maybe boleh.Tapi nak jahit..Hahah..kirim salam..

Hurm..kena manage semula. :)

Malam berinai

Salam,

just tahu yang malam berinai ada dua.Satu berinai kecil,satu berinai besar. Sumber dari sini
Waaa..baru tahu..banyaknya nak buat.Dulu akak xde buat rasanya.So rasanya aku xterlibat.Bahahah...

Cerita pasal inai ni..sekarang banyak gila inai kerawang2,corak2.Hurmm..Opinion?Asalkan orang tu suka sudah..Aku?Tak minat sangat.(lagi pun aku geli tengok banyak titik yang bersepah..nanti tetibe meremang bulu roma..erghh..)

Err..tadi aku google gambar inai.And aku rasa meremang woh...cepat2 close window...zesss..Aku baru nak tengok inai untuk lelaki..Hahaha..Owh..Kebanyakkan pendapat,haram berinai bagi lelaki,melainkan di rambut dan janggut. Sila klik sini

and perempuan pulak diharuskan inai.

Aku dah cuba cari gambar inai yang biasa2 jek..Tapi xjumpa.maybe sebab sekarang trend yang ada corak2 tu kot?Aku harap time wedding aku xda orang paksa aku pakai inai yang bercorak.Pakai macam zaman dulu-dulu pun cantik apa?

Sebab aku x jumpa gambar aku nak.Tapi aku jumpa benda ni

agak2 berani x nak rebel macam ni?hahah
sumber dari sini
 Tau tak,orang cakap,kalau inai x merah @ hitam maknyanya orang tu kuat cemburu?So what?lalala :)

p/s:dulu masa kat u, aku pernah pakai inai hitam..tu la sekali inai hitam di jari.N aku baru perasan orang buat inai hitam tu cam tatu..hmm..macam-macam

Tuesday, June 7, 2011

Dilema baju kahwin

Bah..aku xtahu bila nak tempah baju nya.Ni dah bukan masalah x sempat.

Tapiiiiii...

Aku takut gemokkkk...uwaaaa...

Memang pun mission awal nak menaikkan berat badan.Tapi bila tengok gambar time naik pentas konvo tu..hmmm..gambar tak best sungguh..Nampak benar dah ada dua dagu..erksss...benci taw..tak payah naik tang muka xleh ke?

Kalau aku tempah sekarang..tengok2 bulan 10 nanti badan aku mengembang camner?

waduh..kena beli timbang ni..

Lagi 2kg untuk menjadikan berat badan ideal.eceh..Ideal la sangat

P/s:Encik tunang..bila awak nak gemok plak?kang pelamin senget sebelah wooo..hahah

Sunday, June 5, 2011

official date :)

Before this,perbincangan tarikh adalah hasil usaha aku dan dia mencari tarikh.Kami bincang berdua pastu propese kat mak,abah dan keluarga dia.Aku bertindak jadi informer.Bukan aku je,dia sekali.

Kalut la.

Pastu da dapat tarikh yang ngam,ngam for both side la.(thats y ticker dah ada awal-awal)

Tapi tadi,tetibe abah kalut lagi nak ubah tarikh.Zesss..Aku da xpaham.(sebab katerer da book pada tarikh yang 1st decide)

Setelah berbincang-bincang dan abah beberapa kali tukar tarikh sebab abah tertengok kalendar masihi (abah kira hari untuk majlis,mencari tarikh yang elok base on kiraan tarikh hijrah @@).Akhirnya stick jugak kat date yang 1st tu.

Hmmm..ke saje je buat-buat konon ada bincang tarikh ni? :p

Hahaha..

Hmm..Macam xpercaya pun ada bila da set tarikh ni.Kira kami da move setapak lagi.Alhamdulillah.

Jadi?Apa lagi?

PANIK lagi sekali!!

Arghhhhh..

Eh..xde la..dah xpanik pun.Satu-satu,insyaAllah boleh :)


gambar 3 tahun lepas. *kenangan*(tapi dah lupa sebenarnya :p)

Friday, June 3, 2011

bila kehendak dan keadaan x seiring...part 2

Kehendak
nak jimat duit.Xnak membazir.Semua benda yang dibeli,haruslah boleh digunakan semula.Cth baju kahwin boleh pakai untuk dinner company (fact:aku x minat pun nak makan gaji dan aku memang xkerja,so ada ke istilah dinner company?) or majlis kahwin (fact:aku bukanlah jenis yang beriya-iya nak pakai baju yang glamer2.aku segan bila org pandang) or majlis istimewa dan etc.

Keadaan
Baju nikah aku memang aku suka dari segi design yang simple.Molek je aku rasa (kot?).Memula nak amik warna pink,tapi abang aku dah pakai warna pink masa nikah dia dulu.Pastu time beli dengan mak,mak cakap cream lagi sesuai untuk nikah berbanding peach.Ok.Layankan.

Masa tunang keluarga pihak lelaki pun bagi kain untuk wedding.Which is aku ingat nak pakai time majlis bertandang or time g rumah pihak lelaki.

So da setel la bab kain untuk majlis.Tapi...aku terlupa majlis kahwin nya.

Masa tunang,aku ada cakap,tak payah la sanding-sanding ni.Pastu ramai orang bangkang (kakak ipar dan mak andam je pun yang cakap) diorang cakap rugi tak sanding,sekali je seumur hidup .Mak andam bagi pakej pelamin,baju 8 kali salin (aku rasa la) mekap,bilik tido n ape lagi ntah.(Sebab cakap mulut je,jadi xpasti ape yang dia bagi) dia bagi harga RMXXXX. N masa tu terfikir,macam best je sanding

Tapi,lama-lama aku fikir aku rasa tak perlu.Aku kan x bekerja.Harus jimat.Eceh..

Then,mula masalah.Nak tempah atau nak sewa baju untuk makan beradab?Masa ni dah fikir nak sewa (Jimat) tapi,kitorang buat mistake besar ngan pergi Jakel.Zesss..Dah pergi Jakel,TERBELI pulak kain.so aku decide tu untuk majlis makan beradab.Ok. Tapi masih rasa ralat sebab kain yang aku pilih,ramai x setuju (T T) memang rasa nak nanges ok?Sebab orang tak setuju tu la aku rasa cam ralat..Kalu orang puji,xpe la..huhu..takper..Pergi ke konsep Redha dan Redah.Hoh..

And akak beli kan kain sari warna tiffany green. Thanx akak.Tapi saya nak pakai bila? Baju dah terlebih dari majlis. Waduh.Tapi maybe boleh pakai untuk pergi kerumah saudara mara.huhu

jadi sekarang?Dari jimat dah tukar kepada membazir.Tu baru beli kain.Belum tempah lagi.Agak-agak berapa tempah baju?Tapi memandangkan aku cuma nak yang simple,maybe kurung moden @kebaya labuh.ok kot?Tapi kak ngah kata,jgn buat kebaya labuh.Hmmm..Owh ye.Tempah baju kurung moden dgn kawan akak ok juga,x berapa mahal juga.RM150 untuk sepasang baju.Tapi sekarang,sudah ada 4..@@..

Jadi,sekarang,misi nya adelah jumpa mak andam,design kad kawin dan tempah baju.Huhu..Harap dipermudahkan.Amin..

Thursday, June 2, 2011

Katerer Vs Rewang

Yang mana satu pilihan hati?

Dulu,
Masa akak aku kahwin,aku suka sangat dengan aktiviti rewang ni.Ramai sangat cousin,family,jiran-jiran datang ke rumah untuk membantu.Al-maklum,akak anak sulung,majlis nya,meriah sungguh time tu.Kalau x silap 2 ekor lembu tumbang dan majlis berlangsung selama 2-3 hari rasanya.

Masa tu langsung tak fikir susah senang orang yang membantu nak rewang,yang aku tahu,seronok bermain sampai ke malam sebab masa persediaan tu ramai kawan-kawan datang rumah.Seronok betul,dan aku tak perlu rasa malu untuk makan kalau lapar sebab kat rumah sendiri.*kalau kat rumah orang,rasa malu pulak nak gi makan,kena mengendeng kat mak dulu cakap haus atau lapar (takpun lari balik rumah untuk minum air)

Masa tu seronok sungguh bila ramai orang tua-tua datang ke rumah membantu. Family dari singapura datang awal untuk bertandang dan tolong rewang.Pastu cousin lak siap ada amik video macam pro.*Fuh,jakun gila boleh masuk tv masa tu. (video masa akak aku kawin,aku tak mampu tengok.sebab diorang cakap aku cam murai..aduhh..malu sungguh)
*dan aku masih ingat,makan beradab dibantu oleh keluarga singapura,masa tu aku sakan puji sebab kagum tengok diorang buat bakul guna tembikai.Haha..dan sempat mak long usik, time ko nanti kami buat lagi cantik.Sekarang boleh tuntut x janji tu?hahah..

Pendek kata masa tu sangat seronok dengan aktiviti rewang.Katerer?apa tu?x pernah dengar pun?

Sekarang,
tak mau cerita detail pasal kes yang terjadi akibat orang rewang.Cukup untuk disebutkan serik sedikit.

1) tak amanah
2) tak amanah
3) tak amanah
4) ambil kesempatan
5) saja nak pedajai tuan rumah.

terima kasih ya :)
kalau tak,tak merasa aku punya majlis ada katerer.Hahaha..Maybe vendor ni bagus,nampak gaya buat kerja macam teliti dan sistematik.Mahal la jugak sebab tu aku teringin sangat nak bayar balik duit katerer kat mak dan abah.One day.Kalau diorang taknak,tu dah cerita lain.tapi yang penting,ada niat nak bayar balik.

Kebaikan katerer:
1)Kurang kerja
- Rumah tak bersepah,dia sediakan dan akan kemaskan segalanya.*Dan aku dapat idea nak letak centerpiece kat meja.Hasil tengok dari blog ini  .Kalau ada masa nanti nak buat lah.Hehe.

2)Kurang risiko barang hilang
-InsyaAllah takkan ada kes curi daging,curi kek,curi barang sebab terlampau orang ramai datang.*ni kes betul :(

3) Senang manage
-just cakap dengan katerer apa yang nak dan xnak.kalau penanggah,ramai sangat nak tunjuk hebat dan tunjuk kuasa,padahal tuan rumah tak suruh dia buat apa pun.Zesss..Sengal

4)Menjimatkan
-insyaAllah lebih jimat.kurang pembaziran yang tak perlu.*sebab aku kahwin bajet. Aku rasa time abang aku kahwin pun,abah dan mak beli barang macam beras,gula,bawang maybe cecah la jugak riban-riban.Untuk sediakan makan-minum diorang selama beberapa hari,sediakan kuih la ape la.End up dengan cakap,Beli lagi senang. Tak banyak kerja dan kurang juga gosip di rumah kita.aku rasa kalu track balik expenses,mesti lebih kurang je dengan katerer rewang ni,except ambik katerer lebih kurang penat melayan tetamu dan perangai orang x semenggah.

Ada lagi ke?Entah.Tapi ni je lah buat masa ni.Kurangkan stress pasal majlis kahwin.Ada banyak benda lagi nak fikir selain dari problem ngan penanggah dan tetamu.

P/s: kena check sama ada pihak katerer akan layan tak kat meja beradap.Tapi aku rasa macam pakej aku tu kena pilih antara DJ atau makan beradap.urghhh..Tambah masalah untuk difikir.Take note!

panic attack!!

yup..sudah mula panik sedikit.
sebab belum ada persiapan apa-apa.Yang ada cuma perancangan sahaja. Dan yang paling teruk sekali,idea bersepah-sepah.Itu nak buat,ini nak buat.End up dengan fikir mampu ke aku buat semua ni?

Jawapan:

mestilah tak mampu.

Ada beberapa penting yang belum diuruskan
1) Tarikh-dah merancang,tapi masih belum ditetapkan secara official. InsyaAllah keluarga si dia datang Sabtu ni. :)

2) Prosedur perkahwinan- semua benda berkaitan surat kebenaran,blood test,and bla..bla..bla..TAK BUAT LAGI.Cuma sudah pergi kursus kahwin. Tapi sijil belum pergi ambik lagi. Aduh...Dushh..

3)Tempah baju - baju sudah ada errr..4 pasang. (Gila banyak sampai 4,dari bajet nak berjimat,sudah terlebih-lebih dari majlis @@) Belum buat design,tapi aku nak simple je.Maybe baju kurung moden atau kebaya labuh.Tengok yang mana sesuai. Baju si dia pun ,dia tengah fikir lagi nak hantar kat mana.

4) Deal dengan mak andam-yang ni dah pilih siap-siap.Amik mak andam turun temurun,if aku pakai mak andam ni,maknanya,kami 5 beradik pakai mak andam sama.Hahah..Tapi masalahnya belum decide lagi nak ambik pakej macam mana.(nanti cerita pasal ni)

5)Kad kahwin-patutnya kad kahwin kena letak kat nombor 3 kot..haish..Entahlah..Pening sudah.Ini pun masih belum buat,tapi dah mencari,tinggal nak sesuaikan dengan keadaan goodies dan kehendak bos. Sebab taknak membazir sebab aku x bekerja.(If aku kerja pun,belum tentu lagi nak berhabis kat kad dan benda tak perlu <- yang ni tipu..:p)Lagipun,kalau package kad kahwin tu tak guna secara optimum kan membazir.Heheh..

Ni antara yang penting rasanya. Nanti tambah lagi.Slow and steady.Redah and Redha.

Bila baca blog orang lain dah prepare macam-macam,dan keadaan sekarang dah lari dari perancangan,panik pun menyerang. Sempat kot?aku kan memang suka last minute? :p..Lalalala.Tapi harus ingat,bulan 6,7 dan 8 adalah bulan yang busy sebab ada kerja masa tu.Tido pun belum tentu masa.Jadi kena beringat.Yang tinggal lepas tu adelah sebulan setengah ngam-ngam.@@

Apa-apalah..Layankan

p/s: Kena sediakan buku nota dan pen selalu.Bila ada idea @ terberangan wedding impian,kena cepat-cepat tulis sebelum terlupa.
p/s:Fail dah sedia jugak.InsyaAllah nak catatkan every expenses kat situ sebab ingat nak bayar balik duit katerer kat mak dan abah kalau ada rezeki nanti.InsyaAllah

Tuesday, May 31, 2011

bila kehendak dan keadaan x seiring...part 1

kehendak

nak majlis yang simple sahaja. mahu kan wedding yang ada nikah dan kenduri doa selamat sahaja.

keadaan

mak boleh je ikut. Abah cakap jangan nak mengada. Buat majlis macam biasa.

ye saya memang nak yang simple sahaja. saya kan tak kerja. tak kan nak demand banyak-banyak.*bahasakan diri saya.seolah-olah cakap ngan mak dan abah.

yer betul..dulu aku pernah cakap dengan mak "if saya kahwin,nak yang simple je..xpayah nak grand sangat". mak diam dan memula dia cakap okay..last year abang aku kahwin.bila orang cakap,pasni ada majlis lagi kan? (which is referring to me..) mak pun cakap yang ni tak ada majlis,buat kenduri doa selamat je. sumpah aku segan bila mak heboh..bukan segan apa..segan bila orang tanya kenapa xnak majlis..hadoiii..kacau bilau..sebab mudah aje..aku nak save budget.Wedding bukan lah pengakhiran cerita cinta,tapi permulaan..sume nak abis kat wedding..kacau bilau la..(ayat ni maybe aku kena swallow balik..sebab keadaan skang seolah-olah aku sedang berabis untuk wedding aku)

sekarang ni bos besar take over. dia yang cakap nak order kad jemputan berapa banyak,tetamu berapa orang. aku cuma bagi pendapat bila perlu saja..

hape nak buat..jobless..:(

hate it!

ceritera aku

mengisahkan perjalanan aku dalam kekalutan..
kekangan masa..
dan juga hidup aku yang tidak mempunyai pekerjaan. (i'm not proud of it)
untuk mengejar hari besar dalam hidup aku..
permulaan bagi perjalanan hidup dengan status yang berlainan.