Sunday, July 15, 2012

Conversation failed

On the phone dengan hubby

Me: dy,dy kat mana?
Hubby: odw sampai umah
Me: tlg singgah kedai nanti..beli brg
Hubby: dy da dekat la.. Nk beli apa?
Me: nak mintak belikan susu.
Hubby: susu?nak buat apa?
Me: aaaaaa...nak minum aaa..untuk kalsium dlm bdn
Hubby: ah..jgn nak menipu..mesti nak buat kek kan?xpyh2

Hahaha..bengong giler..

Wednesday, July 11, 2012

Paranoid

Pergh.. Hari ni samapi dua post. Abaikan.

Aku jenis yang agak berani la..dulu aku takut hantu. Sekarang dah kurang. Tapi sekarang aku dah takut dengan manusia. Jalan sorang2 jantung aku berdebar je beb. Hadoih..

Dulu aku suka baby dan budak kecik. Tapi skang dah kureng dengan baby. Sebab aku takut aku akan terlepas pegang. Huwaaaa.. So aku mmg xberani nak angkat baby sebab aku takut diorang sakit.lagipun baby tu lembik lg.cuak aku.

Pastu kalu aku pegang pisau n ade org kat sekeliling aku,aku akan genggam kuat2 sebab aku takut tertikam or terlepas. Serius. Kadang2 aku rasa dah teruk sangat aku ni

Tapi,jujurnya mmg aku takut dengan orang. Orang muka garang ke menakutkan ke..aku cecepat nak kunci pintu.. Orang senyum pun aku xkan senyum balik. Kalu pompuan senyum la kan..

Ni caner nak keja ni?kang kena amik kuih kat basement. Nti ade org kejar n rompak aku caner?
Huwaaaaa

Ya Allah. Ko berikanlah kekuatan kepadaku. Hanya kepadaMu aku bermohon dan berserah.

P/s: period aku terlebih sehari. Semalam dah mandi wajib n qadha solat,tup2 ade lagi. Pitam aku tengok. Normal kan?x normal tu yg lebih 15 harikan?

Kepala bingung. Hati kat mana,otak kat mana dan badan ke mana

Aku nak balik. Mahu siapkan order cookies. Sebab kat rumah xde orang nak buat. Supplier pulak xhantar tray. Sebab xde stok katanya. Geram aku. Ingat nak balik hantar tray. Beli kat bangi.
Tetibe kerja macam banyak. Bingung hotak aku.
Tini ( maid mak aku) dah sibuk pulak buat kek. Huwaaaa... Nak nanges. Ya Allah,bantulah aku.
Harapnya dapat siapkan order. Minggu pertama puasa kena siap woh...
Ahad ni maybe aku terus balik kampung.
Huwaaaa..
Dan aku maybe kena tolong jual biskut lagi..,
Xpelah. Kerja kuat sket..wishlist ramadhan jgn lupa ye menn..
Jiayo2

Tuesday, July 10, 2012

Shopping shopping...

Huwaaaa... Nak pergi shopping. Tapi kena bersabar. Aku shopping pas raya la. Lagipun ade banyak benda xsetel lagi. Walaupun semua barang nampak murah,nampak macam best je nak beli,tapi sabar dulu. Kalau ade duit extra nak beli barang rumah. I mean like rak buku or meja la..bukan barang dapur tu. Huhu

Haritu aku beli set tupperware kurma. Sebab nak beli pwp dia..pwp dia mcm bekas bento. Tu aku interested nak beli. Beli dua. Satu bagi ibu ( MIL) ngam la untuk ibu sambut puasa. Sebab package tu dapat kurma. Tapi Ted punya jeling..hahaha.aku gelak je. Dia cakap aku dah teruk dengan penyakit tupperware aku..hahaha

Sebulan lebih lagi nak raya. Tahun ni aku xbuat baju raya kot.n aku ade 3 pasang lagi baju xpakai. Huhu. Owh..and hari tu MIL pun bagi kami suamiisteri kain. Sorang dua pasang untuk wedding adik ipar. Tapi macam xsempat je nak g tempah. Aku bukan reti buat baju. Maybe aku hantar baju Ted je kot. N i'm gonna pay for it sebab sepatutnya aku la jahitkan untuk dia kan? Untungla sape pandai jahit. Huhu

Tapi tu semua xpenting. Skang aku nak shopping. So macam ner nak bertahan? Pergi shopping barang. Food makes me happy. Yeah..

So?jom pi shopping beli sayur,beli cheese n baking. Baking do make me happy. Walaupun aku akan sedih sebab xde org makan. Hahaha

Monday, July 9, 2012

Muntah - muntah

Semalam dua kali aku muntah. Huwaaa.. Habis keluar semua isi perut. First muntah tu makan panadol. Memula xnak makan sebab nakmtahan sakit. Tup tup muntah. So makan jugak ubat. Ingat dah abis da story muntah. Sekali muntah lagi. Kali ni keluar air dengan panadol tu je la.. Hadoiii.. Biasa time sakit macam ni mula la rasa nak luruh gigi.

And yang best nyer,aku tau sebab ape aku muntah dan sakit kepala semalam. Kena sindrom restoren china..

Xtahu ape benda tu?

Pergila google jap. Pergi,pergi.


Cantik lagi,aku masak sendri. Hahaha.. Mungkin semalam masak dah letak serbuk pati ayam n samosa pun bubuh pati ayam gak. Banyak lak tu makan samosa. Mana la xsakit kepala. Walaupun so called serbuk pati ayam tu kata xde msg,penipu besar. Kompom ada punya. So pengajaran lagi kat aku.

Malam tido pun hubby urut2,sapu dengan minyak yu yee.. Selesa gila. Terus terlelap sampai pagi. Mujurlah tengah cuti period.:D breakfast pun cuti jugak. Sorry dear!

Ingat. Pengajaran. Dah tau sensitif dengan benda2 msg,lagi nak boh banyak2,lg nak makan kat luar ka?

P/s: lidah aku xleh rasa sangat if food tu ade msg. Tapi badan aku react dulu. Paling teruk aku penah makan kat Bangsar. Makanan belum habis,kepala aku da berdenyut2..huwaaaa.. Haruuu

Wednesday, July 4, 2012

wishlist ramadhan

hehe..x lama lagi nak ramadhan,nak buat wishlist juga.err..senarai harapan aku untuk ramadhan ni..harapnye dapat buat.

sesungguhnya bagi aku ramadhan ini adalah perebutan antara akhirat dan duniawi. di mana bulan ni rezeki mencurah-curah,pahala mencurah-curah. harapnya aku x sibuk sangat buat biskut sampai kepenatan sampai x terawih,sampai lewat hujung-hujung waktu.

ok here goes my harapan:
1. Puasa cukup. (tapi sebagai perempuan yang tidak mengandung,itu adelah mustahil,tapi mana tau rezeki Allah nak bagi kan?)
2. terawih cukup. (okay,boleh copy ayat diatas)
3.khatam al-quran (moga Allah bagi aku kekuatan melawan nafsu jahat dan malas aku)
4. xnak fikir pasal makan selalu (aku punya favourite tengok gambar makanan..tambah2 lagi time lapar..mmg kepala aku fikir makan je laa)
5. jauh sifat mencerca dan sabar (walaupun oven buat hal,ataupun xde stok barang)


cukuplah 5..moga ramadhan ni lebih menjadikan aku insan.

ramadhan,bulan dimana kalau ko meniaga,ko boleh untung banyak dengan bukak bazar ramadhan,tapi kalau makanan ko x sedap/basi pastu mahal nak mamp*s,,bersedialah dengan cercaan orang..silap2 berbakul2 jugak dosa sebab aniaya orang.tapi tak kot..orang puasa kan sabar-sabar belaka..tu antara peniaga tu dengan tuhan la kan

selamba aku merapu bukan2 kan?
tapi 5 kat atas tu harapan aku la..harapnya xterlalu besar untuk aku. semoga sempat bertemu ramadhan lagi,dan harapnya tahun lalu atau tahun ni bukan lah tahun terakhir ramadhan aku.

Tuesday, July 3, 2012

Banggakah kau menjadi pilihan kedua?

Baru- baru ni ada manusia di fb yang membuat status secara merungut/ marah kat orang. Status yang berbunyi mengapa isteri itu queen control sampaikan suami tu tergamak mengadu keperempuan lain.

Aku xtahu apa yang dia fikir bila dia begitu bangga tunjuk kat dunia fb dia yang ade laki orang text dia,mengadu keburukan isteri.. Sigh.

Memanglah laki orang tu mengadu bukan bukan sebab nak kan perhatian dan simpati. Tapi cuba fikir,kalau dia lelaki yang baik,dia akan mengadu domba pasal bini dia kat ko x? Xmustahil kat bini dia,dia mengadu ko yang suka kat dia dan keep kacau ko. Lelaki jenis ni,adelah jenis lelaki x berteloq. Lelaki yang bodoh kat mata aku.

Dan jika itu berlaku kat aku,aku akan rasa sedih. Sebab aku tahu aku cuma pilihan kedua. Kat mata lelaki tu,aku cumalah sparepart yang bole digunakan jika xbahagia dengan isteri. Sebab tu dia xpilih aku at the first place.

Tak bangga pun jika suami orang yang datang kepada kita sebab walau teruk mana pun isteri pertama dia. Yang kedua tetap digelar perampas. Memang lah orang ckp,jgn fikir cakap/kutukan/ cacian orang ramai. Tapi sampai bila ko sanggup hidup dengan keji dan maki orang ramai. Kita ada pilihan,disakiti atau menyakiti. Pilihlah. Ada duda,ada teruna,mengapa suami orang yang jadi pilihan kau?

Monday, July 2, 2012

Cute conversation

Me: esok syg nak g manhattan fish market la.
Hubby: dengan sapa?
Me: dengan gang breakfast la
Hubbby: ooo..
Me: sebab ade promotion buy 1 free 1

( perasan muka hubby cam lain)

Me: ke dy nak pergi dengan sayang?
Hubby:ok
Me: ok,nanti dy balik os kita pergi ye?


Awwww..so cute...so sweet..haha

P/s: aku ada gang breakfast.kdg2 jadi gang lunch..tengok kesesuaian masa diorang.