Thursday, July 28, 2011

July oh July

Apa yang aku dah berjaya buat bulan ni
-amik gambar pre-wedding ditaja oleh Fuad *thank u bro!
-err..berjaya beli sampin n survey tudung *raya nanti aku g beli tehehee
-Ted berjaya amik sijil kawen *err..kira kejayaan bersama la tu..
-tempah baju kawen Ted *err..kejayaan bersama jugak :p
-cari bunga telur (sponsored by kak ngah,thanx kak ngah,love u) *tau x harga bunga telur mencecah RM2,harga yang x masuk akal bagi aku,better bagi something else,tak worth aku rasa untuk bagi telur bernilai 30sen letak kat tempat mahal,dusshhh..kulit biarla murah dari dalaman,paper bag biarla murah dari isinye..*just pendapat aku

yang tak berjaya lagi
-HIV test n surat kebenaran kawen
-tempah baju kawen aku
-beli paper bag,patut beli masa kat kl aritu,but takde finalize nak jemput berapa org guest,so KIV dulu lah
-aaaa..pe lagi eh?

to do list in september *since bulan 8 i will be away from this blog and my masak-masak blog
-beli hantaran n celebrate besday Ted :)
-beli souvenier malam nikah
-paper bag nikah dan reception
-cari easel n black board.Anyone nak sewakan easel?Hehe
-owh,buat canvas untuk meja guestbook.dan beli segala mak nenek frame
-send kad kahwin?(aku ada benda panas pasal kad kawen ni,tp lantak arh.Malas nak fikir dah.Too late..huh)
-bayar duit photographer/katering/kompang/silat n etc
 dan buat segala benda yang tak berjaya buat masa bulan ni.

Owh,i just think dat i want to make my own candy buffet.Cake,cookies,macaron,whoopers,cupcake in one table.walla,dat must be nice.Tapi kena bincang dengan katerer dulu.Maybe if i can't make my own wedding cake,i MUST do my own candy buffet.Abang aku cakap,tempah je kek kawen,takpayah nak buat sendiri.(kalu camtu,buat pulut kuning sendiri bleh?)

Ciao kekawan
Nanite

P/s: i'll be away for a month,kalu jumpa aku kat plaza kotaraya,nampak budak yang selenge2 jual kueh raya tu,aku la tu.Haha.

Monday, July 25, 2011

Panggilan Lepas Kahwin

HEhe.Gedik pulak nak citer pasal lepas kahwin memandangkan tarikh kahwin aku da semakin dekat,dan perasaan gemuruh aku bertambah lepas tengok majalah 3.Last week kan ada slot pasal Nurul Ain Nurul Syuhada (ke terbalik?) kawin.Fuhh.Sumpah kecut perut tengok dia menikah.Tak tipu.

Berbalik pada persoalan,entri ni takde niat nak troll sape-sape yek?Aku Cuma cakap perasaan sendiri jek
Orang Melayu ataupun Malaysia rata-rata akan panggil abang untuk suami lepas kawin.Contoh terdekat,kakak aku panggil hubby dia abang,dan 2 daripada 3 abang aku dipanggil abang oleh wifey masing-masing.Jadi mostly orang akan panggil abang,biarpun sama umur.(Aku baru terfikir 2 daripada 3 tadi sama umur,yet they called her husband ABANG,wuuu)
Aku penah la jugak terfikir ape aku nak panggil tunang aku pas kawin nanti,since mak aku cakap aku cakap kasar gila dengan tunang (ish mak ni,cover2 la.xkan depan mak nak manja-manja.kang kena cop ngada2 pulak)
Aku pernah rasa nak panggil tunang aku abang,but yet,both of us x suka.Aku saje test nak kacau dia bila panggil camtu,end up dengan,”ni kalau diorang [read:member] dengar,mampus kena bahan” hahaha..Jadi,aku rasa panggilan ni tak effect pape rasanya.Selagi hormat dan taat pada suami,ok je.Tapi xdalah hormat mana kalu dengan laki pun beraku –engkau.Maybe okay pada kita,tapi orang luar yang dengar mesti akan komen punyalah.But,hey,it’s our choice.Pedulikan orang nak kata apa,yang penting kita [read:suami & isteri] rasa selesa.Kan?

Kesimpulannya:Nanti dah kahwin baru aku fikir nak tukar panggilan :p..Haha.Skang buntu lagi lah,banyak benda yang terkejar-kejar ni.Dasar suka last minute.Huh!

Tuesday, July 12, 2011

di sebalik tabir Pre Wed shoot

Hari Ahad lepas aku buat pre wed shoot..huhu.ade la benda2 yang sengal terjadi..huhu..:p

1. Kereta aku xnak hidup pas aku isi minyak dekat hentian rehat Mines Utara masa aku on da way nak g Putrajaya (T___T),aku pun tepon Ted,tepon Fuad n abang aku.Masa tunggu diorang,hujan pun start turun.(T__________________________T).Lepas Ted n Fuad datang n cuba untuk tolak kereta,abang aku pun sampai dengan bawak jumper.

2.Kitorang terpaksa ubah plan dari Putrajaya ke Shah Alam sebab Putrajaya sibuk sebab ade pesta flora dan bunga api,so kitorang pergi Shah Alam pas lunch

3.Singgah kat Tesco Shah Alam untuk beli props,sebab tetibe riben x cukup dan aku nak cari kasut untuk pre-wed (kasut tu aku pakai untuk wedding sekali nanti..hehe.Jimat!)Sampai kat Tesco,orang tengok aku pelik sebab aku pakai baju retro dan berspek besar.Usha semacam jek(actually Ted pun gelakkan aku jugak.X support langsung)

3.Masa memula amik gambar kat Bukit Cerakah,Fuad asyik cakap muka aku cam makcik2,aku cover dengan cakap "panas dow" (actually aku segan masa memula nak pose.Keras semacam jek)

4.Masa amik gambar kat tebing tasik,aku dengan Ted kena hold each other,Ted kena tarik aku,n aku kena lentok kan badan (ntah macam mana ntah pose tu,aku pun xtau).Sekali Ted tergelincir dan end -up aku jatuh kat atas Ted,dah macam citer hindustan pun ada.Fuad cuma gelak je sambil snap.Adess..Kuku kaki aku luka terkena kasut Ted.

5.Aku buat keputusan tepat untuk pakai selipar Ted instead of wearing heel.(aku pakai untuk shoot je)Kalau x,mesti kaki aku lagi sakit,bayangkan nak menapak 4km pakai heel kat kawasan bukit.(T__________T) menangis *

6.Sebab dah xtahan berpeluh,aku pinjam baju Ted (dia bawak extra sebab x tau nak pakai mana satu).Seluar dengan baju,dua2 padan untuk aku.Haha..Rasa sweet plak.

7.Malam kitorang amik gambar kat dataran Shah Alam untuk siapkan lagi sikit kitorang punya shoot.Xde benda pelik2,melainkan awkward semata-mata sebab kena buat video.Segan gile.

Teaser skettt...

owh..million thanx to Fuad sebab amik gambar kami.n to Acap sebab jadi assistant kitorang,banyak gambar2 behind the scene yang aku suka.
sesiapa yang nak no phone Fuad,boleh email aku kat marinakamaruzaman@yahoo.com
kerja dengan Fuad best sebab dia cool.Sangat lain bila dia buat kerja.Thanx again Fuad.Can't wait to see the works.Hehe

p/s:buat photoshoot memang exhausted,memang pengsan terus aku balik tu

Tuesday, July 5, 2011

nak update laju-laju

baru perasan post dari blog ni hampir sama banyak dengan blog masak2..haish..xleh jadi ni..kena up resepi pasni..hehe

okay
update

-kad kawin da siap.minggu ni boleh amik.fuuhhh
-perfume aku ngan ted pun da sampai..tinggal nak bagi kat dia je.
-baju kawin Ted pun da tempah-legaaaaaa
-minggu ni g buat photoshoot..

satu lagi benda out of topic,bisnes cookies n macarons dah ada orang start order..rezeki2.Thanx Allah..

bye..nak update tu je..

Friday, July 1, 2011

5 bulan sudah

takde la..belum sampai lagi 5 bulan..hehe..3hb Julai ni baru genap 5 bulan kami engaged.

nak tunjuk balik gambar2 time tunang..actually separuh lagi gambar still kat fuad.hanya sikit je aku upload ke FB..n funny thing,aku rasa that day hanya Fuad je yang amik gambar.so maknanya aku memang xda gambar dari rakan2..(dah ade photographer katekan..wink3x)

gambar Fuad ni semua adelah bersih dari edit.

meh layan gambar..maybe ade part 2..hahaha

cik hashim yang bertindak sebagai wakil

 Funny thing:lepas berbincang,diorang terus g makan n bukan g sarung cincin.Aku kat dalam bilik da menggelabah dah..hahaha
ibu sarung cincin
cincin tunang
Majlis risik + tunang.

 Nampak tak gelang berbatu merah tu?B4 that aku mintak kakak ipar aku tolong bukakkan gelang tu..tapi diorang g bukak jam tangan aku plak..diorang ckp xsesuai pakai jam levi's getah tu..Sob3x..Rock ape..:D
cincin encik tunang :)

dengan kak long n irdina yang tembam*aku rasa mcm gergasi plak..hehe

bersama family

gambar yang aku xsuka..gemokkkkk..benci tengok dagu tu...
majlis pertunangan n majlis risik disekalikan.Xramai pun yang dijemput sebab buat majlis kecik2 je..Harap-harap xde yang kecik hati.Alhamdulillah majlis pun da setel..(lepas 5 bulan baru cakap..hahaha)

Dan aku harap ikatan ni merupakan ikatan yang boleh menyambung dan mengeratkan lagi antara family aku n family Ted..

p/s:masa majlis tunang aku tu,akak sulung aku,suami n anak lelaki dia xada..yang ada cuma anak pompuan dia je.Dan maybe masa wedding aku nanti,cuma ada anak2 dia saja sebab dia n husband g haji..sedih ok?