Wednesday, September 21, 2011

birthday si dia..

hadiahnye birthday si dia:




































































dah,xyah scroll lagi.tak akan ada gambar punya sebab belum beli.haha.
hadiah dia merupakan ** yang dia pilih sendiri.so kita tunggu je la Ted beli ** jenis apa nanti.haha

well,last week memang tak sempat nak prepare pape for his birthday,nak buat kek tak sempat,nak beli pulak,dia cakap xmahu sebab dia kata dia x suka makan kek (= =").papelah sayang oi..last week mak masuk hospital,masa saya dah lari banyak,tapi saya redha dengan ketentuan.saya cuma harap mak cepat-cepat sembuh.

sekarang ni saya tengah tunggu surat kebenaran nikah Ted.if dia setel jek,aku boleh proceed borang permohonan nikah kat Johor pulak.aku baru tau yang Johor agak fussy sket dalam hal-hal macam ni.jadi skang agak panik sebab takut tak sempat.

Skang kepala tengah berserabut tunggu quotation kek kahwin ngan hantaran.
Back-up plan untuk hantaran =replace dengan fruit or chocolate or my mum kek kukus.setel.
Back-up plan untuk kek kahwin=errr..tade la..takut x sempat buat..tempah kedai lain la kot?

rasa macam dah bosan citer pasal kahwin ni,sebab x tau nak citer apa.arghhh..malas ar nak citer lagi.bosan dan bosan.

saya cuma harapkan semua benda berjalan dengan lancar,if ade yang x betul tu,normal.yang penting sah jadi suami isteri.hehe.(dulu bertunang pun dapat dugaan banjir.haha)

Tuesday, September 13, 2011

mak dan abah

31 hari lagi menjelang majlis pernikahan.

Hari dimana, mak dan abah terlepas dari tanggungjawab untuk menjaga aku dan amanat tu diserahkan kepada bakal suami (insyaAllah)

orang lain mungkin risau dengan persiapan perkahwinan tapi aku cuma risaukan pasal mak dan abah. Yup,mak dan abah yang sudah berusia 62 tahun dan 74 tahun. Sekarang aku duduk kat rumah,jadi driver mak dan abah.Mak dan abah nak pergi mana-mana aku boleh hantar.Pergi bank,uruskan kebun even ke rumah abang-abang aku kalau mereka rindukan cucu.Dan aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai seorang anak.

Mungkin aku x akan rasa risau sangat if mereka sihat. Tapi apa yang boleh diharapkan dengan kesihatan mereka jika umur pun semakin meningkat.Dan,apa yang merisaukan lagi bila mak sakit diabetes dan mengalami allergic yang teruk pada kulit.

Beberapa hari yang lepas,masa aku stay dekat KL untuk mencari barang hantaran,aku dan Ted terkeluar topik pasal mak dan abah,dan hasilnya aku risau pasal nak kahwin.Sampai aku cakap kat abang aku

"Saya risau la nak kahwin ni,risau nanti x ada sapa nak tengokkan mak dan abah"

Abang aku jawab:
"Kau nak risau apa?aku ada,mail ada,sahak ada.Semua boleh balik tengokkan mak abah" .
"Kau fikir je pasal kau nak kahwin ni"

Hmm.X mudah pun nak buat macam tu.lagi-lagi jenis orang macam aku,selalu fikir benda bukan-bukan. Bila aku tengok kulit mak yang dah merah,aku dapat rasa betapa pedihnya,ditambah lagi dengan penyakit kencing manis yang menyebabkan kulit dia lambat baik.

Aku memang garang,anak-anak buah aku tau sangat mood swing aku,Ted pun dah paham sangat mood aku yang boleh berubah-ubah.Even dengan mak pun aku jadi garang sebab nak avoid dia dari makan benda-benda manis dan garu kulit dia yang dah semakin teruk. Tapi,mak tetap mak.Degil.Tak nak dengar cakap aku, dan xnak dengar cakap uda .Uda mesti lagi stress,sebab dia doktor,tapi mak lebih percaya pada perubatan tradisional.Sabar je lah rasanya.

Mungkin aku x boleh membantu banyak pada mak dan abah.Tapi aku rasa penting aku sentiasa ada kat rumah kalau diorang perlukan aku.Walaupun,duduk serumah menyebabkan aku bertengkar dan dibebelkan oleh mak dan abah.Well,aku xkisah dan aku x simpan dalam hati pun.Sebab aku dah makin paham yang diorang dah semakin tua.

Dan aku jugak paham,once aku bersuami,aku kena taat kepada suami aku.Dimana masa tu,parents aku akan jatuh tempat ketiga selepas suami dan PIL aku.Dan,aku berharap,keadaan aku sekarang x menyusahkan Ted pada masa akan datang.Dan Ted akan terus memahami aku macam sekarang.Aku betul-betul harap yang aku boleh berlaku adil kepada semua.

Dear mak dan abah,semoga sihat selalu dan dilindungi oleh Allah.Saya sayang mak dan abah.

p/s: Aku pernah rasa,betapa Allah x adil sebab jadikan aku anak terakhir,menjadikan waktu untuk aku dengan mak dan abah lebih sikit berbanding adik beradik yang lain.Aku selalu tertanya-tanya,kenapa aku xlahir dulu,supaya aku boleh hidup dengan mak dan abah lebih lama berbanding yang lain.Tapi,itu cuma cerita zaman bebudak,zaman otak aku masih limited pemikiran.Yang penting kualiti kan?

Thursday, September 8, 2011

Beauty is pain..in the ass

To be growth up without any experience to be a girl sure is irritating.Haha

Perempuan dengan kecantikan x dapat nak dipisahkan.Betul tak?Semua perempuan nak cantik,dan cantik itu adalah perempuan.Mungkin kecantikan fizikal,hati,budi bahasa.Ye,mungkin segalanya.

Tau tak,susah untuk menjaga muka ni sebenarnya.(ke aku sorang xtau?haha)Perempuan macam aku,yang xada sex appeal (bak kat anak buah aku),amatlah tak kisah pasal benda2 leceh ni semua.Sebab aku fikir macam ni,i dont use any make-up,so what i should cleanse it?Kan dah cuci muka pakai facial foam tu.Cukupla kan?ok.Rupanya silap ye.Muka anda hendaklah dibersihkan seperti biasa disamping di bersihkan dengan segala make up remover (walopun anda cuma pakai moisturizer atau BB cream) sebelum di cuci dengan facial foam.

hari tu aku pergi ke SkinFood untuk, and tetibe terjebak untuk membeli barang2 kosmetik (sedapkan hati sendiri by saying it was a gift for myself after a lot of hardwork :D),masa tu la aku baru dapat info untuk segala jenis yang diperlukan untuk kulit.

1.Makeup remover -sangat penting untuk orang yang bermekap
2.Pencuci muka
3.Toner
4.Ampoule
5.Serum
6.Emulsion
7.Cream

See?berapa banyak yang diperlukan untuk menjadi cantik.hailaaa..thats why jadi cantik adelah leceh dan juga sakit.

why sakit?
berapa banyak perempuan sanggup pakai heels semata-mata nak nampak gorgeous?tipu sapa kata tak sakit,maybe skang xsakit,kita tengok 10 -20 tahun lagi ape yang akan jadi kat otot kaki anda.

and berapa banyak yang sanggup berlapar sebab nak kurus(nak cantik )

and aku adelah termasuk untuk menjadi orang yang nak cantik,terutama on my big day,i dream of wedding with clear face,without any freckles,pimples and so on supaya aku boleh makeup cam korea.hahaha.

in 36 days,i hope skin food will help my skin to gets better than before,and hopefully my future husband will notice it.Hahahaa..

penuh dengan free gift ;best
nota: tadi saya pergi try baju kahwin saya,tailor da siapkan 2 pasang,impressive kerja dia.Next week dah siap semua.Nice work.
nota 2: esok pergi kl untuk cari hantaran kahwin untuk si dia n nak cari marshmallow halal untuk buffet candy.(nak buat sendiri,tapi kena marah dengan my niece :((,dia cakap,mana sempat.Hmmm)

panic attack..again..:(

hai

done with one thing
-HIV test.

prosedur HIV test kat Johor
1.amik segala mak nenek borang kat pejabat agama
2.isi form
3.pergi klinik kerajaan (Batu Pahat yang aku pergi)
4.amik nombor lepas isi borang hospital
5.tunggu nombor dipanggil
6.nurse amik nama,pastu kena tukar nombor
7.tunggu giliran amik darah
8.siap.(5 minit je siap)

kesimpulan:menunggu je yang lama.

contoh borang permohonan kahwin negeri Johor
 satu lagi: klinik kat Batu Pahat (based on nurse tu cakap) je yang xperlu tunggu lama and buat appointment untuk HIV test. Ted punya appointment amik darah adelah on 19Sept.Lambat lagi tu.Hurm

pakai baju kurung sebab pagi tu pergi pejabat agama. ;D
no borang adelah 61916 (niceeeeee,hampir dgn no family kami)
ok.HIV test done,now just wait for Ted punya bahagian.So sekarang adelah super busy.
Mak siap sound, "settlekan ko punya cepat-cepat,dah xda masa nak main-main lagi dah"
baeeekkkkkk..(nada shinchan)

setelah dua hari berjalan ke sana kemari dengan Mira,cari goodies,survey cadar,jumpa mak andam and ntah pape lagi aku buat,aku end up dengan conclusion:

MACAM X BOLEH JE NAK BUAT KEK KAHWIN SENDIRI :((
mungkin aku x mampu jugak nak buat kek hantaran sendiri.Arghhhh..sedih gila.Benci la.

Esok nak g JB,sebab baju kawen da siap sepasang.Hehe :D,xsampai 2 minggu tunggu. Xsabar nak tengok yang lain siap.

ok,nak tido,kena jaga tido,nanti sembap,xlawa.Muahaahahaha

Naniteee

Sunday, September 4, 2011

C I N T A

tajuk kemain lagi,padehal xde apa pun.Muaahaha

Semalam Ted and family datang rumah,tapi xde pulak aku ligat nak bergambar (aku rasa fungsi hp aku ade lah untuk snap makanan yang aku buat,snap muka aku,and alarm clock aku.Jadi,memang layak aku cuma pakai C3 and VIVAZ je.haha)

Jadi semalam aku amik kesempatan suruh dia acu baju raya (yang x sempat pakai time raya) yang baru siap,n bagi sampin yang aku beli masa kat Kelantan.Alhamdulillah,baju dia nampak ok. So baju dia kira setel satu hal,tinggal hal aku je.(aku baru tempah baju kawin aku err..last 2 week rasanya.Harap sempat siap)

Disebabkan semalam kami teman adik dia g beli hp baru kat BPMall,ingat nak beli la sekali barang hantaran dia kan.End up tak beli pape.So,next week turun KL kena make sure semua da beli sebelum hantar gubah.Err..xda la pengalaman aku nak gubah hantaran sendiri..Kikiki..

things to do tomorrow
-set appointment untuk HIV test
-jumpa katerer untuk set warna
-jalan2 cari langsir

tinggal lagi 40 hari.40 hari yang bakal ubah life aku.

Dear Allah,permudahkan jalan ku untuk lebih mendekatiMu,moga jalan yang aku pilih ini,menggagahkan aku dalam menghadapi rintangan yang mendatang.
Dear Allah.hanya kepadaMu aku bermohon dan berserah segalanya

p/s:aku dah start minum InnerShine balik..hahah.dalam proses memutihkan kembali tangan dan kaki yang gelap :p

Thursday, September 1, 2011

lagi 43 hari..

tapi semua pun x siap lagi.

benda penting
- HIV test( xbuat jugak.Ted cakap,dia punya appointment 19hb sept..da suntuk sangat tuuu)
-surat permohonan kahwin (me n ted langsung x buat pape)

ni la penting kan?kalu ni xde macam ne nak gi booked kadi n bla3x?duhhhh....cuaknya saya..

benda separa penting
- hantaran ted (baru beli perfume,lalalala..nanti this week g kl cari barang la..tapi i dunt have car skang..so mesti banyak masalah nanti..adooiii)
-goodies

errr..ntah la..dah xtau ape dah..yang saya tau..saya panik..sebab tinggal 43 hari..

owh..kad kawin da mula diedar untuk beberapa member rapat dan saudara..tapi belum bagi semua la.

off topic :
ni ada picture cookies yang boleh dijadikan doorgift untuk VIP.(saya guna idea ni masa bertunang haritu,sebab cookies lebih tahan dari cupcakes.hehe)
Nig Nog (contains kuaci,nestum,badam n white choc chip)
home-made cookies.(kerja aku time bulan pose pulak,jual kueh raya.now kena berehat lepas sebulan kerja..feeennnaatt woooo)

p/s:open for order.contact me!