Saturday, September 1, 2012

Mati. Dead.

Aku lihat bagaimana bumi membelah isinya,aku nampak bagaimana tanah tenggelam bersama manusia dan pokok.

Mata cuma mampu memandang. Manusia berteriakan diatas kejadiaan kemarahan bumi.

Aku seolah-olah melihat kiamat. Di mana bumi terbelah. Manusia termasuk dalam lubang besar apabila tanah meruntuh. Aku melihat manusia di seberang sana menjerit pekik meminta pertolongan.

Yang mampu aku ucapkan cuma Allah,Allah,Allah. Dengan harapan matiku tidak sia-sia.

*Gelap
*Gelap
*Gelap


Ya Allah. Ini rasanya mati. Gelap. Kosong. Tiada apa apa. Melainkan ketakutan menunggu hari pembalasan.

*terjaga

Terjaga seolah-olah roh aku dipaksa masuk kebadan. Tersentak. Mata tiba tiba terbuka. Jantung berdegup kencang

Astaghfirullah. Ya Allah. Subhanallah


** aku harap xkan lupa kejadian ni. Mudahan aku mati sebelum kiamat tiba. Aku berdoa agar xperlu menyaksikan kejadian seperti ini lagi.

Itu cuma mimpi. Mimpi bagaimana aku melihat dan merasa mati. Walaupun mati yang sebenar jauh lebih sakit dan menakutkan. Yang aku alami dah cukup menakutkan sebenarnya.

Mati itu pasti.
Semua akan menghadapinya
Mudahan kita mati dalam keredhaan Allah


P/s: sekadar berkongsi mimpi yang xmungkin akan aku lupa.

1 comment:

izzah azfar said...

Relaks je marina..mulut orang bukan leh tutup :p,

yang kak long tau ibu kata awak banyak bantu zaini...:)

ingat benda apa hadia tu..rupanya kereta..fuh..semoga murah rezeki korang, kakak leh tumpang :p